CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayawifenikmie

Jutawan Sosilawati Hilang!

     Close [Copy link]
Post time 6-9-2010 12:10 AM | Show all posts
mimie... rakyat marhaen yang ilang pun harus dihighlight jugak khens.. cam kes nuriin jazm ...
green~tea Post at 6-9-2010 00:03


iya lah.. siapa2 lah hilang kalau boleh kita war2 kan..

cumanya, kes yang ini unik sket lah.. this is first time i dengo yang seumpamanya.. hilang ngan konco2 sekali tuh haaaaa..

ols the konco2 bukan calang2 orang.. kalau dato sosila neh bawak peguam peribadi dia.. that peguam pun berpangkat dato juga.. kalau yang itu lah..

kalau nak kata kereta terbabas, tak kan dua2 kereta terbabas? kalau betul dua2 terbabas, mesti ada cerita menarik dibalik tragedi tuh..

best juga sekali sekala kasik otak neh run speku apa yang logik laaa kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 12:13 AM | Show all posts
iya lah.. siapa2 lah hilang kalau boleh kita war2 kan..

cumanya, kes yang ini unik sket lah.. ...
NURMIMIE Post at 6-9-2010 00:10



    i malas nak speku... just hapdet di benang ni ajalah.... let the time heals...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:13 AM | Show all posts
polis kena cekup dan interrogate nash dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:30 AM | Show all posts
ilang kena bunuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:31 AM | Show all posts
mana dia pegi............... muskil nihh.. harap dia orang takde apa2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:32 AM | Show all posts
ilang kena bunuh ke?
hainina Post at 6-9-2010 00:30



    weols pun still wondering & speculating..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2010 12:32 AM | Show all posts
yang nurin jazmin..and beberapa lagi budak hilang tu..bukanTV3 cover sejak awal ker?
apa pulakn ...
sayawifenikmie Post at 5-9-2010 23:31

setuju sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:33 AM | Show all posts
tak salah. tapi siap masuk berita bagai, macam somebody sangat.
cik.panda Post at 5-9-2010 23:35
xsalah kot msuk berita..mana tahu org lain ada mklumat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 12:38 AM | Show all posts
harap selamatlah...mcm2 kes sekarang nmi kat msia, dgn org kena bunuh menjadi2, kena rompak, hilang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:56 AM | Show all posts
semoga selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:00 AM | Show all posts
Semoga mereka semua selamat dilindungi Allah selalu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:13 AM | Show all posts
lari dari rumah kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:45 AM | Show all posts
toyol tak de la bulan pose totok
alfrina Post at 5-9-2010 22:53



   sapa cakap takder toyol bulan posa nih... ader ajerk toyol masuk dewan undangan negeri selangor selalu tuh.... rilek ajer muka ketat botok...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:47 AM | Show all posts
harap2 selamat...
anak2 muda lg.. yg sulung pun baru je 25..baru habis study...
byk benda nak kena blaja lg..
kesian plak kat anak2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:55 AM | Show all posts
sapa dia Sosilawati ni arr?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:56 AM | Show all posts
Reply 193# totokreturn


    hahahahhahahaha,,,tu mat toyol tempe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 02:19 AM | Show all posts
Taik politik sudah masuk:re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:21 AM | Show all posts
Reply 197# penyo.


    ko ni penyo titik,,guraw2 sket tak leh,,,,,,period eh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:26 AM | Show all posts
credit to : kosmo.com.my

Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:35 AM | Show all posts
credit to utusan

Kehilangan Sosilawati timbul misteri

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


SOSILAWATI Lawiya bergambar bersama keluarganya di hadapan rumahnya di Gombak baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.

Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.

Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

"Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.

"Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.

Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.

"Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

"Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek," katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.

Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.

Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.

Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.

Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar difahami.

Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal.

Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.

Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu.

Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.

"Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,'' katanya menerusi SMS di sini hari ini.

Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain.

"Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,'' jelasnya lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074940 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list