CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6247|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 5 sekawan dalang jenayah ragut tumpas

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji (kanan) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Lima sekawan dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal akhirnya kecundang di tangan pihak berkuasa susulan tangkapan menerusi beberapa serbuan Ops Rentap Trio di sekitar Negeri Sembilan dan ibu negara pada 28 Mac dan 29 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, kumpulan itu dipercayai aktif di ibu negara, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor sejak Januari lalu dengan menjadikan pelancong dan warga tempatan sebagai sasaran.

Menurutnya, polis turut menahan tiga wanita iaitu dua yang mempunyai adalah kekasih dengan dua suspek manakala seorang pembeli barang kemas disyaki hasil curi kumpulan itu.

"Serbuan pada 28 Mac di rumah tumpangan di Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan menahan dua suspek lelaki bersama seorang wanita.


"Pasukan serbuan menemui pelbagai pakaian, topi keledar dan menyita beberapa motosikal dipercayai digunakan untuk aktiviti samun dan ragut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Habibi berkata, susulan hasil soal siasat pihaknya menjalankan beberapa serbuan di sekitar ibu negara dan menahan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi pada 29 April lalu.

Katanya, kesemua lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai melakukan kegiatan di kawasan tumpuan pelancong terutama pada hujung minggu dan waktu puncak.

"Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira RM80,000 ke RM100,000 membabitkan pelbagai barang berharga dan lima motosikal.

"Kumpulan disyaki menjual hasil ragut dan samun serta alat ganti motosikal kebanyakannya jenis Yamaha Y16ZR hanya kepada kenalan mereka," katanya.

Menurutnya, kumpulan berkenaan juga melakukan kegiatan samun bersenjatakan pisau hingga ada beberapa kes yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Katanya, semakan mendapati lima suspek lelaki mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah malah salah seorang suspek dibebaskan dari penjara Disember lalu.

Habibi berkata, kesemua suspek direman sehingga esok manakala pembeli barang kemas terbabit dibebaskan dengan jaminan polis sebagai saksi pendakwaan.

"Ujian saringan air kencing mendapati lima suspek positif dadah dan kesemua lima suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu rompak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enayah-ragut-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.528743 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list