CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7773|Reply: 0

[Dunia] Iran tidak bercadang sertai WTO, keanggotaan dalam blok serantau memadai - Tehran

[Copy link]
Post time 4-1-2024 09:43 AM | Show all posts |Read mode


TEHRAN: Iran tidak bercadang untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam tempoh terdekat memandangkan keanggotaannya dalam pertubuhan serantau utama lain adalah setaraf dengan keanggotaan dalam WTO, lapor Sputnik memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar bagi Diplomasi Ekonomi Iran, Mahdi Safari.

"Kami adalah negara pemerhati (WTO), dan dengan keanggotaan dalam BRICS, SCO (Persatuan Kerjasama Shanghai), EAEU (Persatuan Ekonomi Eurasia), ECO (Organisasi Kerjasama Ekonomi) - adalah setaraf WTO.

"Kami tidak melihat keperluan untuk menganggotai WTO... kerana keahlian kami dalam pertubuhan-pertubuhan ini sudah hampir secara automatik menjadi anggota WTO di peringkat serantau dan menikmati manfaatnya. Kedudukan ini menguntungkan semua pihak," menurut Safari.

Keanggotaan Tehran dalam kumpulan-kumpulan berkenaan memenuhi hampir kesemua keperluan negaranya di peringkat serantau dan global, menurut diplomat itu.

"Namun jika ditawarkan keanggotaan dalam WTO, Iran akan menyertainya," katanya.

Pada masa yang sama, diplomat itu yang ditemu bual oleh Sputnik mengenai perdagangan bebas dengan EAEU, berkata perjanjian itu memberi impak besar kepada perdagangan Iran-Rusia, dan mewujudkan prospek untuk menjalin kerjasama yang berjaya dalam kewangan, transit, tenaga, teknologi, dan projek berintensifkan pengetahuan.

Pada Ogos 2023, persidangan peringkat tertinggi ke-15 BRICS di Johannesburg memperluaskan jemputan kepada Iran, Argentina, Mesir, Ethiopia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi untuk menyertai blok itu.

Keanggotaan penuh mereka, kecuali Argentina yang kemudiannya menarik diri untuk menyertai BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) di bawah presiden baharu, berkuat kuasa pada 1 Jan 2024.

--BERNAMA-SPUTNIK


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.314668 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list