CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37256|Reply: 583

Θ- Zaefrul Nordin Fan Club -Θ

[Copy link]
Post time 3-11-2008 11:00 AM | Show all posts |Read mode
aha..

mesti ramai yang dah kenal dan tgk lakonan mamat nih kat tv kan?

u ols merembes tak?




sbb rasanya mcm permintaan hangat je, meh lah bukak fan club satu tuk dia


layannnnn


/- SM mana? SM?

[ Last edited by  Syd at 5-11-2008 03:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 11:00 AM | Show all posts

Saper ni Syd ? Tak kenal pun

Ada ke peminat ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 11:02 AM | Show all posts


ZAEFRUL NADZARINE NORDIN
                               
Name: Zaefrul Nadzarine Nordin
Status: Married with 2 kids
Education: Degree of Multimedia from Universiti of Massachusettes,US

DRAMA

BUKAN YANG PERTAMA - Supporting
PESONA BINTANG (RTM2) – Supporting
TIDAK PERNAH KU SESALI - Lead
SPA Q - Supporting
DELIMA- Supporting ( Coming Soon)
PE’PAYA- Lead ( Coming Soon)
KASUT TUMIT TINGGI- Guest Artist

TELEMOVIE

BILA HATI DAH RINDU - Lead
SISA BAHAGIA – Lead (Coming Soon)
EHSAN - Lead
AGI IDUP AGI NGELABAN – Lead
CINTA DI HATI – Lead ( Coming Soon)

Cast
2007 :   1957: Hati Malaya - (Supporting Actor)

Award (Nominated)
2008 :   21st Malaysian Film Festival - Most Promising Actor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 11:04 AM | Show all posts
ISTERI DESAK JADI PELAKON


Oleh Nor Akmar Samudin


Zaefrul juga mengakui terkejut dengan tawaran daripada Shuhaimi kerana Datuk Onn bukanlah calang-calang tokoh. Filem 1957: Hati Malaya sejarah mengisahkan perjuangan Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memerdekakan negara.

Tambah serabut fikirannya memikirkan reaksi ahli keluarga pejuang negara itu apabila menyaksikan lakonannya nanti.

“Syukur, selepas mereka menonton filem itu, mereka suka lakonan saya,” katanya.

Katanya, minat berlakon bercambah dalam dirinya apabila mengikut isterinya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan di London pada 1997. Dua tahun menetap di sana, Zaefrul menghabiskan masa lapangnya menonton teater.

“Di sana pementasan teater diadakan lima atau enam kali seminggu. Pada hujung minggu pula ia dipentaskan secara percuma. Oleh kerana kerap menonton, tanpa disedari timbul minat berlakon.

“Sejak di London, isteri tahu minat baru saya itu. Sekembalinya kami ke tanah air pada 1999, saya bekerja seperti biasa tetapi terdetik di hati untuk berlakon.

“Ketentuan Allah tiada siapa tahu. Awal 2000, Istana Budaya (IB), baru dibuka dan mencari pelakon pementasan Keris Sang Puteri. Isteri menggalakkan saya menghadiri uji bakat.

“Walaupun tidak yakin akan berjaya, atas desakan isteri saya pergi juga. Waktu itu beratus orang berbaris di IB. Mereka bagi skrip minta saya berlakon dan menyanyi.

“Sebulan menunggu, tidak mendengar khabar daripada IB, tetapi tidak lama selepas itu, penantian berakhir apabila saya dipanggil untuk pegang watak kecil dalam pementasan itu,” katanya.

Memiliki ijazah sarjana Multimedia dari Universiti of Massachusettes, Amerika Syarikat, Zaefrul berkata, selepas penampilannya dalam teater pertama itu, dia berlakon pula dalam teater Malam Haram arahan Khalid Salleh.

“Untuk teater ini saya tidak diuji bakat lagi kerana mungkin Khalid sudah menonton lakonan saya dalam Keris Sang Puteri. Bagaimanapun waktu itu saya tidak serius berlakon kerana sibuk bekerja.

“Pada 2005 saya tampil dalam teater Hang Li Po di IB diikuti teater Lantai T Pinkie bersama Nasha Aziz sebagai teraju utama.

“Selepas itu saya menerima banyak tawaran berlakon tetapi terpaksa melupakannya kerana terikat dengan kerja. Namun selepas difikirkan dari pelbagai sudut, saya nekad berhenti kerja.

“Maka bermulalah era baru dalam kehidupan saya. Apabila berlakon, waktu kerja tidak menentu. Mujurlah perubahan mendadak itu tidak memberi impak besar kepada keluarga cuma anak sulung, Puteri Aleana Irina, 16, malu apabila rakan memuji penampilan saya dalam drama dan filem.

“Anak kedua, Adam Farhan, biasa saja dan ketiga, Puteri Iman, 2, masih terlalu kecil untuk mengerti. Isteri pula memberikan sepenuh sokongan dan kepercayaan kepada saya,” katanya.

Tidak Pernah Ku Sesali adalah drama pertama lakonannya. Gandingannya dalam drama itu, Arni Nazira yang membuat kemunculan semula selepas bercerai dengan Awie.

Sejurus selepas itu, Zaefrul berlakon dalam Dilema Wanita terbitan Global Station Sdn Bhd dan kini wajahnya dapat ditatap setiap hari menerusi drama bersiri Spa Q juga terbitan Global Station.

“Sekarang lakonan kerjaya tetap dan bidang multimedia pula dibuat secara sambilan. Saya juga berbincang dengan rakan untuk membuka syarikat produksi,” katanya.

“Selagi tidak mencuba, kita tidak tahu kemampuan diri. Jika diizinkan Allah, perubahan itu boleh berlaku pada bila-bila masa. Siapa sangka pada usia 40-an, saya banyak terima tawaran pegang watak utama,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 11:04 AM | Show all posts

Reply #2 houdini's post

CINTA DI HATI – Lead ( Coming Soon)

ni dalam cerekarama Sabtu lepas, dia nih blakon ngan si elly mazlin gitu

sedih woooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:06 AM | Show all posts

Reply #5 Syd's post


ooo dia ni... bosanla tengok lakonan dia
Serupa je.... streotype
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2008 11:07 AM | Show all posts

Reply #6 houdini's post

eleh...

dengki laa tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:09 AM | Show all posts
hahahhaha..nak join gak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #8 MsCinderella's post

sila sila

buat mcm umah sendiri

meh naik reramai


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:15 AM | Show all posts
nak join...........
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:15 AM | Show all posts
haku nak join club!

suke tgk dia.. walopun x brp ensem!

teringat masa aku p facial, sambil duduk2 kat ruang rehat tu, hubby kpd owner tmpat facial tu habaq yg dia baru jumpa zaefrul kat umah mak zaefrul.. ternampak wife zaefrul.. jenis2 badan besar katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:16 AM | Show all posts











































*ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........................je kojer dia budak syd nih.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #12 rohakhal's post

hehehe

meh laaa dok sembang sekali

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:18 AM | Show all posts
mak daftar diri hoccay....
kalau ada AJK hiburan mak chop dulu....senang nak tggu ag arman depan disco....

kalau tak nanti SM dulu rembat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 11:18 AM | Show all posts
meh laa reramai gebang kat sini

sila sila
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #13 Syd's post

wey nyqh...


ko x nak wat chest x-ray ke? aritul komplen sakit dada...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #14 orlanda's post

nanti mak nak pilih SM tu
jadik orang no 1 kat feng kelab nih

mak nih jadik secretary dia pun ok dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #16 rohakhal's post

dah buat semalam..
kat sepital kajang

paru2 aku pun ada kuman gitu
lama sgt batuk dahh

ada lah dapat antibiotik gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:33 AM | Show all posts
mak nak join. sejak cerai talaq 21 ngan si mutak mak terumbang ambing takdak minat sapa2....alih2 abe macho ni muncul...mak sapu ler....
zaefrulllllllllllll  muahxxxxxxxxxxxx
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:33 AM | Show all posts


walaupon tak merembes tp masuk jugak ler

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.206938 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list