CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10848|Reply: 82

Artis kacak kasanova

[Copy link]
Post time 21-7-2011 08:43 AM | Show all posts |Read mode
KATA pepatah, kalau menilai buku jangan mudah terpedaya dengan hiasan kulitnya kerana terdapat pelbagai kemungkinan.
Pertamanya, belum tentu kandungan cerita secantik kulitnya. Keduanya, juga tak bermakna kulit yang buruk menggambarkan isi kandungannya begitu teruk.

Begitu juga apabila menilai seseorang kerana bukan bermakna wajah kacak atau cantik bermaksud peribadinya juga baik.

Inilah teladan yang SS dapat apabila mendengar cerita yang disampaikan satu sumber berkenaan kelakuan artis lelaki kacak dan bersopan-santun di depan media.




Ternyata hakikat sebenar, bagaikan kacang hantu. SS tak nafikan ramai wanita cair dengan ketampanan wajahnya yang seakan bintang K-Pop yang sedang melanda peminat sekarang.

Kata sumber, artis itu mula menjual minyak memikat gadis-gadis bagi dijadikan mangsa. Bagaimanapun, sayangnya walaupun dikategori kacak, lagaknya bagaikan buaya yang tak kenal mangsa kerana cita rasanya sangat teruk.

Asal berjumpa saja gadis di mana-mana, terus digoda dan diajak ke katil. Meremang bulu roma SS mendengarnya. Mungkin dia ingat wajahnya menjadi aset bernilai sehingga mampu melemahkan setiap wanita yang ingin dijadikan mangsanya.

Bagaimanapun, ada juga gadis-gadis yang ditemuinya cerdik menepis godaan dan menolak ajakan artis ini.

Tapi, mungkin kerana panas hati kerana ketewasannya, dia mencari peluang memburuk-burukkan mereka di kalangan kawan-kawan pula.

SS tidak sangka pula sampai begitu sekali kemaruk si buaya darat itu.

Kalau ia pun, takkanlah nak main rembat saja gadis-gadis yang dirasakan boleh memenuhi selera melampaunya. Awak tu selebriti, takkan tak jaga nama baik sendiri? Agaknya dia menuntut ilmu yang salah jadi dia perlu mencari seberapa ramai mangsa bagi memenuhi tuntutan syarat yang diperlukan.

SS sebenarnya seperti tak percaya dengan cerita yang disampaikan. Maklumlah, seperti SS katakan tadi, artis ini sangat menghormati orang dan begitu ‘outspoken’ apabila berdepan dengan media. Mungkin cerita ini hanya rekaan dari pihak-pihak yang tak senang hati dengan kejayaan yang diraihnya dalam bidang seni.

Namun, SS terdengar juga walaupun tak banyak sangat berlakon, dia mampu hidup mewah dan pakai kereta berjenama mahal. Tapi, SS tahu dia juga ada bisnes sampingan. SS harap perkara ini tak benar dan sekadar gosip liar.

Tapi jika betul, SS minta dia segera berubah dan kembali ke pangkal jalan sebelum berdepan karma. Maklumlah, sekarang ini Tuhan bayar tunai terhadap perbuatan kita di dunia.


kredit by METRO..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2011 08:57 AM | Show all posts
wajahnya yang seakan bintang K-Pop




sapa ek? tak tercapai dek akalku...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 08:57 AM | Show all posts
sapakah???
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 08:58 AM | Show all posts
takan si nazim lak kan??? bukan die ker yang ader artikel memuji kekonon ghupe cam k-pop.. si jezelbell muke jambu k-pop jgak kan????
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:02 AM | Show all posts
hayooooo.......propah lagiiiii........
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:04 AM | Show all posts
susah betul jadi org kacak, kawan dgn perempuan dikatakan kasanova, kawan dgn lelaki dikatakan gay...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2011 09:07 AM | Show all posts
sapelaknie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:10 AM | Show all posts
xbek fitnah nk dkt p0se dh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2011 09:16 AM | Show all posts
motip kate taste artis tu hazab???? pnah tgk ke pompuan2 yg menjadi mangsa tersebut???
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:22 AM | Show all posts
tggu laa sampai page 10 br taw sapa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:40 AM | Show all posts
artis yg berwajah K-Pop? ada ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:50 AM | Show all posts
Asal berjumpa saja gadis di mana-mana, terus digoda dan diajak ke katil.


nampak sangat menipu..... belambak je perempuan dia akan jumpa... gadis cleaner, gadis jual goreng pisang... gadis kantin... gadis tol, cashier 7-11.... mesti retis tu akan kepenatan sebab gadis goreng pisang x nak, gadis jual keledek lak dia akan goda... x kan gadis2 ni nak beratur utk digoda??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:05 AM | Show all posts
artis lelaki paling kacak ilh dafi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:06 AM | Show all posts
artis lelaki paling kacak ilh dafi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:08 AM | Show all posts
artis lelaki paling ketot ilh dafi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:12 AM | Show all posts
syok ooo jd kasanova
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2011 10:18 AM | Show all posts
erul kot??
yg perasaan k-pop,pdhal ckp korea pn failed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2011 10:25 AM | Show all posts
erul kot??
yg perasaan k-pop,pdhal ckp korea pn failed
amyainsamad Post at 21-7-2011 10:18



    aku pn nk speku die blh??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:25 AM | Show all posts
alaaa...kepale lembap...tak pandai aku nak meneka...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:33 AM | Show all posts
takan si nazim lak kan??? bukan die ker yang ader artikel memuji kekonon ghupe cam k-pop.. si jezelb ...
samshik Post at 21-7-2011 08:58


heloo.. nama dia shahz jaszle tau!!
sebut betol2!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.960784 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list