CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Edisi AMARAN: Penjara, denda jika tidak solat Jumaat tiga kali !

[Copy link]
Post time 18-10-2014 11:05 AM | Show all posts
Ya Allah.. Perlu ke sampai kena dihukum penjara bagai.. Cukup la sekadar bagi nasihat dan ceramah.. Sama-sama tegur la yang tak pergi tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 11:18 AM | Show all posts
Sampqi gitu sekali nampak bodoh bena!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 11:22 AM | Show all posts
Ckp psl ni mak aku pun baru2 ni ada tanya hb aku g semayang jumaat tak tp siap2 bagitahu jgn marah klu mak tanya lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 11:59 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 17-10-2014 01:26 PM
Nasib baik aku kapir.

memang kamu amat bersyukur jadi rakyat malaysia non-muslim. Apalah sangat status bumi kalau kehidupan peribadi urusan dengan tuhan pun kerajaan nak jaga.

tu pasal kerja gomen lembab sbb sibuk mengendap ja kerjanya...

memajukan negeri last sekali. yang penting tutup aurat.



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated posted on 18-10-2014 11:59 AM
memang kamu amat bersyukur jadi rakyat malaysia non-muslim. Apalah sangat status bumi kalau kehidu ...

Entahlah bro. Sepatutnya Islam sebuah agama yang indah. Tapi di Malaysia, pihak pemerintah buatkan Islam seolah-olah satu agama yang kompleks dan sukar padahal senang saja sebenarnya. Non Muslim macam saya merasakan sukar untuk mendekati Islam apabila sering ditakuti oleh pihak pemerintah tentang pelbagai peraturan yang syok-sendiri.
Kat negara lain termasuk negara Barat pun, non Muslim tak ada masalah pun dengan ini semua dan tak rasa takut nak mendalami Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 12:17 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 18-10-2014 12:05 PM
Entahlah bro. Sepatutnya Islam sebuah agama yang indah. Tapi di Malaysia, pihak pemerintah buatkan ...

yang pasti dana negeri akan dibelanjakan untuk jaga urusan peribadi manusia dengan tuhan. Kalau ini dosa dengan tuhan, apa salahnya biarkan tuhan yang settle. Kenapa makhluk2 ini merasakan tuhan memerlukan pertolongan mereka. Pelik kan?

pihak kedua yang rugi lebih besar tentulah islam. Dah lebih 4 jenerasi kaum pendatang berkuntum di Malaysia. Kalau isle di Malaysia ini indah, haruslah dah semua pakat jump on the band wagon tapi tak ada bukan?.... yang banyak cuma dakwaan syok sendiri sajork...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2014 12:27 PM | Show all posts
tak agak2 solat kena punch card scan jari segala
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 12:36 PM | Show all posts
ok jugak tue, wujudkan sistem database centeralised pastu adakan jawatan pegawai IT setiap masjid untuk maintaince sistem, baru la graduan baru ade peluang pekerjaan skek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 12:51 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 18-10-2014 10:43 AM
hahah celaka meran... tp bagus sindiran dia


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 12:52 PM | Show all posts
Kelantan Truly Islam

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:19 AM | Show all posts
sembahyang pun nak kena paksa... apa nak jadi manusia sekarang nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:03 PM | Show all posts
tak kisahlah apa method diaorang guna nak cam sape tak g solat, sape pegi..tapi  yg pasti patut apply satu malaysia..bkn jek kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:29 PM | Show all posts
makin penuh la penjara lepas ni dengan jantan2 tak semayang jumaat, kat opis haku ni je dah boleh angkut satu lori 3 tan abang2 tak gheti2 nak semayang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:38 PM | Show all posts
Dlu2, mmg ada masjid yg catat kehadiran org kmpg masa solat jumaat. Yg tak dtg 3 kali akan dilawati dan ditanya kenapa x pegi solat jumaat. Klu saje2 ponteng, mmg akan diberi tazkirah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:09 PM | Show all posts
LFL kritik undang-undang solat Jumaat

Tindakan Kelantan untuk menguatkuasakan kewajipan bersolat Jumaat akan memberikan kesan serius, kata kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

Kumpulan itu menyamakannya seperti tindakan meletakkan orang Islam bawah “kediaman terhad, seperti penjenayah berat”.

Menurut LFL lagi, tindakan kerajaan PAS negeri untuk mengenakan tindakan terhadap orang Islam yang gagal hadir tiga kali solat Jumaat berturut-turut, bertentangan dengan perlembagaan.

“Kesan serius daripada undang-undang yang berlebihan untuk menguatkuasakannya terhadap kepercayaan peribadi tidak boleh dipandang ringan,” kata LFL.

“Peruntukan ini secara berkesan meletakkan orang Islam bawah kediaman terhadap, seperti penjenayah berat, kerana mereka perlu 'melapor' kepada majlis setempat setiap Jumaat, kegagalannya menjadi kesalahan jenayah.”

LFL mendakwa ia melanggar Perkara 5 perlembagaan berkaitan kebebasan individu, Perkara 8 berhubung undang-undang sama rata dan Perkara 9 berkaitan kebebasan bergera dan Perkara 11 berkaitan kebebasan beragama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:38 AM | Show all posts
Jika dikesan sengaja meninggalkan  solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, mereka boleh dihukum penjara  sehingga setahun.

macang mano ...benda ni bulih tercicir dari AlQuran.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:21 AM | Show all posts
Do I need to take oath of any sort...since I am a frequent flyer?

Hmmmm


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:14 AM | Show all posts
pemerintah kita suka keluaq macam2 peraturan tapi depa tak berapa nak teliti bab cara mana peraturan itu depa nak kuat kuasakan... jadi kebanyakan peraturan tu tak jadi peraturan... tak dapat nak dilaksanakan sebab tak ada SOP utk melaksanakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:05 AM | Show all posts
Isu solat Jumaat: Menteri Besar Kelantan selar peguam LFL
22 Oktober 2014 3:30 AM


KOTA BHARU 21 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan menyelar tindakan kumpulan peguam dikenali sebagai Lawyers For Liberty (LFL) yang mempertikaikan penguatkuasaan peraturan mewajibkan orang lelaki Islam me­nunaikan solat Jumaat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, peraturan tersebut yang dikuatkuasakan mengikut Enakme­­n Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak, terutama golongan bukan Islam.

Beliau berkata, orang bukan Islam harus menghormati penguatkuasaan undang-undang tersebut dan tidak melibatkan mereka pun.

“Banyak pihak sekarang ini cuba mempertikaikan ibadat orang Islam. Saya rasa tak perlu dibangkitkan, sebab kita tak pernah pun mengkritik apa-apa amalan dalam agama lain.

“Contohnya, membakar mayat dalam agama lain. Dalam Islam tak boleh tetapi kita tetap hormat agama dia. Jadi kita harap semua pihak tolong menghormati agama masing-masing,” katanya.

Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dalam pada itu menegaskan, peraturan tersebut dibuat bukan mahu mencari salah dan menghukum, sebaliknya mahu memastikan umat Islam melaksanakan ibadat wajib yang diperintahkan Allah SWT dengan lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan serta pelancaran buku tulisan beliau bertajuk Khalifah: Kita Pilihan Allah, di sini hari ini.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh bekas Menteri Besar yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini mengumumkan, lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut ketika berada di negeri ini boleh dipenjarakan selama setahun serta denda sehingga RM1,000.

Bagaimanapun, sebuah portal propembangkang semalam me­laporkan kritikan LFL yang menyifatkan penguatkuasaan peraturan itu bertentangan dengan Perlembagaan negara selain memperlakukan orang Islam seperti individu yang melakukan jenayah berat.
f
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:40 AM | Show all posts
dah liat sangat nak ke masjid kenalah bagi kasar sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.065917 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list