CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14723|Reply: 21

[Dunia] Menanti kemunculan gunung emas dari Sungai Furat.. bersediakah kita?

  [Copy link]
Post time 3-1-2024 09:20 AM | Show all posts |Read mode


JIKA dilihat semula kepada perbualan antara Dajal dan Tamim Ad-Dari pada siaran Addin terdahulu, terdapat beberapa petunjuk paling jelas yang boleh menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.


Dajal menyatakan bahawa dia akan keluar apabila keringnya Tasik Galilee atau Tasik Tiberia selain beberapa petunjuk lain, antaranya pokok kurma di daerah Baisan.


Untuk persoalan pertama, Tasik Galilee atau Tasik Tiberia ini sememangnya sedang mengalami pengeringan saban tahun dan dilaporkan oleh media antarabangsa bahawa pengeringan itu semakin kritikal beberapa tahun kebelakangan ini. Laut Galilee yang juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia adalah tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 kilometer (km), kira-kira 21 km panjang dan 13 km lebar.

Tasik itu memiliki keluasan 166 kilometer persegi dan kedalaman maksimum kira-kira 43 meter. Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia tasik air tawar terendah di bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati iaitu sebuah tasik air masin).

Kinneret terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksirkan geologi kawasan Galilee.

Selain Tasik Galilee ini, penanaman kurma di daerah Baisan juga menunjukkan pengurangan pengeluaran yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan beberapa dekad lalu.

Setakat pencarian penulis, laporan berhubung pengeluaran kurma di daerah berkenaan begitu terhad, namun terdapat beberapa penulisan yang menyatakan bahawa pokok kurma di daerah itu hampir tidak mengeluarkan buahnya atau berlaku pengurangan jumlah pengeluaran.

Ini juga adalah tanda-tanda akan keluarnya Dajal seperti perbualan dengan Tamim yang direkodkan.

Selain daripada dua petanda berkenaan, salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat. Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 km dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.

Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq. Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjaran utama Pergunungan Taurus ke dataran tinggi Syria.

Ia kemudian mengalir melalui barat Iraq dan tengah untuk bersatu dengan Sungai Tigris. Lembahnya mempunyai pengairan yang banyak pada zaman dahulu dan banyak bandar besar, sebahagian daripada runtuhannya masih kekal, memenuhi tebingnya.

Dengan Tigris, ia mentakrifkan kawasan yang dikenali secara sejarah sebagai Mesopotamia.

Sungai ini banyak memberi gambaran tentang hari kiamat dan ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu." (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)

Hadis itu jelas memberi gambaran bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan. Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan mati dan hanya seorang saja yang hidup. Begitulah dahsyatnya perebutan harta berkenaan dan sebagai umat Islam, Nabi SAW sudah mengingatkan kepada kita semua supaya tidak mengambil harta berkenaan walaupun sedikit.

Sungai Furat adalah sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga negara iaitu Turkiye, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran timur Turkiye, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.

Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini, Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Bukti sains juga menunjukkan bahawa sungai itu semakin mengering hasil daripada imej cerapan satelit daripada tahun ke tahun dan ini membenarkan sabda Nabi SAW berhubung pengeringan sungai berkenaan dan akan muncullah bukit emas yang menjadi rebutan.

Laporan media juga banyak menunjukkan bahawa pada hari ini sungai berkenaan sudah mengering sedikit demi sedikit dan kini dikatakan sudah berada pada tahap kritikal.

Terdapat juga ramalan daripada pengkaji barat bahawa sungai berkenaan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040, namun ia sekadar ramalan, tetapi apa yang perlu diinsafi adalah pengeringan sungai berkenaan adalah bukti hampirnya kita pada hari ini dengan pengakhiran yang sudah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu." (Hadis Riwayat Bukhari, No 6586 /  Muslim, No 5153)

Melihat kepada semua bukti berkenaan, maka benarlah seperti peringatan serta panduan yang sudah diberikan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW berhubung insiden serta tragedi akhir zaman yang bakal berlaku.

Namun, satu persoalan besar yang perlu dijawab pada hari ini adalah apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi zaman kekalutan dan penderitaan berkenaan. Islam menganjurkan kepada kita supaya sentiasa bersedia dengan meningkatkan amal ibadah dan kembali kepada Islam sebenar berlandaskan kepada al-Quran, hadis dan ikutan ulama muktabar.

Sesungguhnya, pengakhiran untuk dunia ini pasti akan berlaku kerana perkara berkenaan sudah pun dinyatakan menerusi banyak firman Allah SWT yang mengingatkan tentang hari kiamat dan manusia akan diadili di padang mahsyar.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah akan datang kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya (dari barat). Apabila matahari terbit dari barat maka orang ramai melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya. Maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya." (Hadis Riwayat Bukhari, No 4269)

Oleh itu, tanda kecil Hari Kiamat sudah terlalu banyak di hadapan kita dan segeralah kita bertaubat memohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dilakukan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 3-1-2024 01:33 AM

Yo yo oh je.

Tak ghasa Dajjal akan literally keluar dari Galilee.

Btw kenapa Quran tak cerita pasal Dajjal? Boleh pula ada surah pasal Djinn tapi cerita (directly, with the name being mentioned) pasal Dajjal tadak.

Iye. Aku tau. Matilah aku kena petir kan. Iye aku dah baca penjelasan website mufti tanahair. More like...Ntah kau tau la soklan2 pasal agama ni dijawab cemana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan malapetaka kecil sedang berlaku, sedikit2 malapetaka besar berlaku, ai rasa 2030 malapetaka besar2 perang makanan cuaca duit x laku perdagangan Internet
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt penulis n content creator info lain2..x tau nak percaya mana satu..ada satu mamat dok turki bgtau sungai furat kat sana x kering pun makin naik adala sebab turki dah buat empangan kat sungai tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:03 AM | Show all posts
persoalan lebih penting yg dipetik terus dari artikel


JIKA dilihat semula kepada perbualan antara Dajal dan Tamim Ad-Dari pada siaran Addin terdahulu, terdapat beberapa petunjuk paling jelas yang boleh menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.


Dajal menyatakan bahawa dia akan keluar apabila keringnya Tasik Galilee atau Tasik Tiberia selain beberapa petunjuk lain, antaranya pokok kurma di daerah Baisan.


soalan nya di sini, adakah dajal dah keluar dan buat interview dengan tamim kemudian menyorok kembali? motip dajal buat begitu, nak keluar, keluar je lah. by the way, siapa tamim? pemuda bani tamim?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2024 10:42 AM | Show all posts
ninja boy replied at 3-1-2024 09:44 AM
Sedangkan malapetaka kecil sedang berlaku, sedikit2 malapetaka besar berlaku, ai rasa 2030 malapetak ...



tapi ramai jangka 2024
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2024 10:43 AM | Show all posts
_blackbird replied at 3-1-2024 10:03 AM
persoalan lebih penting yg dipetik terus dari artikel



kan masa jumpa tamin tu dajjal masih dibelenggu...macam mana nak keluar
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nak meramal masa depan. Geng preppers pun hidup nak menongkat dunia sampai beli barang tak tengok orang belakang. Bajet nak hidup 100 tahun lagi. Entah2 esok mati eksiden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 3-1-2024 09:44 AM
Sedangkan malapetaka kecil sedang berlaku, sedikit2 malapetaka besar berlaku, ai rasa 2030 malapetak ...

i pun rasa paling kritikal kekurangan makanan. masa ni ada duit berkoyan, emas menimbun pun tak dapat nak beli makanan mcm skrg. kalau ada sumber makanan sendiri pun buka pintu pagi tgk2 habis
ternakan&tanaman dirembat org. ni pun blh buat org bergasak sesama sendiri.
***komen tak berkaitan dgn topic
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 3-1-2024 10:59 AM
Sibuk nak meramal masa depan. Geng preppers pun hidup nak menongkat dunia sampai beli barang tak ten ...

Kan..kesian yg terpengaruh dgn geng preppers ni.. mostly canned food expired 2023 ja kot masa diorang sibuk2 sebarkan cerita masa pkp tuhari.maklong aii salah sorg yg terkena..huhuu..nasib baik la dia dah sedekah dekat mangsa2 banjir masa Johor & Kedah banjir tuhari + ada buat kenduri makan2 nak habiskan stock bahan kering & frozen ikan ayam daging tu. Lepas tu dia dah tak nak percaya lg. Skg ni beli stock pun paling lama 2-3bulan ja..xdak mcm dulu dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 3-1-2024 11:20 AM
Kan..kesian yg terpengaruh dgn geng preppers ni.. mostly canned food expired 2023 ja kot masa dior ...

Banyaknya mak long simpan sampai boleh buat kenduri. Alhamdullilah tak membazir. Sayang makanan terbuang bila orang lain tengah kelaparan dalam perang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:34 AM | Show all posts
yg tukang meramal tu pun semua dah meninggal. dia pun tak tau yg dia ramal tu rupa apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 3-1-2024 11:31 AM
Banyaknya mak long simpan sampai boleh buat kenduri. Alhamdullilah tak membazir. Sayang makanan te ...

Ank2 hantaq yuu sebab dia dok sorg ja dlm felda..nak keluar jauh..mmg banyak barang2 kering & frozen dia sebab ank2 dia 7 org..itu yg lepas boleh rentas tu dia buat kenduri..mcm2 kenduri laa buat..dari birthday cucu..geng mengaji..bacaan yasin setiap mlm Jumaat..kenduri doa selamat tahlil..semua guna yg ank dia hantar tu..beras 10kg tu ja dekat 20paket.ayam ikan daging maklong frozenkan penuh la freezer. Tu belum kira stock makanan frozen yg ank menantu masak hantar ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 3-1-2024 11:43 AM
Ank2 hantaq yuu sebab dia dok sorg ja dlm felda..nak keluar jauh..mmg banyak barang2 kering & froz ...

Oooo. Patut la. Ingatkan mak long cari sendiri barang.
Memang kesian kalau dah tua2 duduk felda. Jauh nak keluar beli barang. Kalau dah mula rabun, takde anak, sakit2 tak boleh drive kereta memang mati kutu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:54 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-1-2024 09:27 AM
Yo yo oh je.

Tak ghasa Dajjal akan literally keluar dari Galilee.

btw Quran tu kalam dari sapa...dari Allah
ada lah hikmah tu tak diceritakan.kat sini yg membezakan iman tiap2 manusia
ada yg berpegang hadis Rasulullah psl dajjal bulat2
ada yg percaya tp persoalkan
dan ada yg tak percaya lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-1-2024 02:32 PM

Cuaca pelik2, panas terlalu panas sejuk terlalu sejuk ais cair glacier banjir hurricane banjir ianya merosakkan tanaman, ikan di lautan semakin kurang, air sungai laut tercemar, ianya sedikit2 lama2 menjadi besar sampai semua org berebut kepala lembu berebut apa saja sumber utk hidup, la ni korang tanam sayur kena kidnap manusia dan haiwan so tanam yg x perlu jaga spt ubi dan keladi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 3-1-2024 09:44 AM
Sedangkan malapetaka kecil sedang berlaku, sedikit2 malapetaka besar berlaku, ai rasa 2030 malapetak ...

Mak metua i dgr ceramah, tak sure la ustaz mana. Katanya nnt 2030 nnt ramai manusia yg akan mati
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni skrg sementara semenanjung arab aman belum huruhara, yg ada duit ada kemampuan silalah pergi haji
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 3-1-2024 11:54 AM
btw Quran tu kalam dari sapa...dari Allah
ada lah hikmah tu tak diceritakan.kat sini yg membezakan ...

I tambah skit ye, yg i dgr dr ustaz wadi kalu tak silap.
Dlm quran mmg tak sebut psl dajal tp dlm hadis Nabi ada disebut sehingga Nabi ada ajarkan kita doa utk mengelak fitnah dajjal.

Quran tak sebut direct nama dajal tp diceritakan 4 kisah fitnah dlm surah al kahfi. Sebut fitnah, kita tau fitnah yg terbesar ialah fitnah dajjal.
Dlm surah al kahfi, kisah pertama menceritakan pemuda ashabulkahfi yg lari dr raja yg zalim - fitnah akidah/ tauhid. Keluarnya dajal nnt, modus operandi dajjal ialah utk memurtadkan umat islam.

Cerita kedua kisah dua org pemuda, sorang miskin tp beriman. Sorg lg kaya tp tidak beriman - fitnah harta

Kisah ketiga - fitnah ilmu, berkenaan dgn nabi musa dan nabi khodir. Boleh google utk lbh detail. Zaman ni, ramai org mengecam ulama, orang soleh

Kisah keempat, fitnah kuasa. Diceritakan kisah Zulkarnain raja yg hebat, bina tembok yakjuj makjuj dari campuran besi yg memenuhi 2 gunung dan tembaga. Walaupun hebat dan berkuasa, Zulkarnain ttp beriman kpd Allah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:48 PM | Show all posts
yang meols faham, emas tu ada 'emas'..bukan diterjemah secara terus gitu, menurut meols gichuu. Namun kena tanya yang lebih arif lah untuk mentafsir.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.676433 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list