View: 1293|Reply: 17
|
[Tempatan]
Penantian 18 tahun warga emas tunai ibadah haji berakhir
[Copy link]
|
|
Penantian 18 tahun warga emas tunai ibadah haji berakhir
Oleh Baharom Bakar - Mei 13, 2024 @ 10:05am
bhnews@bh.com.my
Mamat (kiri) melihat petugas TH sedang memakaikan gelang nama kepada Minah (kanan) di ruang menunggu di LTSM, semalam. - Foto BAHAROM BAKAR
KUALA NERUS: Penantian lebih 18 tahun pasangan warga emas, termasuk enam kali mengemukakan rayuan untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, berakhir apabila ditawarkan menjadi tetamu Allah, tahun ini.
Mamat Embong, 74, dan isterinya, Minah Mohamad, 71, dari Kampung Seberang Marang di sini, mendaftar untuk menunaikan ibadah haji ketika berusia 56 tahun.
Bagaimanapun katanya, setiap tahun bermula 2018, dia dan isteri ke pejabat Tabung Haji (TH) di daerah Marang bagi membuat rayuan menunaikan haji.
"Tetapi keputusan rayuan kami ditolak mungkin disebabkan tiada kekosongan dan belum tiba giliran kami untuk ke Makkah menunaikan ibadah haji," katanya.
Mamat yang lebih mesra dengan panggilan Pok Long yang juga pesara Majlis Daerah Marang (MDM), dan Minah atau lebih mesra dengan panggilan Mok Long, mengakui sudah enam kali membuat rayuan bagi menunaikan haji.
Pasangan ini antara 142 daripada 2,180 bakal jemaah haji daripada Terengganu terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.
TH negeri menyediakan lapan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk membawa 1,136 daripada 2,180 orang yang terpilih menunaikan ibadah haji ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mamat mengakui tidak menyangka dan terkejut apabila kedatangannya bersama Minah ke pejabat TH pertengahan Februari lalu untuk membuat rayuan kali keenam dimaklumkan terpilih menunaikan ibadah haji pada musim ini.
Terkejut dan menganggap petugas TH itu hanya bergurau, Mamat dan isterinya beberapa kali meminta petugas TH membuat semakan, tetapi diyakinkan bahawa namanya sememangnya terpilih menjadi tetamu Allah musim ini.
"Selepas dimaklumkan petugas TH kami terpilih untuk menunaikan ibadah haji, tanpa disedari air mata kegembiraan menitis kerana impian ditunggu sejak 18 tahun lalu menjadi kenyataan.
"Kami terus ke klinik swasta untuk mendapatkan peperiksaan kesihatan, selain membuat pelbagai persiapan termasuk menghadiri kursus haji dianjurkan TH," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I pelik dgn th punya sistem ..kwn i yg dh pergi haji dlm belas2 thn lepas..last yr dpt offer pegi lagi..tapi sheols reject sbb rasa mcm patut bg kt org lain yg belum pegi.. tiba2 this year dpt lagi offer . mujur my fren x tamak..sheols reject lagi for the seken time |
|
|
|
|
|
|
|
tu bukan reject, biasanya TH akan hantar surat samada nak tangguh ke tahun berikutnya atau tahun bila.dia dah pegi berbelas tahun, balik tu mesti dia daftar semula. kalau dulu mmg boleh skrg dah x boleh daftar lagi kalo penah pergi dgn TH
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semua dipermudahkan pergi dan balik...Amiiin |
|
|
|
|
|
|
|
x ada yang pelik. dulu2 mmg boleh register semula eventhough dah pernah pergi. sbb dulu org x ramai nak pergi haji.cuma start tahun bila ntah x igt plak yg TH dah x bagi register dua kali. so dlm jangka masa bbrp tahun ni mmg akan ada org yg dpt dua kali tawaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik hsbd iols nak pergi (teman bini muda) kene reject sbb umur dah 74 thn ni. tak boleh katanya sbb umur dah lanjut. ke sbb dah pernah pergi few times tu yg kene reject?? merempan makcik muda nak pergi haji dgn laki tak dpt.
last update tgh tggu yg private th punya kot dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
elecom replied at 13-5-2024 02:42 PM
x ada yang pelik. dulu2 mmg boleh register semula eventhough dah pernah pergi. sbb dulu org x rama ...
Maksud i..patut dlm sistem th dh reject siap2 org yg dh pernah pegi haji... dulu2 ok lah..skrg ni berjuta kot org yg xpernah pegi lagi dok tunggu turn...blh je batalkan automatically pendaftaran org yg dh pernah pegi |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn husband daftar haji anak, giliran lg 100 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah moga dpt haji yg mabrur |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pakcik dan makcik sihat selamat pergi dan pulang ke tanah air. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullillah.. iols pun teringin nk gi |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kpd depa. Kita tak tahu pulak bila dpt panggilan.
Janji usaha. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 13-5-2024 10:38 AM
I pelik dgn th punya sistem ..kwn i yg dh pergi haji dlm belas2 thn lepas..last yr dpt offer pegi la ...
Tu la ...sistem bodo ciptaan sapa la yg th ni gunakan. Patut sistem ni kena cross check sapa yg dh pi sistem akn reject.
Punya la bangang sistem gomen ni. |
|
|
|
|
|
|
|
starting 2019, those yang dah pegi haji , bila balik tak boleh register for 2nd time..baru je lagi implementation ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan Tuhan buat rukun yang ada limitation pulakkan. Tentu ada khilaf manusia cara implementation menyebabkan ada limit somewhere. |
|
|
|
|
|
|
|
hidet replied at 15-5-2024 02:40 PM
starting 2019, those yang dah pegi haji , bila balik tak boleh register for 2nd time..baru je lagi ...
Patut yg dh register tu pun dibatalkan registration automatically..boleh je upgrade system tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|