CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 1

Lelong pakaian serendah RM2, elak gulung tikar

[Copy link]
Post time 12-10-2023 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Lelong pakaian serendah RM2, elak gulung tikar


Noraini lelong pakaian serendah RM2 elak rugi dan mendapatkan semula modal. - NSTP/Paya Linda Yahya


GUA MUSANG: Bagi mengelakkan perniagaan terus gulung tikar, seorang pengusaha pakaian terpaksa melelong semua baju kanak-kanak dan wanita serendah RM2 sehingga RM20 selepas dagangannya tidak mendapat sambutan sejak hampir setahun lalu.

Noraini Ramelin, 40, yang membuka perniagaan dari rumahnya sejak lima tahun lalu melelong pakaian berkenaan bagi mengelak terus mengalami kerugian.

Katanya, usaha lelongan pakaian itu dimulakan sejak November tahun lalu dan hanya berhasil mendapat pulangan kira-kira RM500.

Jika dilelong semua dia menganggarkan nilai keseluruhan hampir RM10,000 dan masih terlalu jauh untuk mencapai sasaran itu.

Saya terpaksa melakukan usaha terakhir ini hanya untuk mendapatkan pulangan modal selepas perniagaan tidak lagi memberangsangkan seperti dahulu.

"Sekarang saya sudah tidak mengharapkan untuk dapat untung, dapat balik modal pun sudah bersyukur sangat daripada terus rugi," katanya ketika ditemui di rumah di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini, baru-baru ini.

Noraini berkata, pada awal perniagaannya semuanya berjalan lancar dan baju dijual mendapat sambutan menggalakkan, selain pernah berniaga di pasar malam.

"Sejak November tahun lalu jualan semakin berkurang dan gerai yang dibuka juga sudah tidak menerima pelanggan sehinggakan untuk modal minyak kereta ke tempat jualan juga terpaksa menggunakan kos sendiri.

"Memang dari awal mulakan perniagaan dari rumah dan membuka gerai pada setiap hujung minggu dan ketika musim perayaan.

"Dengan stok yang masih banyak ada kalanya saya buntu memikirkannya. Jadi ada juga saya iklankan di Facebook atau WhatsApp.

"Tapi sambutan masih perlahan dan masih banyak stok baju kanak-kanak dan wanita yang tidak terjual.

"Saya sudah tak kisah melelong pakaian dengan harga terendah, iaitu antara RM2 hingga RM20, asal sahaja mampu bertahan untuk kelangsungan hidup," kata ibu tiga anak berusia antara lapan hingga 11 tahun.

Dia juga terdesak ingin menghabiskan semua stok pakaian yang dijualnya untuk menampung kos hidup keluarga yang semakin meningkat.

Lebih menyedihkan suaminya, Mohammad Nawi Mohamed Jam, 42, pula sudah hampir empat bulan tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

SUMBER:https://www.bharian.com.my/wanit ... 2-elak-gulung-tikar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 02:58 AM | Show all posts
bisness sedang menurun kah? e-niaga dan online shop kuat menekan bisness toko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.077675 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list