CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

TRIVIA ANUGERAH JUARA LAGU TV3 : 1986~2007 (WINNERS @ pg. 1 & 9)

[Copy link]
Post time 17-1-2005 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 17-1-2005 05:21 PM:
my komen :-

BALADA - memang layak...lagu tu ada package yg lengkap...

POP ROCK - memang tepat jgk...vokal TAM memang ampuh walau pun sempoi...

ETNIK KREATIF - tepat...memang target kalau  ...

Setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2005 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 17-1-2005 05:46 PM:


hanya jauhari yg mengenal manikam!!!


hanya johari yang kenal manickam :bgrin:

Lain aku tak komen..tapi aku rasa anuar zeng patut sangkut satu kalau tak dapat best vocal, best performance. Bukan aku tak setuju Noraniza dengan gerombolan penari-penari tu menang. Tapi kalau penari-penari tak diambil kira, aku rasa performance anuar zeng lagi superb berbanding yang lain, walaupun aku bukan peminat anuar dan tak biasa dengar lagu yang dia nyanyi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by indica at 17-1-2005 06:59 PM:


hanya johari yang kenal manickam :bgrin:

Lain aku tak komen..tapi aku rasa anuar zeng patut sangkut satu kalau tak dapat best vocal, best performance. Bukan aku tak setuju Noraniza dengan ge ...


tapi kan... saya rasa anuar zain kurang kreatif dengan persembahan pentas ni la... penyanyi latar yg dia guna tu pun rasa macam nak cukup syarat jer..

kalau anuar zain kreatif, pasti lebih hebat persembahannya.

lagi satu, kalau pun persembahan kak ani 'ditelanjangkan' tanpa penari-penari tu, persembahan kak ani tetap superb. tarian jawa tu sungguh eksotik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 07:17 PM | Show all posts
zamani memang bagus..tapi dia macam nak taknak je bertanding..anuar zain punya perfomance terlalu simple..patut die boleh bawak satu group choir ke jadi penyanyi latar..macam persembahan christina aguilera masa grammy tahun lepas..baru la gempak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by idolfan at 17-1-2005 07:17 PM:
zamani memang bagus..tapi dia macam nak taknak je bertanding..anuar zain punya perfomance terlalu simple..patut die boleh bawak satu group choir ke jadi penyanyi latar..macam persembahan christina  ...


:setuju: anuar zain patut bawak choir... lagi best... anuar zain kena tingkatkan persembahan pentas dia... sebab.. dari dulu... kurang peningkatan... bagus tetap bagus... tapi sama jer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 09:45 PM | Show all posts
Relaku Pujuk muncul Juara di Anugerah Juara Lagu 19
Stadium Putra, Bukit Jalil

oleh http://sultanmuzaffar.blogspot.com

Introduksi
Kemenangan Spider dengan lagu Relaku Pujuk menafikan ramalan banyak pihak yang Pulangkan bakal menggondol gelaran Juara di Anugerah Juara Lagu edisi ke 19 yang telah berlangsung semalam di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemeriahan Juara Lagu kurang dirasakan kesan bencana tsunami yang berlaku penghujung tahun 2004. Berbekalkan umpan bahawa sebahagian dari jualan tiket akan didermakan kepada mangsa tsunami sedikit pun tidak berjaya memancing penonton untuk turut sama memenuhkan stadium. Harga tiket yang boleh dikatakan agak mahal berbanding edisi Juara Lagu yang terdahulu sedikit sebanyak memberikan kesan. Dalam ada insan lain ditimpa bencana dan mengalami kesusahan, ada juga insan-insan lain yang mengambil kesempatan. Tanpa disedari oleh pihak berkuasa, di luar terdapat beberapa insan yang mengutip derma untuk tabung tsunami. Sama ada mereka dari pihak yang benar masih diragui.

Saya tiba sekitar jam enam petang. Dibenarkan masuk untuk meninjau persiapan. Masih terdapat beberapa model sedang berlatih untuk satu segmen tajaan. Segmen tersebut tidak disiarkan di televisyen, hanya untuk penonton di stadium sewaktu berhenti untuk siaran iklan.

Rekaan Pentas
Saya suka dengan rekaan pentas kali ini tetapi lebih menyukai rekaan pentas untuk tahun lepas. Pentasnya kali ini agak besar berbanding tahun lepas. Warna putih menjadi asas yang terbaik untuk pencahayaan. Berkonsepkan api, angin dan tanah maka warna hijau, biru dan merah merupakan asa penting dalam rekaan pentas kali ini. Penggunaan warna-warna tersebut sahaja sudah cukup untuk menggambarkan konsep yang ingin dibawa pada malam tersebut. Kedudukan barisan orkestra juga tidak dipinggirkan sebaliknya diberikan tempat yang sewajarkan pada bahagian pentas. Penggunaan dua aras pada pentas membuatkan pentas kelihatan begitu besar untuk sebuah persembahan yang tanpa diiringi oleh penari latar. Saiz pentas seakan-akan membenarkan artis membawa segerombolan penari ke pentas. Ini kerana setiap artis perlu memanafaatkan pentas aras atas dengan baik.

Sistem Audio dan Orkestra
Orkestra pimpinan Ramli MS telah berjaya memberikan dendangan yang cemerlang pada malam tersebut. Setiap lagu telah diberikan susunan muzik yang sedikit berbeza bersesuaian dengan konsep lagu. Sayang sekali persembahan Spider tidak dibantu oleh iringan orkestra yang bagus ini. Juara Lagu telah dinilai melalui cakera padat dan sebarang perubahan pada susunan muzik pada malam persembahan hanya akan dinilai untuk persembahan terbaik.

Sistem audio pada malam itu agak tidak seimbang terutamanya pada pembesar suara artis. Ketidakseimbangan tersebut agak membingitkan terutamanya pada lagu-lagu kategori Pop Rock.

Pengacara
Ketiadaan Aznil Nawawi pada edisi Juara Lagu kali ini agak membosankan. Penggantinya Najip Ali yang diterbangkan dari Singapura untuk mengacarakan siaran langsung ini bersama Sarimah Ibrahim dan Cheryl Samad. Adakah Malaysia ketandusan pengacara-pengacara muda yang berbakat untuk mengisi kekosongan Aznil Nawawi ? Cheryl Samad, pengacara tetap siaran Muzik Muzik mingguan juga diletakkan di belakang pentas untuk menemuramah artis sebelum persembahan mereka. Gandingan Sarimah dan Najip seakan tidak menjadi kerana Najip agak kurang mesra dengan persekitaran sesebuah negara tersebut. Maka lawak-lawak kasar yang membabitkan sensitiviti kenegaraan wajar dikurangkan. Penggunaan simbolisme alam pada skrip pengacara juga tidak dibuat dengan kemas sehingga adakalanya meleret-leret tanpa tujuan. Pengacara di belakang pentas agak menarik kerana Cheryl berpeluang untuk menemuramah artis sebelum persembahan mereka dan berbicara tentang pelbagai aspek. Sayangnya temuramah tersebut semacam mengurangkan elemen kejutan pada persembahan artis tersebut terutamanya pada pakaian yang dipakai oleh artis tersebut.


Segmen Prelude.....dan seterusnya, sila ke http://sultanmuzaffar.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2005 10:55 PM | Show all posts
aku rase ni 2nd time zamani masuk final kan?? vokal zamani boleh tahan tapi terlalu simple...dia sorang2 je nyanyi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 01:54 AM | Show all posts
aku rasa misha angkat kaki je lebih..vokal aku rasa tam atau AZ lg deserve..tp biarlah..aku stuju je..tp tak 100% la..pengadil lg arif..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2005 02:09 AM | Show all posts
ape teknik misha eh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 02:21 AM | Show all posts
teknik apa?? kalau teknik vokal..lagu tu banyak guna teknik berbisik..teknik tu susah..sebab nyanyi boleh jadi cepat penat..kena banyak stamina...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2005 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by idolfan at 17-1-2005 19:17:
zamani memang bagus..tapi dia macam nak taknak je bertanding..anuar zain punya perfomance terlalu simple..patut die boleh bawak satu group choir ke jadi penyanyi latar..macam persembahan christina  ...


RAMLI M.S pun komen pasal ada artis yg buat sambil lewa jer...sapa artis tu tak plak di ketahui...kita judge sendiri ler berdasarkan apa yg di lihat malam kelmarin...
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 18-1-2005 11:56 AM | Show all posts
alah ramli ms tu pun mcm bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2005 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by rajasemarak at 17-1-2005 19:06:


tapi kan... saya rasa anuar zain kurang kreatif dengan persembahan pentas ni la... penyanyi latar yg dia guna tu pun rasa macam nak cukup syarat jer..

kalau anuar zain kreatif, pasti lebih h ...


MEMANG lagu SEMUA UTK MU mencabar di segi vokal...cuma kesilapan kecil yg 'menarik balik' award tu dr Anuar...

perasan ke tidak TV3 ada menyiarkan kata2 yg berbunyi lebih kurang begini bbrp jam sebelum pertandingan tuh..." BILA KEMENANGAN HAMPIR DALAN GENGGAMAN SEDIKIT KESILAPAN BOLEH MENGECEWAKAN"...cam tu la lebih kurang...kurang pasti ditujukan pada siapa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 2005-1-18 11:57 AM:


MEMANG lagu SEMUA UTK MU mencabar di segi vokal...cuma kesilapan kecil yg 'menarik balik' award tu dr Anuar...

perasan ke tidak TV3 ada menyiarkan kata2 yg berbunyi lebih kurang begini bbrp  ...



Kata Kata itu ditujukan untuk APPRENTICE la.....bukan untuk JUARA LAGU.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 01:22 PM | Show all posts
tapi rasanya quote tue bleh disesuaikan untuk semua perkara .. contohnya dalam bidang sukan dan nyanyian .. seperti yang lebih mengunakan skill untuk menang

hehe tak kisahla

tapi sekarang nie rasa nak tengok balik je rakaman juara lagu

tak puas sangat hari tue .. tak berapa fokus dan terlalu cepat rasanya performance diorang .. memang tv3 buat cepat cepat pun sampai ada artis nampak kelam kabut skit .. nak kena keluar kat tabir belakang lagi gan chery .. dah tak gimik dah baju diorang lepastu diaorang boleh buat lawak lagi sebelum persembahan membuatkan tiada debaran dan bersifat pertandingan pun malam tue macam sebuah persembahan je .. lepastu ada sesetengahnya lagu lebih kuat dari mic .. dan ada yg mic lagi kuat dari lagu .. tak balance ..

apa apa pun kena tengok balik ehe ..

burung pungguk rakaman tue share share la keke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 02:07 PM | Show all posts
JUARA LAGU: SPIDER..Siska seisi rumah siap sampai bersoraksuka sebab TAM Spider ngan kengkwan dia menang...Persembahan dorang superb...simple..no flaws at all..suara Tam Spider very the very clear..and huskybuat kita yg mendengar terhibur ...Props pun simple but at least ada effort..CONGRATS SPIDER

BALADA: PULANGKAN...As expected..I like this song because susunan lagu yang sedap..haunting kata orang..Good package..and nicely sung MIsha...Siska rasa lagu ni menang sebab other candidates dlm category ni tak berapa menyerlah sgt.....

POP ROCK: SPIDER...yeah...Lagu Hanya Dimata ok..Lagu Ella pun ok...selamaba je..Tipah Tertipu...ok bila dengar kat CD..tapi life hancusss(vocal tak dgr sgt..berterabur)

POP ETHNIC: DAYANG..Honestly speaking...lagu ni kalau dengar betul-betul sedap..sebab ada message..Goosd package and well prepared.Afdlin desrve to win

VOKAL: MISHA....tang ni Siska tersangat -sangat disappointed...Rasa-rasanya suara Anuar Zain lebiih power and well controlled.Besides...Misha didn't really do as well as last year..Kadang 2 rasa macam vocal dia ni ditentukan oleh lirik mata dan hentakan kuda dia yang semakin bertalu-talu dan dibuat-buat...Because of these factors..she is labelled as the best vocalist..Phew..What a pity...But hey..Jurys'decision dah muktamad..nak buat camner

PERSEMBAHAN: NorAniza Idris.....Oklaaaa....Persembahan dia ok..CUma vokal cam semput sikit...But overall..ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2005 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by idolfan at 2005-1-17 07:17 PM:
zamani memang bagus..tapi dia macam nak taknak je bertanding..anuar zain punya perfomance terlalu simple..patut die boleh bawak satu group choir ke jadi penyanyi latar..macam persembahan christina  ...



lerk..nk kena ikut artis barat ker??apa ler
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 05:41 PM | Show all posts

ahaks

kalau aku jadi Bang Nuar, aku hias satu pentas tu dgn bunga ros... lagi romantik... sesuai sgt dgn lagu dia tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2005 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 18-1-2005 13:12:



Kata Kata itu ditujukan untuk APPRENTICE la.....bukan untuk JUARA LAGU.


yer ker...tak perasan plak...:bgrin:...tapi dihujung kata2 tu di promote AJL... tak kisah la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2005 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by volumecontrol at 18-1-2005 13:22:
tapi rasanya quote tue bleh disesuaikan untuk semua perkara .. contohnya dalam bidang sukan dan nyanyian .. seperti yang lebih mengunakan skill untuk menang

hehe tak kisahla

tapi sekarang n ...


cam ner aku nak share..??? aku record dlm kaset jer...aku memang rakam semua AJL dlm kaset sejak AJL 2001...boleh dengar dlm keta @ walkman...ada sapa2 tau kat mana boleh dubbing kaset ke cd???:bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071702 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list