CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pancutINSIDE

Kemalangan Di Simpat Ampat : 12 Sah Terbunuh(15?19? orang angka tak rasmi)

  [Copy link]
Post time 13-10-2010 01:42 PM | Show all posts
aku plak dulu time keje kt KL 2 mggu skali balik kg ke penang. slalu naik bas konsortium pergi d ...
sicomel Post at 11-10-2010 00:30



    pnh terjaga jam 3 pagi bas konsortium kl-a.star yg aku naik tgh race sama depa dlm trowong menora...trus x tido aku sampai stesen sahab perdana....driver tgh high kot......cilakak tulll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 01:43 PM | Show all posts
aku ada soalan yg dah lama bermain di pikiran..
sefaham aku.. dr kawasan eksiden ke exit seterusnye (hala ke JB) patut jalan tu lengang kan?? kenapa ambulan, bomba etc tak guna jln yg lengang tu utk ke tempat kejadian??
sah2 la tadak kete dr arah bertentangan..

maksud aku gini, ambulan etc guna exit kat jasin/merlimau hala ke JB.. masuk je PLUS tuh buat uturn.. instead of guna exit jasin, kuar hala ke KL.. sah2 la tgh jem kannn..

atau adakah sebb nak ke exit tu dr bandar melaka tu jauh??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 01:44 PM | Show all posts
alih2 antu jugak yg salahh
genchi Post at 13-10-2010 11:07



    yg tekan pedal miknyak bagai nak ajal tu keja antu gak ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 01:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by Santeira at 13-10-2010 13:53

Some people are not understanding that nobody is blaming the ghost, djinn, satan, Lucifer, Belzebub or anything like that as the cause of the accident, for that matter :re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 01:56 PM | Show all posts
Reply 1442# cmf_conan


    bomba, ambulan bukannya semua dr melaka...
ade dtg dr seremban, tampin, alor gajah...

nk guna jalan situ pon makan masa gak nk pastikan jalan tu kosong, kang ade ngan ambulan sume plak xcident..

aku kt sana dr pukul 7 ptg sangkut  dekat kul 10 malam br plus bukak divider tengah tu suh wat u turn..
itu pun xsume yg nk u turn...ade yg sanggup tgu smpi bomba sume settle wat keje sbb ade yg xthu ikut jalan lama.
aku xpelik jalan nk ke melaka jam sbb dh sah2 bas tu terpelanting belah situ...
yang aku pelik jalan nk ke KL pon same jam sbb org sume sibuk nk tgk eksiden.. padahal derang bleh je jalan trus walaupun jem still bleh bergerak..
yang kitaorang ni mmg dh stuck xleh gerak langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:02 PM | Show all posts
Reply  cmf_conan


    bomba, ambulan bukannya semua dr melaka...
ade dtg dr seremban, tampin, ...
syaden Post at 13-10-2010 13:56

ic.. itu solution yg aku nampak ler.. dr nak ikut gak jln yg dah tentu jemmm...
polis eskot takkan tadak?? itu kan keje dorg.. eskot VVIP bagai meredah jem bulih plak..

at least bawak paramedic naik motor utk bagi first aid pn better than nothing kalo
ambulan, bomba takleh nak smp cepat...

sbb eksiden camni bukan bulih org awam yg taktau apa2 pasal 1st aid nak tulung sebarang..
elok bulih idop.. ada yg baru nak alih terus mati.. luaran nampak cm ok..
internal injury kita taktau seteruk mana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2010 02:07 PM | Show all posts
dalam ikimfm pagi ni bincang pasa ni gak. macam ni setiap kali ada isu, semua pakat2 duk bincang cam ...
sitihawa Post at 13-10-2010 08:17



   setuju!kadang2 rasa itu akan jadi bila orang yang tak layak pegang jawatan or org terlibat tak buat kerja..
cuba fikir adakah kadar xcident akan jatuh kalau pakai talipinggang belakang or pasang lampu waktu siang?
most of kaedah yangdiperkenalkan bukan nak atasi masalah xcident punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:07 PM | Show all posts
Biasanya tidak semua syarikat bas ekspress mampu utk membeli bas dgn full spec.. comfortable + secure + safety.. mungkin ada pengecualian dalam design rekabentuk mengikut kemampuan pengusaha bas.. wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 02:11 PM | Show all posts
mak..
aku smpai xleh tdo t'ingt gmbar2 ni..
pg td pn aku suh kwn aku yg drive
aku plak yg trauma weh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:12 PM | Show all posts
Reply 1446# cmf_conan


    rasa naik motor ade... tp aku xsurelah samaada paramedik ke, reporter ke.
sbb masa aku dok stuck kt situ nmpk masa ambulan lalu, adelah dekat 10/20 biji motor2 besar ni dok follow gak...
sape xsurelah plak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:13 PM | Show all posts
Kat mana? Ada kemungkinan jugak tu mmg beruk betul?
alphawolf Post at 13-10-2010 13:30



    berdekatan terengganu.katanya cam big foot sebab besar benda alah tu.saiz manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:17 PM | Show all posts
Kat Malaysian Bikers, tpopik pasal kejadian pelik highway ni dah lama ada:

Hati-hati kilometer 2 ...
Santeira Post at 13-10-2010 09:42



PLUS Ronda pun akui kawasan tuh mmg selalu eksiden..

Jadi, memang kawasan tuh kawasan keras ataupun keadaan jalan yang tak sempurna.. kerajaan kena tgk balik keadaan jalan tuh samada beralun atau tak sbb byk bas ekspress skrg nih jenis yang tak mampu utk menahan lambungan kalo lalu jalan tak rata..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:29 PM | Show all posts
keta mesia kualiti low class...mana tak most probably mesti dr tin Milo jerk...so begitu jugakla dgn bus kalo tak camner leh tercabut bumbung bus tu, takder safety pun..lepas ni setiap bus wajib ada tali pinggang.....cam kapal terbang...

betul..byr toll..dgr2 minyak nak naik lagi nih....tp bila keaadaan jadi sesak mcm kes kemalangan ni pun...dah tak tahu nak settle....habispun heli diorang yang meronda tiap kali raya tengok keadaan lalulintas tu buat apa, takkan setakat nak bawa vvip jerk kot....bawa bosses2 gi tengok tapak projek..hu3..mmg tak efficient langsung...

tentang makhluk lalu lintas ni, mungkin lah ada, lagipun jin syaitan kan makhluk Allah juga, tak mustahil kalau dia nak kacau2 anak-anak Adam nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:48 PM | Show all posts
Keluarga kecewa visual nahas berleluasa di Internet

SEREMBAN 12 Okt. - Keluarga mangsa kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan di Melaka kelmarin melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memuat turunkan rakaman tragedi itu dalam laman sosial Facebook.

Menurut mereka, perbuatan itu langsung tidak menghormati kesemua mangsa yang terlibat, keluarga dan saudara-mara mereka serta dilihat satu perbuatan yang menambahkan kepiluan kepada mereka semua.

"Mereka (orang ramai) tidak merasai apa yang kami rasa ketika menghadapi situasi sebegini.

"Sebab itulah mereka sewenang-wenangnya merakamkan detik itu, sama ada dengan telefon, kamera mahupun video dan memuat turunkan dalam Internet," kata Md. Nor Rahmat, 48, bapa kepada salah seorang mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Katanya, kenapa perlu rakaman kemalangan itu dimasukkan ke dalam Internet dan untuk tujuan apa.

"Mereka yang melakukan ini langsung tidak faham sensitiviti insan yang sedang berhadapan situasi sedih. Ramai yang telah kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan ngeri itu. Hormatilah mereka dan insan yang malang ini," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini.

Md. Nor kini menemankan anaknya, Aisyah Md. Nor, 18, yang terselamat dalam nahas membabitkan dua buah bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223, lebuh raya itu berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka.

"Tidak perlulah satu dunia tengok apa yang telah berlaku. Saya percaya, apabila keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan itu melihat visual dalam laman sosial Facebook, tentu sekali mereka akan marah," katanya.

Seorang lagi bapa mangsa, Senai Pen, 50, berkata, dia tidak faham apa niat segelintir pihak memuat turunkan visual kemalangan dalam Internet.

"Jika mereka berbuat demikian dan muatkannya dalam Internet, adakah ia akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Saya langsung tidak faham dan bagi saya ia perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya yang sedang menemani anaknya Nor Shakira Senai, 23, di HTJ.

Bagi Senai, adalah lebih baik mereka yang merakamkan visual berkenaan bertindak membantu semua mangsa yang cedera dan diberikan pertolongan cemas termasuk menghantar mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.

UTUSAN MALAYSIA, 13/10/2010

**********************************************************

Betul gak kan... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:51 PM | Show all posts
Keluarga kecewa visual nahas berleluasa di Internet

SEREMBAN 12 Okt. - Keluarga mangsa kemalangan ...
leon_mclaren78 Post at 13-10-2010 14:48



    facebook bukan forum cari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 02:55 PM | Show all posts
facebook bukan forum cari
evolutionary Post at 13-10-2010 14:51


adoi la...bendulnye ko nih...
forum cari tu bkn kat internet ke yang ooii..??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 03:16 PM | Show all posts
adoi la...bendulnye ko nih...
forum cari tu bkn kat internet ke yang ooii..??
leon_mclaren78 Post at 13-10-2010 14:55



    tajuk memang internet, tapi isi kandungan citer tu pasal facebook
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 03:21 PM | Show all posts
dunia dah takda sempadan.. nak buat camna.. kalo kita tak upload seribu lagi akan upload benda yang sama..

yang tuan punya badan yang bercakap tuh, kalo kat facebook blogspot tak bley tp kat sokkabar bley plak isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 03:26 PM | Show all posts
zaman digital communication ni nak buat cemana....
takkan nak haram kan camera dan internet dan cameraphone
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077499 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list