View: 8332|Reply: 0
|
[Jenayah]
Wanita ditahan susulan insiden tikam di dalam kereta api
[Copy link]
|
|
Tokyo: Tiga lelaki cedera dalam kejadian tikaman dan dibawa ke hospital, semalam, selepas seorang wanita menghunus pisau di dalam kereta api di Stesen Akihabara di Tokyo, kata polis Jepun.
Polis menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum 11 malam waktu tempatan, mengatakan wanita itu menyebabkan kecederaan dengan pisau pada laluan Yamanote, salah satu laluan pengangkutan paling sibuk di bandar itu, kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.
Wanita itu ditahan dan keadaan tiga lelaki yang cedera tidak diketahui, kata jurucakap itu.
Agensi berita Kyodo melaporkan bahawa tiada seorangpun daripada mangsa yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Penyiar awam NHK pada mulanya melaporkan bahawa empat orang ditikam.
Syarikat Kereta Api Jepun Timur berkata, laluan Yamanote digantung seketika kerana "masalah pada kereta api".
Akihabara, yang secara tradisinya menempatkan peruncit elektronik dan gajet, adalah kawasan tumpuan pelancongan utama di Tokyo dan sinonim dengan permainan video, buku komik dan fesyen yang aneh.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|