CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26237|Reply: 2

[Dunia] Konflik Palestin-Israel: Pengeboman Gaza lebih dahsyat daripada Hiroshima

[Copy link]
Post time 6-1-2024 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Konflik Palestin-Israel: Pengeboman Gaza lebih dahsyat daripada Hiroshima

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... daripada-hiroshima/

Oleh KOSMO!
6 Januari 2024, 8:15 am


TENTERA Israel mengebom sasaran di Gaza, Selasa lalu. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Israel menyerang Semenanjung Gaza dengan menggunakan lebih 65,000 tan bahan letupan iaitu tiga kali ganda lebih kuat berbanding letupan bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima, Jepun pada 1945.

Pejabat Media Gaza menyatakan, tentera Rejim Zionis mengebom wilayah Palestin itu dengan menggunakan lebih 45,000 peluru berpandu dan bom, demikian menurut laporan akhbar Daily Sabah.

“Pesawat-pesawat penjajah menggugurkan lebih 45,000 peluru berpandu dan bom gergasi, sebilangannya mempunyai berat 907 kilogram semasa perang genosid menyeluruh di Semenanjung Gaza dengan kawasan kediaman sengaja disasarkan.

“Berat keseluruhan bahan letupan yang digugurkan tentera Israel di Semenanjung Gaza melebihi 65,000 tan sekali gus lebih berat dan berkuasa berbanding bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima (semasa Perang Dunia Kedua),” kata pejabat tersebut.

Menurutnya, penggunaan bom seumpama itu menunjukkan sasaran serangan yang disengajakan untuk melakukan pembunuhan rambang.

Situasi itu membuktikan pencabulan undang-undang antarabangsa yang jelas dan melanggar pelbagai konvensyen antarabangsa yang lain.

Awal bulan lalu, Penilaian itu yang dikumpulkan oleh Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan menganggarkan kira-kira 40 hingga 45 peratus daripada 29,000 misil dan bom dari udara ke darat digunakan oleh tentera Israel tidak dipandu arah untuk menuju ke sasaran serangan.

Sebaliknya, baki peluru dan bom yang digunakan tentera Rejim Zionis adalah peluru berpandu dan bom tepat, demikian menurut laman berita CNN.

Pejabat Media Gaza turut mendokumentasikan penggunaan kira-kira sembilan bom yang diharamkan oleh masyarakat antarabangsa ke atas penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Senjata ‘diharamkan’ itu turut meliputi bom pemusnah kubu bawah tanah BLU-113, BLU-109, SDBS, bom GBU-18 yang dipandu arah menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS) bagi memusnahkan infrastruktur, bom fosforus putih, bom pintar dan peluru Halberd Gudum, kata pejabat berkenaan.

Bom-bom itu menyebabkan kematian dan kecederaan dalam jumlah besar dan dalam singkat cuma beberapa saat.

Ia juga menyebabkan kecacatan kekal dan ketidakupayaan kepada mangsa yang cedera selain mengundang risiko alam sekitar akibat pembebasan radiasi, tambah pejabat tersebut.

Pejabat media Hamas menggesa masyarakat dan pertubuhan antarabangsa supaya menghentikan perang genosid yang dilakukan tentera Israel ke atas orang awam, kanak-kanak dan wanita. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Td dengo berita yisrael nak hnto palestin ni ke congo afrika
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 06:45 PM | Show all posts
Tapi Hiroshima bangkit lebih kuat dan maju pasca perang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 1.031757 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list