CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

Jimmy dah ceraikan isteri![TERKINI! : gagal dpt hak jaga ANAK pg.87]

     Close [Copy link]
Post time 9-5-2013 12:29 PM | Show all posts
mohon penjara la pulok??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 12:31 PM | Show all posts
nsyazawani posted on 10-4-2013 09:33 AM
[/img][/img][/img][/img]

comel je haa anak diorg
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 01:46 PM | Show all posts
pelik betul...tak boleh ker nak kongsi hak penjagaan anak?
kalau kongsi, barulah ringan sikit, ada masa utk diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 03:09 PM | Show all posts
Published: Khamis Mei 9, 2013 MYT 1:24:00 PM
Updated: Khamis Mei 9, 2013 MYT 2:14:34 PM

Bekas Isteri Jimmy Diarah Ubah Permohonan
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Suhaila dan peguam syarie, Saadiah Din ketika ditemui media diluar Dewan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada pagi Khamis.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis memerintahkan peguam syarie, Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila Eliani Suhaimy supaya meminda semula permohonan ubah perintah serta penggantungan perintah mahkamah mengenai hak bermalam kepada pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley terhadap anak mereka, Zahrah Rania.
Hakim Syarie, Mawardi Che Man berkata, permohonan Suhaila selaku plaintif yang dibuat pada 19 April lalu itu tidak jelas dan mengelirukan selain akan menimbulkan masalah lain terhadap perintah asal yang dibuat mahkamah pada 8 April lalu.
"Dalam permohonan yang dibuat pihak plaintif, tidak jelas dan seolah-olah mahu menggantung hak lawatan dan bermalam defendan (Jimmy) terhadap anak (Zahrah).
"Malah jika penggantungan hak bermalam itu dilakukan ia akan menimbulkan masalah lain kepada keputusan yang dibuat mahkamah sebelum ini," jelasnya.
Pada 8 April lalu, Mawardi memutuskan hak penjagaan anak perempuan pasangan itu diberikan kepada Nursuhaila manakala Jimmy memperoleh hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu.
Jimmy mendapat hak untuk bersama anaknya bermula pada pukul 10 pagi bermula hari Selasa sehingga Khamis, pukul 6 petang setiap minggu selain dibenarkan menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.
Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Jimmy iaitu Mohd Noor Raizan memberitahu mahkamah, anak guamnya masih belum mendapat hak lawatan dan bermalam sejak mahkamah memutuskan perintah tersebut.
Mohd Noor menjelaskan permohonan Nursuhaila mengelirukan dan pihaknya memohon mahkamah supaya menangguhkan kes itu kepada satu tarikh lain supaya plaintif dapat meminda afidavit yang dibuat.
Jimmy Shanley turut hadir ke mahkamah pada sebutan kes berkenaan.

Mawardi memerintahkan peguam syarie, Saadiah Din supaya meminda semula afidavit berkenaan kepada mahkamah pada 13 Mei ini sebelum dibalas oleh pihak defendan pada 27 Mei depan.
Beliau juga menetapkan 6 Jun sebagai tarikh untuk kedua-dua belah pihak membuat soal balas terhadap balasan afidavit tersebut sebelum penghujahan dibuat pada 11 Jun berikutnya.
Sementara itu, Saadiah ketika ditemui berkata, pihaknya membuat permohonan itu kerana keadaan kesihatan Zahrah yang tidak sihat dan faktor kanak-kanak itu masih kecil.
Menurutnya, permohonan penggantungan sebahagian perintah itu hanya untuk sementara dan bukannya secara kekal terhadap Jimmy.
"Zahrah masih kecil dan dia mempunyai masalah lelah. Kami berpendapat tidak sesuai buat masa ini Jimmy bermalam kerana keadaan Zahrah yang masih boleh belum menguruskan dirinya.
"Permohonan penggantungan perintah itu hanya buat sementara dan bukannya untuk menidakkan hak Jimmy sebagai seorang bapa," jelasnya.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM1 pada 10 Oktober 2012.


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 03:34 PM | Show all posts
mixed posted on 9-5-2013 03:09 PM
Published: Khamis Mei 9, 2013 MYT 1:24:00 PM
Updated: Khamis Mei 9, 2013 MYT 2:14:34 PM
Bekas Iste ...

bertabah la Jimmy ooiiii.....x bini ko akan cuba sedaya upaya nk pisahkan ko ngan anak ko tu......lelah lah itu lah ini lah (lelah tapi bwk g oberc, ok je tk nmpk cam sakit pun), mcam2 citer la akan di create nnt semata-mata xmo ko jaga anak ko tu......hartuiihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:31 PM | Show all posts
mcm-mcm alasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2013 05:12 PM | Show all posts

x abis2 lagi kes dorang ni....sampai berlarutan mcm ni....tuntut itu, tuntut ini....kesian si anak yg kecik tu....x boley ke masing2 bertolak ansur....jgn sampai anak dorang dah besar pon x sudah2 lg naik turun mahkamah

benang psl kes RT jimmy ni pon dari tahon 2011 lagi....x abis2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 06:39 AM | Show all posts
mixed posted on 9-5-2013 03:09 PM
Published: Khamis Mei 9, 2013 MYT 1:24:00 PM
Updated: Khamis Mei 9, 2013 MYT 2:14:34 PM
Bekas Iste ...



Jumaat Mei 10, 2013

Jimmy Shanley Dituduh Tidak Ikhlas Jaga Anak
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Nursuhaila memberitahu tidak pernah berniat untuk memutuskan hubungan Zahrah dengan Jimmy.
SHAH ALAM: Bekas isteri kepada Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy mendakwa pengacara itu tidak ikhlas dalam menjaga anak tunggal mereka, Zahrah Rania kerana tidak pernah mengambil berat terhadap anak itu.

Nursuhaila, 27, berkata, Jimmy juga tidak pernah bertanya khabar sama ada menerusi panggilan telefon atau pun khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkembangan anak mereka itu.

"Saya mahu proses menjaga Zahrah secara bersama dilakukan dengan ikhlas demi kebajikannya kerana tetapi saya merasakan Jimmy tidak ikhlas menjaga anak kami dan tidak pernah bertanya khabar tentangnya.

"Malah apabila saya maklumkan anak dimasukkan ke hospital pada 16 April lalu dia langsung tidak datang atau bertanya tentang kesihatan Zahrah.

"Tetapi sebaliknya dia boleh menghantar SMS marah-marah dan tidak menghiraukan mesej yang saya sampaikan mengenai tarikh hari lahir anak kam
i," jelasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini pada Khamis.

Nursuhaila mengulas mengenai tindakan Jimmy yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakannya atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania yang berusia hampir dua tahun.


Jimmy memperoleh hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya.
Pada 8 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan hak penjagaan anak perempuan pasangan itu diberikan kepada Nursuhaila manakala Jimmy memperoleh hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu selain dibenarkan menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, Nursuhaila pada 19 April lalu telah memfailkan permohonan ubah perintah serta penggantungan perintah mahkamah dan Hakim Syarie, Mawardi Che Man yang mendengar kes itu pada Khamis (semalam) mengarahkan permohonan dipinda semula kerana ia tidak jelas dan mengelirukan.

Dalam pada itu, Nursuhaila berkata, dia tidak pernah berniat untuk mengingkari perintah mahkamah dengan sengaja mahupun memisahkan seorang anak dengan bapa kandungnya.

Nursuhaila sebaliknya berkata, dia berharap anaknya itu dapat mengenali dan mendapat kasih sayang daripada Jimmy sebagai bapa.

"Saya membuat permohonan agar hak bermalam dengan Jimmy ditangguhkan hanya semata-mata kerana kesihatan dan kebajikan Zahrah.

"Malah perintah itu bukan dibuat secara kekal sebaliknya hanya sementara dia menguruskan dirinya memandangkan umurnya baru setahun 11 bulan.

"Tambahan pula Jimmy tinggal seorang diri dan dia selalu tiada di rumah. Malah keadaan rumahnya yang tidak terurus menyebabkan saya bimbang keselamatan anak," jelasnya.


Pasangan ini mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Tambah Nursuhaila, Zahrah tidak pernah tinggal bersendirian dengan Jimmy lebih daripada setengah jam dan dia bimbang emosi Zahrah terganggu.

Sementara itu, Nursuhaila berkata, dia berharap selepas ini Jimmy tidak lagi menghebohkan tentang pergolakan hubungan mereka di akhbar demi menjaga hubungan kekeluargaan iaitu mereka sebagai ibu dan bapa Zahrah.

"Saya harap dia tidak menghebohkan mengenai perkara yang dia sendiri tidak boleh buktikan di mahkamah kepada masyarakat termasuk hak lawatan kerana ia sedang diadili di mahkamah," katanya.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM1 pada 10 Oktober 2012.


***ptt ler suhaila x kasi anak kt  jimi. Anak msk sepital pn ko x mau tgk tp  nk marah2
Last edited by mixed on 10-5-2013 06:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2013 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Fight je jimmy oi. Ada pulak pisahkan sementarasbb x sihat n zahra lom pandai urus diri.
Nak pandai urus diri jawapannye dlm usia 12 tahun la. Time tu nanti kenal bapak pun tak si zahra ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 08:58 AM | Show all posts
esok2 anak tu nak kawen maknya carik Jimmy jugak nak suh jd wali..
berdosa pisahkan anak dgn ayah tu. x bg bermalam pon. bg la Jimmy tu tido umah bekas mak mertua tu at least dpt jenguk anak.
x kan umah mak mertua x de org x kan suhaila tu duk sorg2 kot?
ala aci bet anak dia pon maid yg jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 09:15 AM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 8-5-2013 04:41 PM
Dia bukan lepas cakap, si Suhaila tu sendiri yg ckp pada JS yg anak dlm kandungan dia bukan anak J ...

kalu dh laki tak caya ngan die.. ..klu sakit ati..aku pon cakap macam tuh..

tp ko tak perlulah nak canang dalam melodi.. bengap sngt jimmy neh..

sendri leh tau lah..mana yg leh kasik tau umum..mana yg tak boleh..terlajak kata..neh la padahnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 09:30 AM | Show all posts
comel sangat budak kecik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 10:18 AM | Show all posts
mixed posted on 10-5-2013 06:39 AM
Jumaat Mei 10, 2013

Jimmy Shanley Dituduh Tidak Ikhlas Jaga Anak

Si suhaila ni tak payah lah nak belit sana belit sini...yg ia nya dia dendam tak habis lagi dgn jimmy ni, mmg tak mo bagi anak dia kat jimmy langsung. Macam la org tak tau niat sebenar disebalik tu semua. Mmg kebanyakan yg bercerai lepas tu masam muka tak sudah ni, selalunya pihak ibu mmg tak kasi anak dia pada ex laki, terutama ibu2 yg ada kerja stabil lah, yg boleh sara anak sendiri

Mahkamah dah perintah kan, kena lah hormat keputusan mahkamah. Jangan nafi kan hak Jimmy sbg bapak jugak. Kalau lepas tu tengok mmg ada perubahan yg teruk pada si zahrah lepas duduk dgn Jimmy, baru lah buat permohonan baru. Ni belum apa2 lagi ko dah kata itu ini pada Jimmy. Rumah tak terurus bukan bermakna jimmy tak boleh jaga anak dia.

Macam2 dunia zaman la ni. Ada yg bapak tinggal tak bagi nafkah tak jenguk langsung smp si ibu merayu naik turun mahkamah. Yg ni pulak bapak beria nak ambik, nak jaga, bagi nafkah tapi si mak pulak tak kasi. Ada pulak yg nafkah anak dpt tiap2 bulan tapi tetap tak kasi ayah jenguk anak. hai..mcm2 la!

Apa2 pun semua tu akan diadili seadil2nya di mahkamah akhirat kelak!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 10:21 AM | Show all posts
skymania posted on 9-5-2013 02:58 AM
jimmy neh kenapa?? butt hurt sngt ker??

Ye lah tu nok. Dua2 saling dendam mendendami...bukan rindu dendam hokeh! Kalau tak, tak de la jadi mcm ni, tak sudah2. Dari time courting, nak kawin, kawin, gaduh2, cerai, berebut anak....semua masuk sok khabar. Tak sudah2 lagi masalah theyols ni!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 10:26 AM | Show all posts
sekarang masa anak kecik boleh la nak kekwat tak bagi jimmy jumpa anak.  sok anak tu dah besar & nak nikah baru sibuk nak cari bapaknya utk jadi wali
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:02 PM | Show all posts
Comel anak Jimmy ni.. Kesian aku tgk anak dia..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2013 01:15 PM | Show all posts
comelnye anak diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 02:41 PM | Show all posts
resah posted on 10-5-2013 12:02 PM
Comel anak Jimmy ni.. Kesian aku tgk anak dia..

Muka si Jimmy anak dia dlm pic nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 01:33 PM | Show all posts
aiyooooo, tak jemu ker dok jaja cerita pasal Jimmy ngan bekas isteri dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 01:37 PM | Show all posts
Kesian pulak tenguk Jimmy

Suhaila ni pun satu..budak kecik gini dah ko tanya nak duduk/jumpa daddy ke tak
dah ko hari2 jaga anak tu, of coz sedikit sebanyak ko dah hasut budak tu dgn pekara2 buruk pasal daddy dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.073864 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list