CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9275|Reply: 0

[Dunia] AS, sekutu beri amaran terakhir kepada Huthi hentikan serangan laut. Nak lawan Houti pun bawa geng ke??

  [Copy link]
Post time 4-1-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Dua belas negara diketuai Amerika Syarikat (AS), semalam, memberi amaran kepada kumpulan Huthi Yaman mengenai akibat bakal dihadapi, melainkan mereka segera menghentikan serangan laut yang semakin menggugat perdagangan global.

Pentadbiran Presiden Joe Biden menyifatkan kenyataan yang turut disertai Britain, Jerman dan Jepun itu, sebagai amaran terakhir ketika beliau menimbang kemungkinan tindak balas tenteranya terhadap Huthi.

Kumpulan disokong Iran, yang menguasai sebahagian besar Yaman termasuk ibu kota Sanaa dan sebahagian besar pantai Laut Merah, sudah menembak kapal-kapal yang didakwa ada kaitan dengan Israel sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Mesej jelas kami sekarang, kami menyeru agar serangan ini dihentikan serta-merta dan menuntut pembebasan kapal dan kru yang ditahan secara tidak sah.

"Pihak Huthi akan menanggung akibatnya sekiranya mereka terus mengancam nyawa, ekonomi global dan aliran bebas perdagangan di laluan perairan di rantau ini," menurut kenyataan bersama dikeluarkan Rumah Putih.


Seorang pegawai kanan pentadbiran Biden, berkata biarpun kenyataan itu tidak memperincikan bentuk akibat bakal dihadapi Huthi, namun menyifatkan mesej itu sangat jelas.

"Saya tidak menjangkakan bentuk amaran lain. Saya rasa kenyataan ini sudah menyatakan ketegasannya," kata pegawai itu kepada pemberita.

Pegawai itu menjelaskan, Biden berunding dengan pasukan keselamatan negaranya pada 1 Januari lalu ketika bercuti di Kepulauan Virgin AS untuk menentukan tindakan pilihan ekoran serangan Huthi.

Britain, sekutu rapat AS dalam isu keselamatan, sudah mengeluarkan amaran menerusi kenyataan disampaikan Perdana Menteri, Rishi Sunak yang menuntut Huthi menamatkan serangan ke atas kapal di perairan itu.

"United Kingdom (UK) akan sentiasa mengambil tindakan untuk mempertahankan kebebasan pelayarannya," ciap Sunak di akaun X.

AS sebelum ini menghantar kapal pengangkut pesawat ke perairan itu dan mengumumkan pakatan tentera laut untuk melindungi pergerakan di Laut Merah, yang menyumbang 15 peratus perdagangan global, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

UK menempatkan kapal pemusnah Tentera Laut Diraja, HMS Diamond, untuk memperkukuh kehadiran British di kawasan teluk itu.

Pada Ahad, tentera AS berkata sudah menenggelamkan tiga bot Huthi berikutan serangan ke atas kapal kontena gergasi Denmark, Maersk.

Kumpulan itu menyatakan 10 pejuang mereka terbunuh dalam insiden itu.

Huthi pada Rabu mengumumkan serangan terbaru daripada lebih 20 setakat ini, ke atas sebuah kapal pengangkut tertera bendera Malta kerana dipercayai menuju ke wilayah Palestin yang diduduki. -AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 181822 Replies : 4094
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11027 Replies : 155
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 26147 Replies : 164
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2137 Replies : 8
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22619 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73471 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103368 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40184 Replies : 245
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7781 Replies : 82

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.532509 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list