CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 1

[Borneo] Bayar kos rawatan di hospital jika tolak vaksin

[Copy link]
Post time 15-10-2021 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Individu yang menolak vaksin dan dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, disaran menanggung sepenuhnya kos rawatan dikenakan.

Pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata golongan itu perlu bertanggungjawab atas pemilihan risiko jangkitan kesan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Dengan menolak vaksin, tegasnya, individu terbabit dengan rela hati memilih risiko dijangkiti COVID-19 dan kemungkinan menanggung komplikasi serius daripada wabak itu.

"Sekiranya ada pesakit COVID-19 masuk ke hospital dan didapati tidak divaksin kerana menolak vaksin, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos rawatan.

"Mereka memilih untuk menolak vaksin COVID-19, maka mereka juga perlu bertanggungjawab dengan risiko dijangkiti virus itu dan kesan daripada jangkitan berkenaan.

"Ia termasuk risiko mendapat manifestasi penyakit yang teruk akibat dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau ditanya sama ada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang memberi kelonggaran kepada penerima vaksin, perlu dikekalkan memandangkan kadar vaksinasi populasi dewasa seluruh negara sudah melebihi 90 peratus.

Dr Halimatus Sakdiah berkata, semua peraturan yang menyekat pergerakan individu tidak divaksin perlu dikekalkan bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital akibat wabak itu, selaras kelonggaran rentas negeri.

Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya, katanya, pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu tidak divaksin yang melanggar peraturan dan SOP berkenaan.

"Saya tidak rasa ada kaedah untuk mengesan individu tidak divaksin yang melanggar SOP kerana masyarakat sangat kreatif (mencari cara melanggar peraturan).

"Satu-satunya cara adalah mengenakan penalti jika individu sedemikian tertangkap atau dikesan ketika pemeriksaan secara rawak di premis atau tempat awam," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula semalam kepada individu yang lengkap divaksin, susulan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah mencecah 90 peratus.

Kebenaran itu membolehkan mana-mana individu yang lengkap divaksin merentas negeri tanpa kebenaran polis untuk melakukan apa sahaja aktiviti.

Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.



credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2021 09:29 AM | Show all posts
Sangat ... sangat ... setuju ... dan sepatut nya ... biar kan saja mereka nak dine in ke ... atau nak melancung ke ... sebab mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ...


kecuali ... cikgu-cikgu ... yang tu mesti la ambik vaksin sebab berdepan mengajar anak-anak yang masih bawah umur ...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 1.091839 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list