CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2435|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerajaan arah IKIM teliti pandangan berkaitan boikot

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Kerajaan mengarahkan Institut Kefahaman Islam (IKIM) meneliti semua pandangan berhubung tindakan boikot dalam kalangan umat Islam terhadap beberapa produk sejak kebelakangan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ketika ini ada banyak pandangan berhubung tindakan boikot yang membabitkan beberapa produk dan jenama.

Katanya, penelitian itu juga termasuk pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, semalam yang beliau percaya dikeluarkan selepas melihat kesan daripada boikot berkenaan kepada KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) dan jenama lain seperti rangkaian makanan segera KFC.

"Saya mengarahkan IKIM meneliti pandangan itu (Mufti Perak) dan semua pandangan lain daripada pelbagai sudut walaupun perkara berkaitan boikot itu adalah pilihan individu.


"Ada banyak pandangan yang berbeza dan kita menghormati dan Insya-Allah kita mengambil pendekatan melihat pandangan itu secara umum dan membuat keputusan selepas itu (teliti)," katanya kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat JAWI di Dataran Merdeka hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Semalam, Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, menegaskan bahawa tuduhan menghina agama Islam yang dilemparkan terhadap pengurusan rangkaian kedai serbaneka, KK Mart susulan isu stoking tertera kalimah 'Allah' tidak terbukti, sekali gus tiada kewajaran agar premis perniagaan syarikat itu diboikot.

Beliau menegaskan, berpandukan kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya atau "alqasdul jinaei", yang mana elemen rukun itu tidak boleh dibuktikan melalui "syahadah".

Sementara itu, mengulas mengenai rayuan haji membabitkan 80,000 bakal jemaah haji, beliau menegaskan rayuan itu sememangnya sudah ditutup dan mana-mana orang yang tidak mendapat jawapan daripada TH bermakna rayuan mereka sudah ditolak.

Katanya, kuota haji yang diberikan kepada Malaysia sebanyak 31,600 sudah dipenuhi sepenuhnya.

"Proses rayuan sudah tamat... dan kuota yang diberikan kepada Tabung Haji 31,600 sudah dipenuhi, bermakna bukan 31,601 walaupun lebih satu diberikan masuk ke Makkah... boleh masuk atau tidak ke Makkah bergantung kepada visa," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa Tabung haji ada jawatankuasa khas meneliti rayuan haji berkenaan.

"Saya memahami ada jumlah yang ramai merayu itu tetapi kita ada kekangan kerana jumlah kuota diberikan itu sudah ditetapkan.

"Tidak perlu bimbang walaupun haji ibadah yang diwajibkan tetapi diwajibkan atas kemampuan, dan visa haji itu adalah sebahagian daripada kemampuan,

"Bermakna jika tidak mempunyai visa haji bermakna kita tiada kemampuan walaupun kita ada banyak duit dan berkemampuan...jangan bimbang hukum wajib itu sudah terangkat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-berkaitan-boikot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.995733 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list