CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24050|Reply: 130

Izzue Islam Nafi Isteri Buat Hal Di Lokasi Kerana Adegan Bersentuhan

[Copy link]
Post time 26-6-2015 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by freekey at 26-6-2015 10:50 AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Izzue Islam menafikan tuduhan isterinya Awin bertindak tidak profesional dengan mengarahkan penggambaran sebuah drama dihentikan gara-gara terdapat adegan bersentuhan suaminya dengan artis wanita lain.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, berkata, apa sahaja yang berlaku ketika di set penggambaran adalah atas arahan pengarah dan mengikut skrip yang sudah dipersetujui bersama.



"Awin tidak pernah minti hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui.

"Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon bimbit baharu jenama Vivo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.


Izzue dan Awin

Izzue  diminta mengulas tentang tuduhan kononnya terdapat kekecohan di set penggambaran drama apabila isterinya, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin, 33, bertindak meminta penggambaran dihentikan akibat tidak berpuas hati babak bersentuhan suaminya dengan pelakon wanita.

Dalam pada itu, Izzue berkata, sejak mempraktikan syarat tersebut, dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah melibatkan pengarah dan pelakon-pelakon lain.

"Isu ini tidak perlu timbul lagi kerana semua pihak sudah jelas dan apa-apa tawaran selalunya mereka sudah maklum tentang syarat itu, barulah kami setuju," katanya.

Sementara itu, Awin pula berkata, dia kesal dengan tuduhan sedemikian dan mengakui sukar baginya untuk menjelaskan pekara tersebut kepada pihak-pihak lain.

Jelasnya, status sebagai pengurus yang juga  isteri kepada Izzue membuatkan orang beranggapan lain.

"Orang terus bercakap tentang perkara ini kerana mereka melihat saya yang bercakap tentang syarat itu kepada produser. Kalau saya bukan isteri dia atau saya pengurus dia sahaja mungkin orang akan faham dan boleh terima," ujarnya.

Bagaimanapun Awin berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya mengurus suaminya itu biarpun sering ditomah dengan pelbagai tanggapan negatif.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 08:32 AM | Show all posts
kenapa rasa cam siaran ulangan je ni?

btw lakosi?? pon bolehh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:32 AM | Show all posts
pandai awin jaga laki
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:34 AM | Show all posts
Aku pecaya jahh  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:35 AM | Show all posts
hmmmm


.......


nasib ko lah kawin dgn org hensem
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:37 AM | Show all posts
tu la payah dapat laki comel. simpan kat umah je la x payah jadi pelakon lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2015 08:37 AM | Show all posts
itu lah sapa suruh kawen ngan lelaki hansem, cuba kawen dgn lelaki species pecah rumah tak ader lah nak sibuk menjadi pengurus
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian awin masih org carik pasal sbb dpt kawin dvn izzue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kebanyakan gosip pasal izzue adalah kerna keinsecurean bininya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:58 AM | Show all posts
tadek isu lain ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:59 AM | Show all posts
bini dia ni paranoid ke apa? takut sgt laki dia curang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:06 AM | Show all posts
rasanya mmg izzue pun kurang nak buat scene sentuh2
kan dia mcm dah letak syarat
awin mzz tengok ok ja..izzue pun nampak very loving towards bini dia
lagipun tak payah lah nak sentuh2..emosi boleh ditunjukkan dlm lakonan tanpa perlu bersentuh2


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg izzue ni xsuka adegan pegang2 kot.baguslah..atlist dia jaga batas dia ngan wanita selain isteri dia.mentang2 bini dia kertu n x cun melecun terus dihencap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:24 AM | Show all posts
Cerita recycle jek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:24 AM | Show all posts
eleh overnya...yg bini sibuk kat set watper, takut kena rembat dgn lelaki kah...wlpon dah kawen tak semestinya lurus hokey.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:33 AM | Show all posts
xyah lah sentuh2 .. kikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri dia mmg mcm tu...nk bergambr dengan peminat pompuan pun dia xbg....salah peminat pompuan hat terlbih dos bila nmpak izzu..sntap la isteri dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik gosip yg sama jer...xyah lah berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:11 AM | Show all posts
mzzenma replied at 26-6-2015 09:06 AM
rasanya mmg izzue pun kurang nak buat scene sentuh2
kan dia mcm dah letak syarat
awin mzz tengok o ...

setuju

dlm drama bising lak psl plakon blakon pgg bukan laki binik

bla izzue letak syarat camtu kecoh lak kata awin yg suruh

kalau betol binik dia suruh pon bg aku okeh ape dah tu laki dia

bukan xleh blakon kalo x pgg2

pompuan 'dayus' jer xde prasaan laki kena pgg ngn org lain



Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:16 AM | Show all posts
baguslah kalau bini dia xkasi laki dia buat adengan bersentuhan.tp dalam masa yg sama, bini dia pon istiqamah la...tutup aurat...lagi org respect
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069839 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list