CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 2

[Politik] PAS main sentimen berbahaya samakan Palestin dengan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 16-6-2023 10:03 AM | Show all posts |Read mode
PAS main sentimen berbahaya samakan Palestin dengan Pulau Pinang

Tidak ada manusia waras menafikan kezaliman Israel daripada merampas tanah dan mengusir rakyat Palestin daripada tanah air hingga memenjarakan, mencederakan serta membunuh mereka yang berlarutan sejak 1948 lagi. Malah, Nakbah atau tragedi besar itu, bukan sahaja menjadi isu kemanusiaan merentas bangsa, bahkan lebih perit kepada umat Islam berkongsi akidah dengan majoriti penduduknya serta kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai masjid suci ketiga selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Justeru, tindakan PAS mengaitkan isu pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang dengan rampasan tanah air rakyat Palestin dalam akaun media sosialnya adalah salah dari segenap sisi sama ada sejarah mahupun fakta semasa, malah meremehkan darjat kezaliman Israel dan merendahkan tingkat kesengsaraan umat Palestin. Ia menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan penduduk Pulau Pinang, tidak terkecuali orang Melayu rasional, bahkan meletakkan perjuangan bangsa ini sendiri mengejar arus pembangunan dalam sorotan salah.

Tidak sukar menduga punca persamaan dibuat secara cherry-pick atau tebang pilih dan tidak adil kerana konteks jauh berbeza itu berdasarkan suasana politik menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN). Apatah lagi ia muncul selepas polemik pajakan Pulau Pinang tambah mengeruhkan hubungan negeri, bahkan antara sesama rakyat. Namun sebesar mana pun cita-cita politik atau gelombang pengaruh mahu diciptakan, ia sama sekali tidak boleh membenarkan tindakan menunggang sentimen dan emosi rakyat, apatah lagi berkait agama serta kaum.

Malangnya, kenyataan sebegini dimuat naik tidak sampai setengah bulan Sidang Pengarang BH memberi amaran supaya manipulasi naratif kaum dan agama dihentikan dengan semua parti politik perlu membuat aku janji tidak mempergunakan isu 3R (bangsa, agama dan raja), bahkan Yang di-Pertuan Agong sendiri dalam 'amanat terakhir' Titah Hari Keputeraan Rasmi baginda awal bulan ini, mengingatkan supaya isu seperti itu tidak dijadikan polemik dan perbalahan politik. Apakah ini menandakan pemimpin politik tidak faham bahasa nasihat hingga perlu disedarkan dengan bahasa undang-undang?

Oleh itu, kita mendesak pihak berkuasa tidak bertangguh mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengeksploitasi isu sensitif tidak kira individu mahupun parti politik. Apakah undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 belum cukup sedangkan kita melihat banyak kali kes orang perseorangan disiasat dan dihadapkan ke mahkamah kerana memuat naik kenyataan mengganggu ketenteraman awam. Usah sampai kelewatan mengambil tindakan memberikan persepsi negatif kepada masyarakat, malah disalah tafsir pihak berkenaan sebagai 'kad bebas lokap' dalam mainan berpapan politik mereka.

Harus diingat desakan ini bukan bermakna kita menyebelahi mana-mana parti kerana semua bebas berkempen termasuk mengadakan jerayawara walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibubar atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum tetapkan tarikh penting pilihan raya, sebaliknya kita tidak mahu ada pihak mempergunakan isu 3R untuk mengeksploitasi sentimen pengundi demi meminta 'tebusan' dalam bentuk undi kerana cara berpolitik sebegitu sangat berbahaya.


PAS mengaitkan isu pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang dengan rampasan tanah air rakyat Palestin dalam akaun media sosialnya adalah salah dari segenap sisi sama ada sejarah mahupun fakta semasa. Foto BH

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... dengan-pulau-pinang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 11:23 AM | Show all posts
PAS makin mereng
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
juboqhang replied at 16-6-2023 11:23 AM
PAS makin mereng

Tahapa hape . Ko nak sgt ke org mulayu bergasak dgn cine . Bodo punya pas.. rkyt baik je tp pemimpin politik mmg tolol .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188601 Replies : 4293
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 8992 Replies : 177
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29384 Replies : 211
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3662 Replies : 20
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90417 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248
"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susah sekarang"-Wanita berang DBKL Minta Selesaikan Bil Sewa RM124 Tertunggak Selama 8 Bulan
YgBenar"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susa
Views : 2564 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055331 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list