CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
Post time 21-4-2012 07:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 21-4-2012 07:45

Kalau tengok cerita science fiction yang dibuat oleh pengarah2 hollywood contohnya cerita transformer ... tak mustahil video yang menggambar pembunuhan kejam oleh certain kerajaan boleh di hasilkan senang2 aje ... lagikan scene kat bulan dalam cerita tu pun nampak macam real sesangat aje plak padahal di hasilkan melalui teknologi digital aje tu !

Haiwan yang tak wujud sekarang macam dinasaur tu boleh di hasilkan untuk nampak macam ia wujud seperti dalam cerita jurassic park tu .

inikan pulak nak buat video ala-ala amatur dengan darah , penyembelihan serta penyiksaan yang boleh aje di palsukan macam dalam cerita horror dan thriller movies tu semua , darah membuak2 dengan kesan potongan sana sini , still semua tu di buat guna teknologi digital pe tapi nampak macam real kaw kaw plak !

....cerita blair witch project yang cuma filem yang di buat ala-ala video amatur yang menggambarkan ketakutan tahap extreme yang di alami manusia ... nampak macam real youuuu expresi ketakutan yang digambarkan kat filem tu , tapi cuma lakonan aje !

Jadi macam mana kita nak tahu video2 yang dikatakan dari syria yang menggambarkan pembunuhan dan penyiksaan tu semua real atau palsu ? Lakonan atau sebenar ? Atau cuma dibuat menggunakan manipulasi teknologi digital macam dalam cerita2 filem tu semua lah? .....  darah olok2, pembunuhan dan penyembelihan manusia olok2 , expresi ketakutan dan kesengsaraan olok2 tapi nampak macam real kaw kaw  ..... macam mana mau pastikan apa pun maaa dengan menonton video2 tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 07:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 21-4-2012 08:42
DEMI ALLAH aku pernah ziarah orang Libya (semasa di UK), dia tak berani pi Masjid, dia kata dia takut ejen lapor pada Gaddafi. Ramai yang kena hantar balik.

Orang yang Fasiq masih boleh mempergunakan agama untuk menampakkan dirinya seorang yang baik. Tapi tidak dinafikan, memang ada kebaikan Gaddafi, cuma point aku: kezaliman terhadap rakyatnya sendiri telah makan dirinya sendiri... (berkaitan agama)
mnm77 Post at 20-4-2012 16:34


Kalau gaddafi secara aktif tak membenarkan memana pun rakyatnya yang berjumlah berjuta orang tu untuk sembahyang kat masjid sampaikan kat luar negara pun di hantar agen untuk pastikan orang tak ke masjid, persoalannya : Kenapa tak dak satu pun agency berita antarabangsa yang dah hidu cerita ni untuk di sajikan pada dunia untuk memperlihatkan keburukan gaddafi ?

Takkanlah dalam berjuta rakyat syria tu semua tak dak sorang pun yang boleh bawak cerita gini pada agensi berita antarabangsa kot ? Tak logik nyaaa . Hanya dari mulut kenalan kau aje dan tak dak langsung dalam news memana pun kat internet ?

Aku tak kata kau bohong tapi kau ni nampaknya mudah percaya sangat pada cerita orang yang kau gelarkan sebagai kenalan kau tu .... orang yang sengaja tak ke masjid untuk sembahyang jumaat bukannya kerana takutkan gaddafi tapi kerana orang tu TAK takutkan Allah yang sebenarnya !

Macam mana kau boleh percaya tuduhan yang dibuat oleh orang yang mengaku tak pi sembahyang jumaat kat masjid langsung ? Bukankah orang tu layak bergelar orang fasik lalu kesaksiannya tak boleh di terima sebagai bukti ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 08:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 21-4-2012 08:39

Ni gambar gaddafi tengah jadi imam dalam sembahyang jemaah ...... kalau gaddafi anti dengan orang2 beragama yang sembahyang kat masjid maka takkanlah dia sendiri suka nak jadi imam untuk sembahyang jemaah bersama masyarakat ramai2 gitu kot ? Kuang3. Tengah panas dia sanggup redah untuk menunaikan sembahyang jemaah bersama masyarakat , nampak pancaran cahaya matahari kat gambar nih ? ........Masih nak claim kata gaddafi anti ngan orang yang sembahyang jemaah kat masjid ka mnm77 ?

(Libyan leader Muammar Gaddafi reads during a mass prayer during a celebration to mark the birthday of Prophet Mohammed in Agadez March 30, 2007. REUTERS/Samuel De Jaegere)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 09:03 AM | Show all posts
kaum wanita menjadi sasaran pembunuhan oleh tentera Basyar.  sesiapa yg menentang di bunuh spt anjing!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 09:08 AM | Show all posts
mengapa kaum wanita dibunuh oleh tentera Basyar? kerana mereka membantu para mujahidin & sanggup mengorbankan saki baki harta yg masih tinggal iaitu gelang & rantai emas mrk sbg sumbangan utk menjatuhkan penguasa yg zalim.  moga Allah memberikan keselamatan ke atas mrk. amin.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 09:17 AM | Show all posts
Reply 180# blastoff

Umpama angkasawan mendarat di bulan...

Disarankn spy umat Islam memalingkn muka kpd ikblat asalnya,
dan tdk menghadap kiblat palsu yg biasa dipanggil TV.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2012 03:13 PM | Show all posts
Aku tak halang kau dari pertikaikan kenyataan aku, malah aku alu-alukan lagi .

Ada kerajaan Saudi pernah nafikan wujudnya pengkalan2 tentera US di negaranya ? Ada kerajaan Saudi pernah nafikan melakukan kerjasama ketenteraan dengan kerajaan Amerika dalam memburu apa yang mereka gelarkan sebagai "pengganas atau islamik militant " ? Ada kerajaan US pernah nafikan wujudnya drones yang mereka lancarkan untuk membunuh orang2 pakistan , afghanistan, yemen etc ? Ada kerajaan Amerika pernah nafikan bahwa mereka pernah mengebom iraq, vietnam, jepun secara besar-besaran ?
blastoff Post at 21-4-2012 06:26


Sekarang kita cakap pasal rakyat Syria yang dizalimi, bukan rakyat Saudi yang dizalimi. Kalau kerajaan Saudi bekerjasama dengan Amerika sekalipun, tak ada pun pelarian rakyat Saudi sampai puluhan ribu pun! Kalau kau nak timbul isu double standard, Malaysia pun ada kerjasama dengan Amerika, takkan kau pejamkan mata kau pulak kot?

Kalau nak bawa isu Amerika-Saudi, boleh bincang di thread lain, tak apa kalau kau nak hentam Saudi. Aku pun bukannya sokong Saudi 100%, cuma kita sedang cakap RAKYAT SYRIA YANG DIZALIMI dalam thread ni. Mereka dibunuh dan jadi pelarian. TIPU kah semua itu?

Berita2 yang aku lampirkan yang menyatakan apa yang dilakukan oleh kerajaan Amerika dan kerajaan Saudi itu di ambil dari agensi berita antarabangsa yang boleh di access oleh kerajaan Saudi dan kerajaan Amerika anytime la, so kalau mereka tak setuju akan isi berita itu nescaya mereka akan keluarkan kenyataan rasmi untuk perbetul balik atau untuk counter balik isi berita itu  ... tak dak pun . Jadi betullah apa yang di tulis di news itu jawabnya . See , aku guna dalil aqli untuk tau betul atau idak news yang aku baca so ofcourse aku boleh sahihkan news dengan cara gitu !


Wow! Senang macam tu saja kau sahihkan berita! Berdasarkan agensi antarabangsa? Siapa agency tu? Kau lebih percaya agensi orang kafir berbanding Ulama orang Islam?

Cara kau sahihkan berita tu berdasarkan Al-Quran dan Hadith kah?

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMA. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Fatir, 28)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:21 PM | Show all posts
Apabila wujudnya news yang conflicting gitu maka kenapa plak aku nak percaya kata2 mana-mana pihak pun ? Lebih baik aku tak menuduh sesiapa pun kerana aku pun tak tahu siapa yang bercakap betul dan siapa yang berbohong antara puak pemberontak dengan kerajaan syria .... itu pendirian aku kerana Allah tak benarkan aku buat kesimpulan berdasarkan persangkaan semata-mata .
blastoff Post at 21-4-2012 06:47


Habis tu kenapa kau bawa berita dari internet yang menyokong kerajaan Syria kalau kau sendiri tak tahu kebenaran cerita tersebut?
   
Sepatutnya kau selidik apa yang disampaikan, bukannya menyebelahi kerajaan Syria hanya kerana kau tak tahu siapa yang betul.

bukan stakat wujudnya video amatur yang menggambarkan penyiksaan tahanan oleh askar kerajaan syria (yang tak berpakaian askar pun )  tapi wujud jugak video amatur yang menggambarkan puak pemberontak yang menyiksa tahanan mereka ....

dan dengan terbongkarnya helah CNN yang create "evidence" dengan kesan bunyi tembakan itu ini bersama aktivist danny tu, lagilah menyebabkan segala "bukti" video tu semua mengenai apa yang berlaku di syria boleh dipertikaikan kesahihannya .

How can anyone in their right mind be sure of the authenticity and the validity of any of those videos anymore if that's the case ?


Jadi janganlah ambil berita dari CNN yang kau tak percaya tu.

Boleh jadi ada pihak yang menyamar sebagai pemberontak yang bunuh orang awam, lepastu tuduh itulah rakyat Syria. Buat propaganda untuk membrurukkan rakyat Syria, supaya rakyat Syria boleh terus dianiaya dengan propaganda tu. Mana kita tahu siapa yang betul? Kena selidik dulu kan sebelum nak percaya? Siapa yang nak percaya? Agensi orang kafir kah? Kalau kerajaan Amerika yang kafir tu kau dah label sebagai Syaitan, agensi orang kafir tu lebih baik dari Ulama kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 03:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 23-4-2012 12:03
Aku tak kata kau bohong tapi kau ni nampaknya mudah percaya sangat pada cerita orang yang kau gelarkan sebagai kenalan kau tu .... orang yang sengaja tak ke masjid untuk sembahyang jumaat bukannya kerana takutkan gaddafi tapi kerana orang tu TAK takutkan Allah yang sebenarnya !

Macam mana kau boleh percaya tuduhan yang dibuat oleh orang yang mengaku tak pi sembahyang jumaat kat masjid langsung ? Bukankah orang tu layak bergelar orang fasik lalu kesaksiannya tak boleh di terima sebagai bukti ?
blastoff Post at 21-4-2012 07:53


Kau ni banyak buat sangkaan kat aku laahhh. Macam kau lebih kenal orang yang aku jumpa tu... Isyhh hebat lah kau ni...

Ada aku kata Sembahyang Jumaat? Aku ajak solat 5 waktu di Masjid. Ni contoh orang yang aku jumpa tu orang yang aku tidak kenali. Situasinya, banyak ejen Gaddafi dihantar untuk pantau pelajar Libya di luar negara.

Bagi orang Libya yang aku kenali, aku bukan kenal seorang dua sahaja. Kalau kau ingat aku ni termakan percaya bulat-bulat tuduhan tu, tak apalah kau nak sangka macam tu. Aku sendiri jumpa, aku bercakap, aku bergaul, aku bermusafir, aku bermalam, beri'tikaf, makan bersama-sama orang Libya.... so kau nak tuduh aku tu terpulang lah kalau kau kenal sangat semua orang Libya yang aku jumpa berbanding aku sendiri!

Sama sahaja kenyataan mereka, samada aku kenal mereka atau aku tak kenal. Ramai yang takut. Cuma ada beberapa sahaja yang berani AMAL AGAMA, mereka itulah yang aku bermusafir bersama mereka. Kau nak kata aku bermusafir dengan orang FASIQ tanpa kau tahu satu habuk pun pasal perkenalan aku dengan rakyat Libya yang aku kenal?

Ni gambar gaddafi tengah jadi imam dalam sembahyang jemaah ...... kalau gaddafi anti dengan orang2 beragama yang sembahyang kat masjid maka takkanlah dia sendiri suka nak jadi imam untuk sembahyang jemaah bersama masyarakat ramai2 gitu kot ? Kuang3. Tengah panas dia sanggup redah untuk menunaikan sembahyang jemaah bersama masyarakat , nampak pancaran cahaya matahari kat gambar nih ? ........Masih nak claim kata gaddafi anti ngan orang yang sembahyang jemaah kat masjid ka mnm77 ?


Bukankah kau sendiri yang mencabar kesahihan pasal gambar dan video internet? Apasal kau sendiri ambik gambar internet pulak? Double standard kah ini?

Tobby bagi gambar kau tuduh palsu, kau bagi gambar jadi sahih pula?

Apapun, aku boleh terima gambar tu jika ia benar sekalipun. Tak menghairankan Gaddafi jadi imam kepada PENYOKONGnya........ OPPPSSS... gambar tu Gaddafi jadi imam solat sambil baca dari mushaf.....? Hmmm... imam tarawih ke tu? Kau kata tengah panas, solat apa tu tengah panas baca dari mushaf? Boleh kau terangkan?

(pinjam perkataan kau sendiri)
Kuang3.

Lagi satu... yang solat bersama-sama Gaddafi tu orang kulit gelap belaka, kat Agadez tu, NIGER tu, semua rakyat Libya ke? Kau dah selidik kah gambar tu? Ada lah beberapa kerat orang kerajaan Libya kat situ kot.... bukannya menunjukkan Gaddafi imamkan masayarakat rakyatnya sendiri pun!

Anyway, aku tak rasa Gaddafi anti orang pi Solat, sebab Solat semata-mata bukannya AGAMA yang sepenuhnya. Tapi melalui Solat, orang akan dapat kesedaran AMAL AGAMA. Kalau di Libya, dia boleh pantau rakyat negara dia dengan lebih mudah. So kalau setakat orang pi Solat di Libya, Gaddafi tak ambil tindakan pun, melainkan ada orang cakap pasal politik. Ni aku dengar sendiri dari orang Libya sendiri (yang aku kenal)....

Bila Solat JEMAAH, selalunya orang akan cakap isu masyarakat, isu POLITIK, isu AGAMA dan macam-macam. Bila di luar Libya, nak pantau dan ambil tindakan tak boleh, sebab undang-undang luar. Jadi ejen yang main peranan buat laporan.

Jadi, gambar yang kau tunjukkan tu tak menunjukkan pun sokongan umum rakyat Libya terhadap Gaddafi. Gambar tu hanya gambaran sokongan Kerajaan Niger terhadap Gaddafi. Untuk pengetahuan kau, Gaddafi upah ramai askar kulit gelap (mercenaries) untuk membendung kebangkitan rakyatnya sendiri. Askar Libya sendiri pun ramai yang berpaling tadah, terpaksalah Gaddafi cari sokongan luar. Nakkan sokongan negara-negara Arab, tak dapat. Nak harap Amerika tak boleh sebab dia sendiri anti Amerika. Dah tersepit, kesian jugak lah pengakhirannya.... untuk kita ambil i'tibar, terutama para pemimpin yang ada keinginan nak jadi tokoh pemerintah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:50 PM | Show all posts
Kalau tengok cerita science fiction yang dibuat oleh pengarah2 hollywood contohnya cerita transformer ... tak mustahil video yang menggambar pembunuhan kejam oleh certain kerajaan boleh di hasilkan senang2 aje ... lagikan scene kat bulan dalam cerita tu pun nampak macam real sesangat aje plak padahal di hasilkan melalui teknologi digital aje tu !
blastoff Post at 21-4-2012 07:05


Memang tak mustahil nak buat cerita palsu macam transformer. Siapa pelakon transformer tu? Semua kita boleh selidik. Kita semua tahu itu lakonan.

Yang palsu seperti cerita transformer tu pun tak guna watak manusia virtual, tapi masih guna pelakon! Kalau senang buat cerita tanpa guna pelakon, tak payah upah pelakon. Buat cerita macam kartun, upgrade kartun tu jadi 'manusia' real.

Senang tak? Tak semudah yang disangka! Sekalipun tak mustahil. Apapun, kita kena selidik video kekejaman di Syria, bukannya kata semua tu palsu belaka dengan alasan TAK TAHU SIAPA YANG BETUL!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 05:38 PM | Show all posts
Jadi janganlah ambil berita dari CNN yang kau tak percaya tu.
mnm77 Post at 21-4-2012 15:21


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 07:53 PM | Show all posts
Sejarah Ringkas Dynasty Diktator Syria

PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 07:54 PM | Show all posts
Sambungan ..........


PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 11:21 AM | Show all posts
Tentera syria menyembelih dan mencampak mangsa daripada bangunan tinggi

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 11:38 AM | Show all posts
masyaalah....
insyaallah...akan sebarkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 23-4-2012 11:29
Year Later, HRW Admits Syrian Rebels Guilty of Atrocities


Kidnapping, Torture, & Murder of Civilians by Syrian Opposition Confirmed.
by Tony Cartalucci

March 20, 2012 - Human Right Watch (HRW), just as it did in Libya, waited until the very last possible moment to admit what the alternative media had been reporting for over a year - that Syria's rebels are craven, torturing, kidnapping, murdering terrorists committing widespread and systematic atrocities not only against security forces, but against anyone suspected of supporting the Syrian government as well as randomly targeted civilians.
blastoff Post at 20-4-2012 23:00


Up thread ni....

Quote di atas dari blastoff, sumber HRW.

Dari quote tersebut, lihat siapa HRW:
Human Rights Watch knew all along that Syria's opposition was armed and conducting a systematic campaign of kidnapping, torture, and mass murder but waited until the last possible moment to acknowledge it. As we can see, HRW is funded by George Soros' Open Society as well as a myriad of corporate-funded foundations all disingenuously leveraging the cause of human rights to carry out their agenda of achieving global corporate-financial hegemony


Author artikel tu sendiri mengaku HRW ditaja oleh Yahudi George Soros. Kenapa lebih percaya George Soros berbanding fatwa ULAMA?

Macam sesuatu yang tak kena saja?.....
   
Lebih baik aku tak menuduh sesiapa pun kerana aku pun tak tahu siapa yang bercakap betul dan siapa yang berbohong antara puak pemberontak dengan kerajaan syria .... itu pendirian aku kerana Allah tak benarkan aku buat kesimpulan berdasarkan persangkaan semata-mata .


Harap anda perlu lebih teliti seperti apa yang anda katakan di atas. Harap saudara selidik dulu fatwa Ulama sebelum membuat persangkaan terhadap Ulama kononnya mudah termakan propaganda Amerika.

Mustahil tiada orang Arab atau Ulama Arab yang tiada talian langsung dengan rakyat Syria, dan tak masuk akal mereka berani mengeluarkan fatwa sambil jahil pula sampai tak tahu apa yang berlaku di Syria. Anda pula berani membuat tohmahan terhadap Ulama tersebut hanya berdasarkan analisa maklumat dari internet semata-mata?

Saya risau anda yang termakan propaganda yang dibuat oleh pendokong kezaliman pimpinan Syria (macam sumber George Soros di atas)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 01:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 20:00
Kalau boleh saya taknak sentuh isu lain, tapi sebab dah dikaitkan dengan bukti video.....

Since you brought this issue, and asked me.... let's face it.... be gentlemen
   
Berdasarkan bukti-bukti, dan pelaku yang dituduh TAK BERANI sumpah laknat untuk membersihkan diri dari tuduhan tersebut, tak kemukakan bukti yang jam tangan yang kata ada dalam simpanan, takut ambil ujian cakap bohong,

sebaliknya yang membuat tuduhan pula yang berani sumpah laknat jika dia berbohong, dan berani ajak sama-sama ambil ujian cakap bohong...

maka saya katakan: Yang dituduh itu tidak dapat membuktikan yang dia tak bersalah. Ini pemerhatian saya terhadap bukti-bukti sedia ada. Saya bukannya menjatuhkan hukuman.

Orang yang pertahankan yang tertuduh memang nampak double standard. Kalau nak bincang isu ni boleh buka thread lain, kita berbalik kepada isu Syria.....mnm77 Post at 21-4-2012 04:09


Adakah di setiap hotel dan apartment akan ada camera yang menghala ke arah katil ? Tentulah tidak kerana tiada siapa yang waras yang nak aksi atas katil di rakam tanpa pengetahuannya plakkan , lebih2 lagi untuk di guna buat peras ugut atau untuk sebaran umum bagi memalukannya so wujudnya camera tu memang jelas sangat adalah untuk tujuan pengintipan ....

Adakah Allah membenarkan maksiat di cegah atau kesalahan di hukum berdasarkan bukti secara pengintipan ditempat private yang tertutup rapat dari pengetahuan umum seperti dalam bilik atau dalam rumah ? Islam tidak menerima bukti yang di perolehi secara intipan rahsia begitu .

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (Al-Hujurat ayat 12).

Sayyid Qutb menyebut: “Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi atas apa alasan sekali pun untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai.


Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada diberi hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka, demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem pelaksanaan dalam masyarakat Islam. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”. (Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al- Syuruq).


Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya: Dibawa seorang lelaki kepada Abdullah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: “Lelaki ini menitis arak dari janggutnya.” Kata Abdullah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud).


“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan Al-Amr bi Al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan Al-Nahy ‘An Al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Taala telah melarang hal ini. Kisah Umar dan Abdul Rahman bin Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab Al-Suhbah (Adab-adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.


Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata: “Allah Taala telah berfirman maksudnya: ‘Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain’. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman maksudnya: ‘Masukilah rumah melalui pintu-pintunya’. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman maksudnya: ‘Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya’. Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Maka Umar pun meninggalkannya. Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).





Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 15:19
Kau ni banyak buat sangkaan kat aku laahhh. Macam kau lebih kenal orang yang aku jumpa tu... Isyhh hebat lah kau ni...

Ada aku kata Sembahyang Jumaat? Aku ajak solat 5 waktu di Masjid. Ni contoh orang yang aku jumpa tu orang yang aku tidak kenali. Situasinya, banyak ejen Gaddafi dihantar untuk pantau pelajar Libya di luar negara.

mnm77 Post at 21-4-2012 15:39


Kau check balik la kata-kata kau sebelum nih . Kau yang kata depa tak berani pi masjid ......Kalau dah tak berani pi masjid patutnya sepanjang masa lah tak berani pi ......  so orang yang tak berani pi masjid tapi berani pulak pi masjid untuk sembahyang jumaat ? Kat mana logik nya tu ? Macam mana bila sembahyang jumaat boleh jadi berani pi plak sedangkan waktu biasa tak berani ?

...... aku pernah ziarah orang Libya (semasa di UK), dia tak berani pi Masjid, dia kata dia takut ejen lapor pada Gaddafi. Ramai yang kena hantar balik.
mnm77 Post at 20-4-2012 16:34

Saya bergaul dengan orang Libya dah lama dah....ada yang takut ke masjid hanya kerana takut ejen Libya lapor kepada Gaddafi .......mnm77 Post at 19-4-2012 08:43



Depa berani pi masjid untuk sembahyang jumaat tapi tak berani pi masjid untuk sembahyang 5 waktu ? Pasai pa plak ? Lagi pun sembahyang 5 waktu bukannya wajib pun untuk sembahyang kat masjid , tak pi pun tak pa . Kalau agen gaddafi nak pantau depa di setiap waktu solat yang lima tu , depa akan kena di pantau 24/7 la ! Macam ada full time bodyguard lah kalau gitu ?

Lagi tak logik bunyinya setiap rakyat libya ada spy yang pantau sepanjang masa untuk pastikan tak ke masjid untuk solat 5 waktu yang tak wajib untuk dibuat di masjid pun .... tapi solat jumaat plak sepai2 ittew bercuti dari memantau ka?   Memang tak logik tahap gaban .  Jenuh nak pulun pantau, jenuh nak pulun cari pemantau yang nak buat kerja remeh temeh gitu plak ..... berapa juta spy agen di perlukan untuk pantau berjuta rakyat libya di setiap waktu sembahyang yang lima ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 14:31
Habis tu kenapa kau bawa berita dari internet yang menyokong kerajaan Syria kalau kau sendiri tak tahu kebenaran cerita tersebut?
   
Sepatutnya kau selidik apa yang disampaikan, bukannya menyebelahi kerajaan Syria hanya kerana kau tak tahu siapa yang betul.
mnm77 Post at 21-4-2012 15:21


Adakah setiap berita dari internet yang aku bawakan maka aku kena percaya 100 % kandungan berita tu untuk membolehkan aku melampirkannya di forum ini ?

Adakah kalau aku lampirkan berita mengenai dalai lama maka aku kena percaya agama buddha dan beriktikad sama dengan dalai lama dan menyetujui setiap aktiviti sami buddha itu untuk membolehkan aku melampirkan berita mengenai dalai lama ?

Kau ni tak logik sungguh la.... aku lampirkan berita untuk mengajak manusia berfikir dan memahami bahwa tidak hanya wujudnya CLAIM kat internet kata kerajaan syria pembunuh kejam , tapi juga terdapat CLAIM kat internet yang kata puak pemberontak pembunuh kejam , CLAIM melalui news dan juga melalui video kat youtube, so aku lampirkan lah news gitu untuk membuktikan wujudnya CLAIM gitu kat internet  .

Jelas sekali aku lampirkan berita untuk kuatkan hujah aku , itu aje , bukan kerana aku percaya segala isi berita yang aku lampirkan itu plak . Kena tengok sebab kenapa aku lampirkannya . Ini main pukul rata aje tak aci lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 14:33
Bukankah kau sendiri yang mencabar kesahihan pasal gambar dan video internet? Apasal kau sendiri ambik gambar internet pulak? Double standard kah ini?

Tobby bagi gambar kau tuduh palsu, kau bagi gambar jadi sahih pula?
mnm77 Post at 21-4-2012 15:39


Gambar gaddafi tengah dok sembahyang jemaah tu bukan gambar yang berbentuk tuduhan sebagai pembunuh kejam yang termasuk dalam hukum hudud penghakimannya yang perlukan analisa tahap gaban .

Gambar gaddafi yang di ambil oleh pemberita reuters tu cuma gambar biasa aje yang tak ada sebab lah untuk aku pertikaikan kesahihan gambar tu pun, melainkan lah kalau gambar tu memperlihatkan gaddafi tengah dok bunuh orang ka , ha then ada sebab untuk aku pertikaikan kesahihan gambar tu lah .

Apa yang tobby lampirkan adalah yang berbentuk tuduhan perlakuan JENAYAH yang termasuk dalam HUKUM HUDUD ! Adakah hukum hudud boleh di ambil bukti dari sebelah pihak aje dengan video yang di upload dalam internet yang tidak di ketahui siapa si perakam sebenar video tu pun ?

Kita memperkatakan mengenai hukum hudud laa , bukan undang2 sakai.com naaaaa yang based on tuduhan gitu2 pun dah boleh letup bom guna drones sampai berkecai jasad  .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 1.064889 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list