CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25909|Reply: 68

[Jenayah] "Saya Rasa Saya Dh Jatub Cinta Kat Sir" - Pelajar Sekolah Birah, Tak Bagi Cikgu Lelaki Herlok Pindah Tempat Mengajar!

  [Copy link]
Post time 17-1-2024 09:14 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

GURU-guru yang membuat permohonan pertukaran sekolah pastinya berdebar menanti keputusan dikeluarkan, bimbang permintaan ditolak.

Namun bagi guru ini, dia berada dalam dilema apabila berjaya berpindah ke tempat baharu gara-gara menerima mesej tidak disangka-sangka daripada seorang murid di sekolah lama.

“Boleh tak sir jangan pindah? Saya tak semangat nak sekolah, sir. Saya suka sir, saya tak nak cikgu lain ajar kelas ni. Saya dah lama suka kat sir.

“Saya rasa dah jatuh cinta kat sir. Tolonglah sir, balik sekolah ni ajar kelas saya semula,” demikian mesej murid perempuan itu yang dimuat naik guru itu di laman sosial.

Berkongsi cerita, guru berkenaan, Wan Muhamad Fahmi Wan Marzuki berkata, dia baru berpindah ke sekolah rendah di Tumpat, Kelantan pada awal bulan ini, sebaik sesi persekolahan dibuka selepas cuti akhir tahun.

Lebih setahun mengajar di sebuah sekolah rendah di Gua Musang di negeri sama, dia yang lebih dikenali sebagai Cikgu Jamie memberitahu, perpindahannya ke tempat baharu adalah permintaannya sendiri.

“Saya mohon tukar sebab untuk berada lebih dekat dengan keluarga, ibu dan ayah serta adik-beradik. Mohon dari awal 2023 lagi sebab permohonan sentiasa dibuka.

“Penantian yang sangat berbaloi sebab dah boleh berkhidmat dekat dengan kampung dan keluarga. Saya terkejut dan bersyukur kerana tak sangka dapat berpindah sebab tak lama sangat berkhidmat di sekolah tu,” katanya.

Mengakui turut sedih dengan perpindahan itu, pemuda yang berasal dari Kubang Kerian ini berkata, dia merupakan guru di sebuah kelas dan hubungannya antara murid dan guru di sekolah sebelum ini agak rapat.

“Sekolah tu tak ramai murid, hubungan antara murid dan guru lebih mesra. Saya pindah hari tu tanpa pengetahuan anak murid sebab keputusan pindah dapat masa cuti sekolah.

“Buka je sekolah terus melapor diri di sekolah baharu. Jadi, ramai yang tidak tahu termasuk kelas jagaan saya sendiri sebab saya guru kelas. Mereka hanya dapat tahu daripada guru-guru lain sebaik sekolah dibuka,” ujarnya yang merupakan guru Bahasa Inggeris.

Bergelar pendidik sejak 2017, guru berusia 31 tahun itu mengakui terkejut menerima mesej daripada seorang murid perempuan Tahun Enam yang meluahkan isi hatinya.

“Saya terus tak balas mesej selepas murid tu meluahkan perasaan macam tu, bimbang nanti menyinggung perasaan dia pula. Nak bagi kata-kata semangat pun saya tak pandai sangat, takut tersalah cakap.

“Murid tu tak pernah pun meluahkan depan-depan, tapi dia merupakan murid yang agak baik dalam sahsiah dan akademik. Dia rajin dan tiada masalah disiplin,” kata Cikgu Jamie yang masih bujang.

Anak kedua daripada lima beradik itu turut mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada murid-murid berikutan perpindahannya yang dibuat secara mengejut.

“Sebenarnya banyak lagi mesej yang murid saya hantar mengucapkan terkejut dan rindu pada saya. Cuma seorang murid itu saja yang tiba-tiba meluahkan perasaan macam tu.

“Saya sebenarnya nak beritahu juga pada murid-murid (mengenai perpindahan) cuma belum berkesempatan untuk berjumpa. Tak tergamak nak umum dalam grup WhatsApp sahaja.

“Terdetik juga rasa sedih sebab teringat gelagat murid-murid dan tak sempat ucap selamat tinggal elok-elok hari tu,” kata guru yang gemar berkaraoke di masa lapang ini.

Bagaimanapun kata Cikgu Jamie, terdapat rancangan untuk pergi ke sekolah lama bagi mengucapkan selamat tinggal kepada murid-muridnya apabila berkesempatan nanti.

“Nasihat saya agar murid-murid di sekolah saya yang dulu agar terus cemerlang walau di mana jua dan semoga mereka semua dapat menjadi orang-orang yang hebat suatu masa nanti, tak kira dalam apa jua perkara yang mereka lakukan,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2024 09:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2024 09:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2024 09:15 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 17-1-2024 09:14 PM

Macam mengalami masalah keguguran rambut je dia ni.rambut dia nmpk macam pelakon cina kungfu dulu2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:24 PM | Show all posts
Pelik betol rambut Sir kau tu dekk. Ala2 80s gitu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem juga...muka bujur sirih memang hensem
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
muka ala2 kpop cina camni mmg kegemaran bdk2 skrg laaa. tak beragak bdk standard 6 meluah perasaan
baca tajuk td ingatkan pljr sek men
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 17-1-2024 09:14 PM

Hmmmmmm....nk ckp something tp x nk lah merosakkan fantasi bdk pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 19-1-2024 05:30 PM

Jgn buang masa btepuk sblh tangan ..sir ko tu Gayah botem dek!..umo 31 blom kawen,tgk muka floles persis kpop pun dah tau gayah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm nasib baik abg sir ni kuat imannya. Kalo dpt kat abg testis tu cmfrm jd bini no 3 bdk sekolah ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
budakkkkk bijik pun lom kuo..bulu 3 elai

toksah layah puppy love crush sme tu

sok dah beso meroyan mcm rita rude dia ni..abai je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sir kau ni gayah la nyah... Kurex boleh tau tau orang tu gayah ke tak cuma dgn gambar
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 17-1-2024 11:10 PM
budakkkkk bijik pun lom kuo..bulu 3 elai

toksah layah puppy love crush sme tu

Budak tu alami infatuation; keadaan yang tak real; terbuai buai; I setuju kata kata you;
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 11:28 PM | Show all posts
aiyoooooo sir jambu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui la dik. mak ko tau kna cili ats bwh bru tau. berani btul bdk2 skrng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa ko bahasakan diri ko sir cikgu oi? Jadahnya cakap in third person tapi dalam english. Nasib baik budak tu pun agaknya english hauk boleh la jatuh cinta
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya sir pergi viralkan message budak darjah 6.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa aku tengah remaja, kumpulan nasyid "jambu" tengah mendonia..  dapat pulak ustaz muka ala2 zoey rahman sebelum zoey 2.0, kemain lagi la geng2 perempuan. Nasib baik la ustaz tunjuk gambar tunang, kemain lawa lagi. Zaman sekolah mesti cikgu akan cakap "belajar elok2, kat University ramai lagi yang menunggu". Betul la cakap cikgu. Ramai betol calon, especially untuk perempuan yang masuk course majority lelaki. Terus saham mencanak naik. Yang penting kena jaga maruah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nonok detected
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.225161 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list