CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5028|Reply: 0

[Tempatan] Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi

https://www.bharian.com.my/berit ... k-spekulasi-inflasi

Mei 15, 2024 @ 8:19pm


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bercakap pada sidang media Program Innovathon Musim Kedua di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sudah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat, termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Walaubagaimanapun, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme itu hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai, untuk mengelakkan spekulasi inflasi.

"Kerajaan sedang cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan spekulasi inflasi, justeru yang terbaik kami simpan dahulu penyusunannya.

"Rahsia ini untuk menguruskan keseimbangan mengenai bagaimana tindakan pasaran dan masyarakat," katanya kepada media ketika ditanya perkembangan PADU selepas majlis pelancaran rancangan realiti television INNOVATHON musim kedua, di sini hari ini.

Rafizi berkata, beliau bimbang akan ada kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dan mengaut keuntungan, sekiranya penyusunan kerajaan, jadual dan keputusan itu sampai dengan cara yang tidak tepat mengikut perancangan.

Beliau berkata, apa yang terbaik bagi kerajaan buat masa ini, adalah untuk menyediakan semua maklumat berkenaan data dan apabila kerajaan merasakan ia tempoh yang sesuai, dan mekanisme yang sesuai telah diputuskan, ia akan berlaku.

Pada 2 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah, meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Objektif PADU ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096407 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list