CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2200|Reply: 17

[Jenayah] Hajat ADUN ziarah tapi disambut tumbukan !

[Copy link]
Post time 9-9-2012 05:52 AM | Show all posts |Read mode
KANGAR: Hanya kerana perniagaan merosot, seorang lelaki menumbuk muka wakil rakyat yang didakwanya menjadi punca masalah dialaminya dalam kejadian di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis di sini, semalam.


Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan bersama isterinya pergi menziarahi jenazah seorang penduduk di kampung berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit.


Difahamkan, mangsa yang mahu pulang kemudian diajukan soalan oleh lelaki berusia 36 tahun itu kononnya mewakili peniaga di Pasar Kuala Perlis di sini, yang mendakwa kekurangan pelanggan sejak pembukaan pasar di Kampung Seberang Tok Pi di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berkenaan mendakwa orang ramai lebih gemar mengunjungi pasar di Kampung Seberang Tok Pi yang dimonopoli warga Myanmar berbanding Pasar Kuala Perlis.

Statistik bukaan jenis thread TW75 pada 9 Sept 2012 (5.52 am):

1. Ehwal kemasyarakatan -2 thread
s
2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 2 thread
5. Dunia - 0 thread


jumlah thread - 4


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2012 06:59 AM | Show all posts
masalah rohingya lg...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 07:03 AM | Show all posts
keh keh keh....

inilah senario dimalaysia sekarang ini, warga asing terlampau banyak sangat. dari zaman dulu lagi duk impot org org indon sampai mereka bukak negeri, taman2 perumahan dan beranak pinak di tanah melayu. sekarang ni puak2 siam, myanmar, kemboja dsb nya pulak masuk ke negeri2 utara malaysia.

umno gadai kerakyatan sebab nak suh undi depa...

haramjadahhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 07:35 AM | Show all posts
adun tu org umno.
yg suspek tu prnah terlibat kes dadah...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 07:39 AM | Show all posts
dah local letak rega barang cekik darah.... harus ler pelanggan beralih arah... pelanggan pun local gak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 07:52 AM | Show all posts
kat depan umah aku ni rilek je bangla bukak kedai.banyak barang2 import dari bangla oooo
barang basah takde la cuma beras gula kopi etc spices from bangla.jajan pun bangla oooo
yang jaga pompuan indon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2012 08:10 AM | Show all posts
masalah paling besar di malaysia ni adalah ketakmampuan kita mengawal aktiviti pendatang sehingga mereka bebas melakukan sepeti mereka di negara mereka sendiri.

saya rasa tu perbedaaan paling ketara Malasyai dengan negara lain yg sama2 memiliki ramai pendatang asing
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 08:37 AM | Show all posts
zaujahzauji posted on 9-9-2012 07:52 AM
kat depan umah aku ni rilek je bangla bukak kedai.banyak barang2 import dari bangla oooo
barang bas ...

dkt2 area sini ada myanmar buka gerai barangan kering (macam ikan bilis, rempah,cabai, etc...), tp yg byk barang depa la..sirih dgn kapur pun ada jual..hehe..mula2 nk p beli dgr apsal lain je bahasa..muka lak dah mcm melayu..hehe..ropenye myanmar mari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2012 08:37 AM | Show all posts


ADUN Kuala Perlis Cedera Ditumbuk

KANGAR: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Mat bin Hassan cedera pada bahagian bawah mata kirinya apabila ditumbuk seorang lelaki selepas menziarahi kematian seorang penduduk di Kampung Seberang Tok Pi di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu ditumbuk seorang lelaki berumur 36 tahun pada pukul 9.15 pagi yang tidak berpuas hati dengan jawapan berhubung aduannya mengenai Pasar Besar Kuala Perlis yang kekurangan pelanggan berikutan kewujudan pasar Burma di kawasan itu.

Sebelum itu, Mat memaklumkan lelaki itu bahawa beliau akan berbincang dengan peniaga pasar besar berkenaan berhubung perkara itu.
Ekoran kejadian itu, Mat yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis membuat laporan polis pukul 11 pagi.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga seorang nelayan pernah ditangkap dalam beberapa kes mengikut Akta Dadah Berbahaya di negeri ini, katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, wakil rakyat itu berkata, beliau tidak mahu membesar-besarkan kes itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat.

Mat, seorang bekas guru melepaskan jawatannya pada 2008 untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12 dan memenangi kerusi dewan undangan negeri Kuala Perlis dengan majoriti 2,521 undi mengalahkan calon PAS Ahmad Tajuddin Salleh.-BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 09:02 AM | Show all posts
aku hairan...kerajaan sepatutnya ambik tindakan besar2n..terhadap pendatang asing nie...
nnt x pasal2 tanah tergadai pd diaorang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 10:50 AM | Show all posts
pada aku selagi diorang tak buat kacau biarkan je la.lagipun bangla area aku ni ok,jumpe je bagi salam
kekadang diorang masak2 siap anta umah tuuu
luckily no nepal vietnam or myanmar...klau takkkkk...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 10:58 AM | Show all posts
mesti ada sebab ngapa orang lebih suka beli di pasar baru tu berbanding Pasar Kuala Perlis
mungkin jualan lebih segar, harga lebih murah, muka peniaga tak ketat dan riak,
Taktahu lah orang lain.. bg me kalau beli kat satu2 tempat tu harga berpatutan dan segar, pilihan pulak banyak memang la jd pilihan biarpun jauh dari rumah. Me kalau balik kampung suka ke Kubang Rotan dalam 30km juga dari rumah untuk beli seafoods.

Jualan tak berapa laku, bukan nak fikir cara nak memajukan atau nak tarik pelanggan.. tp di tumbuknya pulak orang lain. Apa ke jenih orang mcm nih ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 11:02 AM | Show all posts
kat area aku bangla atau ape2 jua bangsa sangat hormat orang tempatan...
sebab komuniti sangat kuat disini
kalo bikin hal, memang kenalaaa...
tp x de la mcm tiga line di dahi tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 12:41 PM | Show all posts
Kerajaan kita ni pekak ke, bisu ke, buta ke? Berbuih mulut rakyat komplen psl pendtg asing tp x de tindakan pun. Apa kata kita srh pendtg asing ni buat penempatan dkt kwsn perumahan elit / VIP ni. Biar diaorg tau rasa mcmana. Rakyat pun semangatlah sikit nak jg negara sendiri. Jgn sewakan rmh / tanah / kedai pd depa. Jgn pikir duit je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 01:00 PM | Show all posts
pihak yg bertanggungjawab mls nak peduli sbb sibuk jg kepentingan masing2...mungkin 10 atau 20 tahun akan datang br kalut.tu pun setelah isu perkauman semakin menjadi-jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 03:48 PM | Show all posts
Dah berleluasa sangat dah orang asing berniaga kat Malaysia ni. Ntah ada permit ker tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2012 03:50 PM | Show all posts
Tindakan bery d sakai pprt!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 10:03 PM | Show all posts
Dia nak kacau bini orang itu kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.502149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list