CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nusantara77

Siapa pernah terkena? seram lah pulak nak pergi bercuti. macam semua hotel je..

  [Copy link]
Post time 13-1-2016 12:41 PM | Show all posts
schha replied at 13-1-2016 11:37 AM
Hahahhahahahahahhahaha..aku pun pergi a.star masa final piala Malaysia tu. Punya la payah nak book ...

Lahhh ye ke, kalau tak boleh kita gi tengok bola kat kedai haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 05:20 PM | Show all posts
cm_puding replied at 12-1-2016 12:23 PM
Nampak thread ni up, tetiba nak cerita hahaha,

Masa bahang piala Malaysia final tu, aku gi Kedah ...

mmg lain macam gurauan dia tu..lepas satu satu dia main.. aku banned dah hotel ni klu nak mai kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:16 AM | Show all posts
myakayina replied at 13-1-2016 05:20 PM
mmg lain macam gurauan dia tu..lepas satu satu dia main.. aku banned dah hotel ni klu nak mai ...

Leverage ada 2 ..
satu lagi kat Mergong .. yg tu baru punya
so far duduk tak ada apa2

Leverege Kuala Kedah tu bukan tepi jalan je ke?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:27 AM | Show all posts
hujung tahun 2013 kena g kursus kat Sabah
memang happy lah sebab tak pernah kursus luar
sebelum ni kat opis lama memang susah
dah pindah opis baru dioffer pulak

duduk kat Tang Dynasty Hotel kat KK
hotel memang macam hotel lama
kami duduk 2 orang satu bilik
dapat bilik connection yg ada pintu kat tengah2

malam pertama tak ada apa2 sbb kami tido mati ..
penat sebab naik flight kul 12 tengahari tpi kena landing kat Miri
sbb cuaca tak elok .. kul 7 malam macam tu baru ke KK semula
sampai hotel kul 9 malam .. memang letih lah

malam kedua kakak sebilik ngan aku kena ganggu
padanlah aku terjaga tengah malam tgk dia bukak lampu sisi katil dia
sbb malam pertama kami tutup semua lampu kecuali lampu bilik air

esok bila bangun dia cakap pintu connection tu dia cakap ada orang dok cuba nak buka
banyak kali lah tombolnya dipusing2 .. masa tu dalam pukul 2 pagi
tu yang dia terus bukak lampu lepas tu letak kerusi belakang pintu

tengahari kebetulan jumpa budak housekeeping tanya lah dia
'dik .. bilik sebelah ni ada orang ke?'
sbb kitaorg imagine kot budak2 main tombol
budak tu kata memang tak ada orang
kitaorg diam je lah ..

malam tu tdo ngan lampur terpasang hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 02:48 PM | Show all posts
mamasaffiya replied at 14-1-2016 11:16 AM
Leverage ada 2 ..
satu lagi kat Mergong .. yg tu baru punya
so far duduk tak ada apa2

ye bro,

tepi jalan je tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 02:50 PM | Show all posts
myakayina replied at 13-1-2016 05:20 PM
mmg lain macam gurauan dia tu..lepas satu satu dia main.. aku banned dah hotel ni klu nak mai ...

bro, bilik lain ok je rasanya, bilik suite jangan ambik hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2016 02:58 PM | Show all posts
cm_puding replied at 14-1-2016 02:50 PM
bro, bilik lain ok je rasanya, bilik suite jangan ambik hahaha

noted bro..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 04:02 PM | Show all posts
saja la aku nk tumpang crita kt sini. bukan pengalaman aku pn, tapi dari classmate.
time tu xsalah 2010 ujg sem, kami every year ada trip..maklumla budak construction.
ada ja tempat nk buat visit.

time tu kami dah final year, pi trip ke JB..utk visit kilang buat IBS system area sana.
class trip, harus la naik bas reramai. sampai jb kami check in hotel (macam motel ja rupa) R*** S****G.
hotel tu dekat kat area bukit2. depan hotel tu macam kuaters/ pusat pemulihan/ penjara tinggal(aku xtau apa menda) tapi ada kawat besi kt tembok tu.
budak2 time tu..sronok la dpt pi trip ngn kengkawan. hotel tu bangunan dia bentuk L shape & floor dia x tinggi mana (3..4level ja)
lif dia ada satu ja..tu pn blah depan..klo dpt bilik kt ujg L shape..jauh jugak nk menapak ke lif.
weolls pi 2 bas.

masa check in tu, mmg smua la mrungut..napa dok hotel lama..
bila check in bilik, mmg interior design dia lama. bathtab, katil, phone (bukan macam extension line punya phone, phone rupa lama..yg ada cop telekom)..smua jnis oldskool.
mosaic kt toilet jenis yg petak2 kecik cm toilet rumah dulu2 tu. bathtab dia bdebu..habuk cm dh lama xda org masuk situ.
tp kami smua ok ja la sbb nya trip murah..n dpt enjoy ngn kengkawan.
so far dok kt jb slama 2malam tu ok ja.

menda ni classmate crita masa dlm bas hari nak balik tu la.
biasa la bas yg penuh budak prempuan. mmg pusat pengumpulan mamijarum la bcrita.
ada kawan ni crita, masa malam last..dia nk turun ke bilik kawan dia yg tingkat bwh, since lif jauh nk mnapak dari bilik..dia decide nak turun pkai tangga kcemasan yg sangat dekat ngn bilik dia.
masa dia turun tu, area situ mmg gelap. ada lampu emergency yg malap ja.
dia pn slumber badak turun setingkat ja.
masa dia nk masuk pintu level kawan dia tu..dia tpandang kt platform tangga bawah ada babycot, tsadai kt dinding tepi tangga bawah.
masa kt pintu nk exit ke level bawah tu, dia tdengaq cm org nangis sedu (teresak2 tp cm dh nak abes nangis dah)
dia pi gatal jengok ke bawah, trus nampak entiti kt tepi bebicot tu.
makanya dia lari exit level kawan dia..lari kebilik member tu..n tido situ terus.
esok pg baru kecoh msa nk check out.

aku n geng sebilik baru tau crita masa dlm bas nak balik tu hah.
nsb bek kawan aku x experience menda tu sbb memalam gok gayut phone kt luar bilik, sambil bjalan kt coridor, dok kupel2 pintu exit emergency tu (kami dpt bilik plg atas)

masa dengar crita tu seram gak. dh lama2 ni (dah tua) menda tu jd bahan nk menganjing ja antara classmate. hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 05:56 PM | Show all posts
hmm.. pernah kene dekat Colmar Tropicale.

malam tu, masa dah separuh sedar tido, tetiba rasa orang merangkak naik katil slow slow, sampai boleh rasa die selak selimut. boleh rasa haba badan dia. Ingat anak kakak opis ni try nak menyelinap tido bilik purple, otak mula la nak sergah bebudak tu..skali toleh & sergah, xde pape. tak rasa pape lagi, try nak tido semula. hah, jadi lagi.. ah malas dah nak layan, lantak ko lah.

dalam kul 3.15 terjaga, bukak mata terus nampak ada objek yang xpasti badan die rupa apa, tapi macam terapung apung, mata die renung botol, belegar legar keliling katil.. huaaaa....... terus nyalakan lampu. masa tu xde pape pon.. aku ngigau ke??? terus..tak tido sampai pagi. bukak lampu.

esok nye dorang turun breakfast, botol sambung tido.. takut, tapi ngantuk tu lagi kuat.. Ah, panjang pulak kan post ni.

weekend ni nak pegi melaka.. rasa takut la pulak...tetiba teringat insiden ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:49 AM | Show all posts
Aku pun pernah kena masa tahun 2013 gitu... Check in kat satu hotel Cameron Highland, ingatkan nak stay 3 hari 2 mlm tapi hari kedua dah check out. Tak ramai pun time tuh, tapi pelik gak, time weekend pun takda orang)

1st day tu, siang takdak apa-apa pun, tapi bila malam.. Masa kitaorang tengah sembang-sembang ( baru balik dari jenjalan) tiba-tiba blackout.. Ah sudah.. Terus semua melompat naik katil, adik aku yang dok tengok tv kat depan pun berlari masuk bilik.. Gelap sangat, macam takda cahaya pape (hotel kitaorang atas bukit gitew). My mom siap suruh ayah aku pegi check main suis kot kot off ke.. tapi sume on... Dorang check lua, nasib baik ada lampu emergency still terang. Tapi pelik bilik lain terang je kot.

Pastu mak aku dok ajak keluar jugak.. Katanya dia rasa xsedap.. Kitorang yang pempuan ni pun keluar dari bilik cari ayah aku.. Then terus keluar ke lobby, tapi memang macam takda orang langsung. Oh time tu dalam 2 pagi.. Kitorang pun balik bilik sebab takda sape2 pun kat luar (Semua dah tidur kot). Nak balik bilik pun kena naik lift, dan lift tu pun macam yang transparent, kira boleh nampak la laman kat tengah2.. Aku tak nampak pape pun,  fikir positif la.. Balik bilik semua baring satu katil, buat-buat tidur sampai la tertidur.

Besoknya, mak aku ajak check out, ditanya kenapa nak check out awal sebab dah bayar untuk 3 hari, but then she cerita semua... Semalam masa dia ajak keluar, dia ada nampak bayangan lelaki padahal tinggal kami yang adik beradik perempuan je yang tinggal dalam bilik tu plus bilik tu gelap. Ok seram dah.
Pastu masa naik lift semalam, mak aku nampak something (dia tak nak cakap apa benda). Nasib aku tak nampak.

Lepas tu check out, masuk hotel lain plak, alhamdulillah takda pape.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 11:28 AM | Show all posts
KIKIKI90 replied at 24-2-2016 11:49 AM
Aku pun pernah kena masa tahun 2013 gitu... Check in kat satu hotel Cameron Highland, ingatkan nak s ...

nova hotel ke sis...

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 03:32 PM | Show all posts

Lupa dah ape nama hotel tu..Lama tak menjejak kaki ke cameron highland
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 04:33 PM | Show all posts
penah kena kat ipoh. bunyi bdk2 kecik main kat bilik sebelah.. bila siang tanya housekeeping dia ckp kiri kanan takder org.hawau betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 02:49 PM | Show all posts
Cuti sekolah hujung tahun lepas aku menginap kat hotel 'dB' di langkawi. Walaupun pernah kena cak2 dgn cik pon (aku pernah cerita kat kisah serem hotel dlm tred yg lepas2) aku masih lagi suka stay kat hotel ni sebab persekitarannya yg sgt osem(bagi aku lah) & hotel ni sentiasa full walaupun bukan cuti panjang sbb selalu jadi pilihan kursus/event kompeni.  Bagi aku hotel yg full ni kurang sikit keseramannya. Kali ni aku stay berempat iaitu suami &  2 anak perempuan. Disamping harganya yg mampu bayar , anak2 aku ni selalu tidur lambat layan gajet. So bila nak tidur masih ada org yg berjaga. Anak aku yg ke2 pulak jenis yg tak ada emosi even org dok heboh tgk tv dia asik main hp.

Mula2 sampai tu mcm yg dijangka lobi penuh dgn guest tgh register & aku dapat bilik yg mengadap laut ( aku memang request seaview ). Nak dijadikan crita lepas duduk kat bilik dalam 2 jam( masa tu dah pukul 5 ptg) tetiba blackout, nasib baik kita org dah selak langsir so takde lah gelap sangat. Lepas dibaiki bek. elektrik ada semula. Lepas tu dlm pukul 7 mlm masa kita org bersiap2 nak solat & kluar makan mlm, blackout lagi kali ke2. Kali ni pihak hotel kata tak bole baiki sbb takada spare part nak ganti, esok baru diaorg bole baiki.

Aku dah mula rasa tak sedap hati dah lah gelap gelita harapkan lampu suluh ngan lampu koridor. Disebabkan aku ambil 2 katil queen so pilihan bilik utk diganti agak terhad tambah pulak hari sabtu, bilik semua dah penuh. Lebih kurang setengah jam baru hotel bagitau ada bilik kosong utk ganti. Bilik ni terletak kat nun hujung opposite bilik yg aku duduk sekarang. Aku dah mula bengang , dahlah kena berkemas dlm gelap lepas tu dpt bilik yg mengadap bangunan banquet, seaview dah tak ada ( masa booking aku memang highlight nak seaview sbb kita org memang concern pasal view setiap kali check in hotel ) Pihak hotel suruh kita org stay bilik tu dulu, esok baru bole tukar sbb mlm tu bilik dah penuh. Waduh dlm hati aku fikir jgn2 bilik yg dia bagi ni dah lama kosong sbb sebelum dia  orang kata bilik semua dah penuh. Disebabkan tak ada pilihan aku ambil la bilik yg baru ni.

Lepas kluar makan malam disebabkan kepenatan, aku tertidur agak awal jugak & macam biasa anak no 2 yg tak ada perasaan tu masih lagi dok layan hp. Aku biarkan aje tv terbukak. Tetiba dlm pukul 2 pagi tu anak aku gerakkan aku dia kata ada benda hitam dok goyang2 pintu. Dalam keadaan mamai aku suruh je anak tidur , tu orang tengah iron baju ( actually kat koridor setentang ngan bilik aku ada iron board utk gosok baju). Lepas tu aku terus sambung tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 03:32 PM | Show all posts
   Pagi esoknya aku tanya anak aku pasal kejadian malam tadi. Dia kata benda hitam yg goyang pintu tu sangat besar bukan saiz org biasa. Lagipun bila aku cek jarak pintu ngan tmpat gosok tu agak jauh, memang tak akan nampak shadow ( ni teori laki aku, dia kata bayang org tgh gosok baju) Ada ke org nak gosok baju kul 2 pagi? Anak no. 2 ni bukan jenis suka bercerita & bergosip benda2 macam ni, dia jenis yg straight to the point maknanya kalu dia cakap benda2 macam ni memang bole percaya. Actually aku pernah crita pasal kena cak2 ngan entiti kat hotel ni  pada anak no 1 , so bila aku kata nak stay sini dia dah takut tapi aku still positif sbb aku suka suasana kat sini walaupun.....Anak no 1 umur 18 thn, no.2 16 thn. Aku suka bercerita pasal apa saja dgn anak sulung.

  Kita org decide utk tukar bilik sekali lagi. Macam yg dibagitau ada satu bilik kosong yg guest baru cek out. Kali ini bilik terletak kat hujung lagi satu dan di tingkat yg berlainan. Bilik baru ni terletak dekat dengan kitchen & staf kuarters so tak lah sunyi mcm bilik yg ke2 di samping seaview mcm kitaorg nak tu.

   Lepas tu nak dijadikan cerita lepas je kita org pindah ke bilik yg baru tu, aku ngan anak sulung saje je ronda2 kat koridor hotel, masa tu kita org nak klua mkn tengah hari, laki ngan anak no 2 dah turun dulu, masa tu ada beberapa grup famili tengah berkumpul kat koridor nak kluar jugak, masa aku tengah tunggu lif nak turun tetiba aku dengar salah sorang budak kecil kat situ cakap dgn bersahaja 'ibu kat hotel ni ada hantu'. Apa lagi terkedu lah aku ngan anak aku....dah macam ending crita hantu kat tv pulok.




  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 14-1-2016 04:02 PM
saja la aku nk tumpang crita kt sini. bukan pengalaman aku pn, tapi dari classmate.
time tu xsalah  ...

hotel tu mcm dah zaman berzaman tutup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 02:32 PM | Show all posts
kes yg saya alami sendiri di Mahkota Hotel Melaka.. apartment 2 bilik..
kisahnya check in dlm kul 3 lbh.. dioarng ckp mungkin kena tunggu jap sbb x pasti bilik dah siap kemas ke belum..
masa tu kami berenam.. 3 dewasa semua pompuan dan 3 kanak2.. kalau bilik x siap kemas pun kami leh masuk utk ltk brg..

sampai depan pintu bilik, cuba utk buka pintu tp x dapat.. tunggu lah jap.. pastu anak buah umo 5thn bagitahu.. td gelap.. skang dah cerah.. dia bersila dpn pintu.. sbb tu nampak.. kakak ipar berdiri tepi koridor tu.. dia pun bagitahu.. td bilik ni pun gelap.. ni dah cerah.. kami pikir cleaner masih ada kat dalam..

dah jam 4.15 tu.. dah pelik.. knp masih x ada org kuar dan pintu pun x leh buka.. rasanya x adalah jakun sgt sampai pintu pun x pandai buka.. call kaunter dan bagitahu masih x dpt masuk.. dia pass line pada room services.. dioarg ckp dlm sistem bilik dah bersih.. dlm 4.30 diaorg dtg bw access card baru.. dia kata mungkin acces card yg dibagi tu ada masalah.. bila dia buka.. segalanya mmg dah on.. kipas, tv, lampu.. sliding door pun terbuka luas..
dah cuak.. saya tanya dia.. pelik.. bkn semua akan automatik off ke bila kuarkan kad dr slot? jwpn dia.. mungkin system error..

hati dah x tenang.. cuak semacam.. buka peti sejuk.. ada satu bau hanyir yg sgt pelik.. bilik semua bersih.. bila saya masuk 1 bilik ni.. ltk beg atas katil.. ada tompok darah atas alas cadar.. ala.. kain pjg kt hujung katil tu.. x tahu panggil apa.. kesan macam darah baru.. x nk pikir sangat.. lipat kain tu ltk dlm almari.. masuk bilik air.. ada bathtub.. ok lg.. dah selesai urusan.. nak flush.. tapi pelik.. kenapa air warna merah? x period pun.. air karat kot.. tapi takkan lah hotel besar mcm ni x ada sistem penapis air.. flush la.. yg kuar air jernih jer.. pastu tertengok kat langsir bath tub.. atas bersih... tp bawahnya.. ada percik2 warna merah.. seperti darah.. hati mmg sgt cuak masa tu..

lepak jap dekat balkoni.. konon nk tenangkan perasaan.. anak buah umo 5 tahun tu masuk tandas.. pastu dia dtg tanya.. kenapa air warna merah.. pegi tengok.. memang ya.. last tadi flush air elok jer putih.. kakak ipar dan anak buah settle solat.. tunjuk kat diaorg.. pastu decide tukar bilik.. kalau x.. ada yg x tido mlm ni..

pegi receptionist balik.. mintak tukar bilik.. bagitahu sbb bilik tadi ada hantu.. kali ni yg jaga nmpak agak berumur sikit.. dia tgk no bilik.. dia gelak.. ok.. phm puan.. dia spt tahu bilik tu macam tu.. dah tukar bilik tu.. alhamdulilah.. ok jer..

kesimpulan.. tgk rezeki.. bukan semua bilik di hotel tu berhantu.. ada bilik yg mmg diaorg dah check in awal.. kita masuk.. kita kacau dia..

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gold coadt morib
2x p.. Time pose n cuti sekolah..
Ok la x kacau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 05:41 AM | Show all posts
seram gak baca pengalaman kat sini
so far  check in mana2 belum penah kena cak cak lagi
mintak jauhlah..tak sanggup aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 05:20 PM | Show all posts
dulu pernah stay kat ilham resort .

alhamdulillah , takde gangguan.

tp kawan ibu ad kene kacau lah .

dya duk kat bilik yg berdekatan ngn hutan tu .

fuhhh , nasib tang kami takde ape2 yg jadikkk ..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.081505 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list