CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9787|Reply: 0

[Dunia] Wanita Australia Ambil Sperma Suami Yang Sudah Meninggal

[Copy link]
Post time 5-1-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita Australia berumur 62 tahun, telah mendapat keizinan daripada mahkamah untuk mengambil sperma suaminya yang sudah meninggal.

Wanita itu berjaya meyakinkan hakim mahkamah bahawa dia dan suami telah mempertimbangkan untuk mempunyai anak sebelum suaminya meninggal. Pasangan itu dikatakan mahu mempunyai anak pada usia yang sudah tua kerana kedua-dua anaknya yang lain sudah meninggal dunia.

Menurut dokumen rasmi yang dikeluarkan pada Rabu, anak lelaki mereka yang berumur 31 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan manakala anak perempuan mereka yang berumur 29 tahun lemas ketika memancing.

Oleh sebab trauma yang berlaku akibat dua tragedi yang menimpa anak-anak mereka, pasangan tersebut telah melakukan penyelidikan sendiri untuk memastikan sama ada sperma suaminya yang berumur 61 tahun itu boleh digunakan untuk menghamilkan ibu pengganti.

Namun, apabila suaminya itu telah meninggal dunia pada 17 Disember, wanita terbabit meminta pihak bilik mayat hospital untuk mengumpul dan menyimpan spermanya.

Tetapi pihak hospital tidak melakukan apa yang dia minta. Ini memaksa wanita itu untuk mendapatkan arahan bertulis dengan segera di Mahkamah Agung Australia Barat.

Menurut para penyelidik, mereka mengatakan bahawa tisu pembiakan sebaiknya dikumpulkan antara satu dan dua hari selepas kematian.

Hakim Fiona Seaward bersetuju bahawa sperma suaminya itu boleh diambil dan disimpan, tetapi  perintah mahkamah yang berasingan diperlukan sebelum sperma boleh digunakan untuk persenyawaan.

Perintah itu telah dibuat pada 21 Disember, tetapi ia baru dikeluarkan kepada umum baru-baru ini.

Walaupun ini merupakan sesuatu yang tidak biasa dilakukan, tetapi di Australia, mengambil sperma pasangan yang sudah meninggal bukanlah sesuatu yang baru untuk mereka di sana.

Sebelum ini, pada Jun 2023, seorang wanita Australia telah mendapat keizinan untuk mengambil sperma daripada suaminya yang sudah meninggal akibat arterinya yang tergores pada kaca tingkap yang pecah.

Sumber: CNN Indonesia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.810663 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list