CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Warga emas jatuh terlentang, kerusi ditarik ketika solat

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular warga emas jatuh terlentang semasa solat isyak berjemaah di Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik, Bahau, Ahad lalu.

JEMPOL – Seorang warga emas yang tular jatuh terlentang semasa solat isyak berjemaah di Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik, Bahau, di sini tetap meneruskan solatnya dalam keadaan kaki melunjur.

Warga emas tersebut, Mohd. Kassim Maarof, 63, berkata, dia langsung tidak menyedari kerusi yang digunakannya untuk solat ditarik oleh seorang kanak-kanak lelaki dan hanya mengetahui sebaik mahu bersujud.

Pesara Jabatan Penerangan itu berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lepas ketika masjid menganjurkan Majlis Tahlil Perdana dan dihadiri lebih 150 jemaah.

“Bila nak turun sujud tu (duduk di kerusi) tu yang tergolek ke belakang. Bila tergolek ke belakang, dia melantun balik dan terus terduduk. Saya sujud (isyarat tunduk) dalam keadaan melunjur itu.

“Saya meneruskan solat seperti biasa dan selepas itu saya merasa bahu saya sakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Kassim yang merupakan ahli jawatankuasa masjid bahagian media berkata, bapa kanak-kanak terbabit datang meminta maaf kepadanya selepas dimaklumkan oleh jemaah wanita yang ternampak insiden dia jatuh terlentang.

Katanya, dia tidak merasa marah dan sudah pun memaafkan bapa serta kanak-kanak tersebut sejurus selepas  kejadian.

“Budak-budak kan, tapi kita sebagai ibu bapa perlu mengawal anak-anak sekiranya dibawa ke masjid. Jika anak-anak boleh dikawal, masjid sememangnya mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Namun, kanak-kanak yang belum mumaiyiz, hukumnya makruh dibawa ke masjid. Antara sebab hukumnya makruh adalah terjadinya kes seperti ini. Kalau nak bawa juga, pantaulah dengan sempurna,” katanya.

Katanya,  dia juga terkejut apabila video kejadian itu tersebar kerana hanya berkongsi dengan isterinya dan serta ‘group’ WhatsApp masjid.

“Namun, video ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua pihak untuk menjaga anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tarik-ketika-solat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195975 Replies : 4533
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30345 Replies : 177
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052876 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list