CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28085|Reply: 14

[Dunia] Menteri Israel syor penduduk Palestin hijrah ke negara Arab lain

[Copy link]
Post time 1-1-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Israel syor penduduk Palestin hijrah ke negara Arab lain

https://www.bharian.com.my/dunia ... ke-negara-arab-lain

Januari 1, 2024 @ 3:34pm


Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich. - Foto AGENSI

TEL AVIV: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, memberitahu Radio Tentera pada Ahad bahawa pilihan terbaik untuk Gaza adalah rakyat Palestin berhijrah ke negara Arab lain secara sukarela.

Menteri berhaluan kanan, yang tidak termasuk dalam Kabinet Perang Israel itu, hanya mahu minoriti Arab kecil yang menyokong Israel terus kekal berada di Palestin.

"Jika di Gaza hanya terdapat 100,000 atau 200,000 orang Arab dan bukan dua juta, status quo pada hari berikutnya akan kelihatan berbeza kerana mereka tidak akan berkomplot untuk menyerang Israel.

"Mari kita berfikir di luar kotak, hanya ini saja rumusan yang menjanjikan keamanan berkekalan," kata Smotrich yang mengetuai Parti Agama Zionis, rakan penting dalam kerajaan gabungan Presiden Israel, Benjamin Netanyahu.

Beliau mempromosikan cadangan itu, satu penyelesaian kepada krisis di Gaza, yang sangat bertentangan dengan pendirian masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau adalah antara mereka yang percaya bahawa penting untuk membina semula penempatan Israel di Gaza sebagai cara terbaik untuk memastikan kumpulan seperti Hamas tidak kembali ke kawasan itu untuk mengancam Israel.

Katanya, Gaza tidak boleh terus menjadi 'tompok panas', di mana dua juta orang terus dipupuk dengan rasa kebencian terhadap Israel dan ditanamkan idea untuk memusnahkan regim Zionis.

"Inilah yang berlaku di Gaza selama 75 tahun dan perlukah kita (Israel) terus hidup dalam ketakutan selepas tragedi 7 Oktober lalu," katanya.

Smotrich pernah membuat kenyataan sama sebelum ini, mengesyorkan penghijrahan melalui rancangan antarabangsa, yang mana penduduk Gaza akan dipindahkan secara sukarela.

"Pergilah jika mereka (Palestin) mahu pergi, jika mereka rasa ditahan secara paksa, bertentangan dengan kemahuan mereka, di sebuah kawasan setinggan selama 75 tahun dalam kemiskinan," katanya.

Beliau bercakap mengenai nasib Semenanjung Gaza, jalur pantai yang menjadi rumah kepada 2.3 juta rakyat Palestin, kebanyakannya kini menjadi pelarian dalaman akibat perang.

AS dan masyarakat antarabangsa mahu melihat kembalinya Pihak Berkuasa Palestin (PA) ke Gaza dan menolak sebarang rancangan untuk penempatan semula penduduk Palestin. - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nakharom bangsat bangkai peppa peeg.....ko dah occupied palestinians territories,ko nak displaced them dgn nyuruh mereka hijrah negara arab lain?

Ptuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nak mampus orang Yahudi ni
Yang perlu berambus itu bangsa lahanat kau
Bukan Palestin. Hamas itu dijadikan alasan je..dengan Hamas pun takut. Suruh orang keluar sebab nak bina penempatan Israel demi memusnahkan Hamas secara total..jujurnya kamuuuuuu. Jahat sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-1-2024 11:57 PM
stingergrumpy replied at 1-1-2024 11:06 PM
Nakharom bangsat bangkai peppa peeg.....ko dah occupied palestinians territories,ko nak displaced th ...


"apa abang marah..saiya sini sudah lama occupied malaysia...ok saja..boleh rompak lagi.Abang tada suka sama kita rohingya..abang pigi sana indon serumpun sama u worang la.-rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebok je Melayu nak marah marah
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-1-2024 11:52 PM
"apa abang marah..saiya sini sudah lama occupied malaysia...ok saja..boleh rompak lagi.Abang tada  ...

Occupied nek ko punyer pubiss serunding?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade jugak yg bodoh kata melayu sibuk. Ni hl org Islam, ko kafir xtau ape2 baik diam drpd tunjukkan kebodohn ko tu. Hanya kafir je yg cakap gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia celaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat saudi wat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka mak ko ijau menteri teroris israel
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 08:37 AM | Show all posts
kima punya menteri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 09:53 AM | Show all posts
kenapa x diorg yg balik ke negara asal masing2 je
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai....mereka tu pun dari tribe Ukraine, Georgia, Romanian juga.
Tak sedar diri betul. You will be put back to your place juga satu hari nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Uols zionis takmo hijrah ke?


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Setan pun respect dgn yahudi lahanat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.435547 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list