CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bateesta

Mari kita kongsi ramai2 ,kumpul cerita nabi2 yg ada 25 tu..

[Copy link]
Post time 19-4-2006 04:17 PM | Show all posts
Allah menganugerahkan rahmatNya keatas keluarga Nabi Ibrahim diangkat menjadi nabi hingga ke anak cucu...

Nabi Ya'qub adalah putera Nabi Ishaq a.s bin Ibrahim a.s. Ibu Nabi Ya'qub  bernama Rifqah bin A'zar.merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.Ini bermakna, Nabi Ishaq a.s kahwin sepupu.
Nabi Ya'qub mempunyai kembar yg bernama Ishu..kisah kembar berdua ini tidak jauh beza dgn kisah kembar anak Nabi Adam a.s.

kedua kembar Nabi Ishaq (Ya'qub dan Ishu) tidak rukun dan damai. Ishu mempunyai perasaan hasad dengki terhadap Ya'qub...

besok2 Cub sambung yek...Cub dah nak balik ni...nak singgah kedai lg, nak beli tooth paste...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2006 06:42 PM | Show all posts
thanx Cub, good info :love:
Reply

Use magic Report

mrskojek This user has been deleted
Post time 20-4-2006 12:21 PM | Show all posts
kojek suke bace kisah nabi..

tp skang tak berkesempatan nak bace seme...cume dpt cut and paste pastu..kojek akan printout bace kat umah..

teruskan kengkawan..semoga..usaha kengkawan tu..mendapat..ganjaran dr Allah..:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 12:56 PM | Show all posts
Cub, tak sambung lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2006 08:29 PM | Show all posts

Nabi Idris A.S

Assalamualaikum..maaf yek, Cub bz lately nih..nih, cub nak kongsi cerita Nabi Idris A.S.


Nabi Idris adalah keturunan ke7  dari Nabi Adam A.S. Putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian, menjadi nabi setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris, menurut setengah riwayat, bermukim di Mesir, dimana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi bebrapa pedoman hidup bagi pengikutnya serta menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan didunia.

Nabi Idris adalah yg menurunkan bapa Nabi Nuh dan baginda lah yg mula-mula pandai menulis degan kalam, pandai pula membaca dan mengetahui ilmu perbinatangan, ilmu hitung, pandai menjahit dan merancak kuda serta memerangi org2 yg derhaka kpd Allah, menurunkan 30 amanat yg berisi petunjuk daripada Allah untuk disampaikan kpd umatnya, iaitu keturunan Qabil yg derhaka kepada Allah.

Baginda banyak mempelajari kitab2 yang diturunkan oleh Allah kepada Adam dan Syith. Bagindalah yg pertama kali pandai mengunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.

GELARAN NABI IDRIS:
Idris ini adalah nama gelaran kerana ia banyak memperlajari shahifah2 yg diturunkan kepada Nabi Adam a.s, Nabi Syith dan kepadanya sendiri. Ada sebanyak 90 shuhuf, dari Syith 50 shuhuf, Adam 10 Shuhuf dan dirinya sendiri 30 shuhuf.

Baginda sangat banyak ilmunya dan dia diangkat menjadi nabi dan rasul. Hal ini diterangkan dalam kitab tafsir: fathul Qadir dan riwayat2 yg menceritakannya.

Nama yg sebenarnya adalah : Akhnuh, dia keturunan ke-7 dari Nabi Adam.

Baginda mempunyai kekuatan yg luar biasa, sehingga baginda mendapat gelar "Asadul Usud" yg bererti' harimau dari segala harimau'. gelaran ini diberikan kerana Nabi Idris berani memerangi org2 yg derhaka kepada Allah.

Baginda sentiasa ingat kpd Allah dan telah diberikan kepadanya darjat yg tinggi, sebagaimana firman allah yg bermaksud:
"Dan ingatlah engkau (tentang) Idris yg tersebut dalam kitab. Sesungguhnay ia adalah yg sangat benar, seorang Nabi. Dan Kami telah tempatkan dia disatu tempat yg tinggi" (Maryam: 56-57)


NABI IDRIS MELIHAT ALAM GHAIB

menurut  pendapat dan keterangan sebahagian ahli tafsir  mengatakan, bahawa tatkala terbka bagi Idris untuk berkenalan dengan malaikat, maka Nabi Idris mempunyai  keinginan untuk melihat alam ghaib,keinganan baginda pun ditunaikan oleh Allah sehingga naiklah Nabi Idris ke langit yg ke 4 dan sebahagian ulama mengatakan ke langit ke 6.
Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari, dari Anas bin Malik dinyatakan, "ketika Nabi Muhammad SAW dan Jibril melalui suatu tempat pada malam Isra' dan mikraj, baginda telah bertemu dgn Nabi Idris sambil berkata "Selamat datang Nabi yg soleh dan saudara yg soleh. Kemudian bertanya nabi Muhammad SAW kepadanya. :"siapakah ini?" dijawab Jibril: Inilah Idris

Didlm al-quran ad menyebut:
"dan (ingatlah) Ismail dan Idris dan Zulkifli, sekalian (mereka adalah) dari org2 yg sahabat., dan kami masukkan mereka dalam rahmat Kami, kerana sesungguhnya mereka dari org2 yg soleh" (Al-anbiya' :85-86)

ADDITIONAL INFO:

- Nabi Idris a.s adalah moyang Nabi NUh a.s  (bapa kepada bapa Nabi NUH as)

- Ia byk menerima bermacam-macam ilmu, seperti ilmu menghitung, perbinatangan, berani memrangi org2 yg derhaka kepada Allah. Ia org pertama mengetahui jahit menjahit untuk pakaian,

- Nama sebenar  ialah Akhnuh

- Baginda ditinggikan darjatnya, kerana baginda adalah org yg sabar dan soleh


[ Last edited by  kecubung at 26-4-2006 08:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2006 08:37 PM | Show all posts
kisah diatas merupakan 1 dr 2 kisah Nabi Idris yg ada dlm koleksi Cub.. cerita 1 tu masih lagi spupu Cub pinjam..so Cub kongsi dgn koleksi Cub yg terbaru.. btw, apa yg Cub ingat, memang ada sedikit perbezaan dgn cerita yg 1 tu.. nanti2 Cub kongsi yek..

Pesan Cub,jgn tanyer Cub tentang kesahihan cerita nih..Cub pun suka himpun cerita nabi2 nih..dah tu, buat perbandingan dgn yg lain. klu ada persamaan, bermakna cerita tuh boleh dikatakan "sahih' walaupun tidak jelas kesahihannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2006 09:39 AM | Show all posts
Semua nabi adalah pilihan Allah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


DARI bahagian kisah Ibrahim a.s. setakat ini, ayat yang berikut mengambil makna dan saranannya untuk dikemukakan kepada orang-orang yang menentang hak kepimpinan umat Islam, menentang hak kenabian dan kerasulan Rasulullah s.a.w. serta mempertikaikan hakikat agama Allah yang tulen serta benar.

Firman Allah: Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: 揝erahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 09:47 AM | Show all posts
Nabi Idris di tempat yang tertinggi

NABI Idris adalah seorang yang tekun dan kuat beribadat. Ketekunannya menyebabkan baginda amat dikasihi oleh Allah s.w.t. dan dikagumi para malaikat. Sebagai balasan, Nabi Idris dianugerahkan Allah dengan kebolehan melihat alam ghaib bahkan dapat hidup di dalamnya. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah bertemu dengan Nabi Idris di langit keempat iaitu ketika dalam perjalanan Baginda hendak bertemu dengan Allah s.w.t.

Nabi Idris juga merupakan orang pertama yang menulis dengan pena, penunggang kuda yang handal, pakar astronomi dan matematik serta pandai menjahit ketika manusia di zamannya hanya tahu memakai pakaian daripada kulit binatang.

Segala amalannya mendapat perhatian para malaikat. Antara malaikat yang gemar memerhati amalan Nabi Idris ialah Kiraman Katibin iaitu malaikat pencatat amalan manusia dan Izrail, malaikat yang bertugas mencabut nyawa atau dikenali juga malaikat maut.

Izrail amat tertarik melihat ibadat Nabi Idris kerana lebih bercahaya berbanding dengan yang lain. Kerana itu, Izrail berdoa kepada Allah s.w.t. untuk bertemu dan bersahabat dengan Nabi Idris seperti manusia biasa. Allah telah memperkenankan doa Izrail itu.

Maka pergilah Izrail bertemu dengan Nabi Idris dan menyamar sebagai manusia. Mereka berkenalan dan menjadi sahabat karib. Mereka selalu berjalan dan beribadat bersama-sama tanpa Nabi Idris menyedari bahawa sahabat-sahabat itu adalah malaikat.

Sepanjang perjalanan, Izrail cuba menguji keimanan Nabi Idris supaya memakan makanan yang haram. Nabi Idris enggan dan berkata: 揝elama ini aku tidak pernah menjamah benda yang haram dan aku tidak akan makan makanan yang haram untuk selama-lamanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2006 02:33 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 26-7-2006 09:39 AM
Semua nabi adalah pilihan Allah


Semua manusia , malahan semua hidupan kat mukabumi ni gak ialah pilihan allah untuk dihidupkan supaya berlaku apa yg kita dilihat dan dipanggil sbg 1 KEHIDUPAN
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:33 AM | Show all posts
Kisah Al-Quran - Siri 11
Mimpi Nabi Yusuf semasa kanak-kanak
INGATLAH ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai bapaku, sesungguhnya aku bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan. Aku melihat semua mereka tunduk memberi hormat kepadaku. (Yusuf: 4)

Nabi Yusuf merupakan putera kepada Nabi Yaakub dan merupakan anak yang paling disayangi oleh ayahnya. Pada suatu malam, Yusuf bermimpi melihat kemunculan 11 bintang, matahari dan bulan yang sedang sujud kepadanya. Apabila bangkit daripada tidurnya, baginda menceritakan mimpi tersebut kepada ayahnya, Nabi Yaakub.

揥ahai ayahku, semalam aku telah bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sedang sujud kepadaku. Apakah maksudnya mimpi itu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 09:53 AM | Show all posts
Dakwah Nabi Syu抋ib kepada penduduk Madyan

Kisah Al-Quran (Siri 12)

HAI kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Soleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) daripada kamu. (Huud: 89)

Nabi Syu抋ib adalah seorang rasul berbangsa Arab yang berasal dari keturunan Nabi Luth. Baginda tinggal di daerah Ma抋n di pinggir negeri Syam.

Nabi Syu抋ib diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada penduduk Madyan. Penduduk Madyan terdiri daripada orang-orang kafir. Mereka menyembah 慉ikah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2006 11:01 PM | Show all posts
assalamualaikum wbt..
ntah dh ada yg paste ke blum citer ni..

Sulaiman b Daud adlh satu2nya Nabi yg mmproleh keistimewaan dr Allah SWT sehngga blh memahami bhs binatang.Dia blh bicara dgn burung Hud Hud n jg blh memahami bhs semut.Dlm Al-Quran surah An Naml, ayt 18-26 adlh cth dr sebhgian ayt yg mnceritakn akn keistimewaan Nabi yg sgt kaya raya ini.

Firman Allah,
揇n Sulaiman tlh mewarisi Daud dn dia brkata,揾ai manusia,kami tlh diberi pengertian ttg suara burung dn kami diberi segala sstu.Sesgghnya (semua) ini benar2 suatu kurnia yg nyata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064458 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list