CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 23-9-2010 02:21 AM | Show all posts
Kalau la TT gelar Ust Harun Din tu seorg tukang sihir, dia masuk kategori yg mana eh?

MENGENALI BOMOH
Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan
Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

    * Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
    * Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
    * Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
    * Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-

    * Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
    * Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

   1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
   2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
   3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
   4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

CARA TOK BOMOH
Tok Bomoh Makan Upah
Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.

Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.

Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

credit: rawatanislam.com.sg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 03:28 AM | Show all posts
bomoh berubat gangguan makhluk ghaib guna keris, kain kuning, lada hitam, kunyit, pulut, kemenyan whatever boleh saja, janji ada selit ayat Quran. begitukah. ada hadith tentang Nabi guna alat2 spt ini?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 03:30 AM | Show all posts
tangkal pun boleh, janji selit sikit ayat2 Quran, or tulis ayat tertentu, gantung ditengkok/pintu.   ikhtiar tangkal ibarat panadol. bolehkah begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 07:27 AM | Show all posts
thanks for the info.......sangat berguna
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 23-9-2010 08:08
tumpang tanya en.zam, betul ke dlm fahaman wahabi kalau meraikan maulidur-rasul, baca talqin,  ...
sherryda Post at 23-9-2010 00:37


Betul tu, fahaman wahabi telah difatwakan sesat oleh kerajaan malaysia. Syariat mereka memang nampak ok, semua ikut quran dan sunnah tapi kesilapan mereka dibahagian akidah, mereka mengiktiqadkan Allah swt sama seperti makhluk iaitu ditakluk oleh tempat. Dan lagi menolak sifat 20, sedangkan sifat 20 adalah bersumberkan dari Al-Quran terang-terang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 08:15 AM | Show all posts
Ko dah baca ke ayat aku...  Aku petik hadis tu dari buku karangan ust Harun Din. Dia ada rujukan beliau.wan72 Post at 22-9-2010 22:48

ooooo , so harun din qoute hadis tu dalam buku dia tak pakai rujukan la dan kau pun ambik bulat-bulat apa yang dalam buku dia kemudian kau just yakin gitu aje bahwa dia ada rujukannya sendiri ..... hmmm  taklid buta la tu namanya yang hadis tu hasan ?   Sorry tak main la cara tu noooo .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2010 08:26 AM | Show all posts
Tak silap saya Blassoff dan tobby ni berfahaman Wahabi
zamkumis Post at 22-9-2010 23:41


Saya bukan berfahaman wahabi , dan saya tak percaya Tuhan ada kaki tangan macam manusia , dan saya takkan labelkan manusia yang menggelarkan diri mereka wahabi semuanya sebagai sesat , kerana kesesatan manusia adalah kerana kepercayaan mereka dan amalan mereka dan bukan kerana label semata-mata .

Sebab tu post-post saya cuma fokuskan pada amalan dan kepercayaan yang sesat yang di lakukan harun din , dan bukan pada label secara general gitu-gitu aje .  

So tanggapan kau ni dah silap besar lah nooo yang kata saya wahabi , kalau itu merupakan tuduhan kau terhadap saya maka saya kembalikan balik tuduhan kau tu pada diri kau ok, mudah-mudahan Allah melindungi saya dari apa yang kau tuduhkan saya ini .  Sila fokus pada topik thread ni , tak perlu nak buat personal attack kerana desperate tak dak hujah ok .
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:29 AM | Show all posts
hmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 08:37 AM | Show all posts
Saya bukan berfahaman wahabi , dan saya tak percaya Tuhan ada kaki tangan macam manusia , dan sa ...
blastoff Post at 23-9-2010 08:26


Kalau bukan fahaman wahabi fahaman apa pula kau ni? rentak macam wahabi. Tuduhan kau terhadap Ustaz harun din tu dah keterlaluan, perkara harus kau haramkan. Kau samakan Ustaz Harun Din dengan bomoh jin dan Ahli sihir. Ada ke patut? hanya disebabkan oleh garam sahaja kau membuat tuduhan yang keterlaluan atau melampaui batas. Ahli sihir dan Bomoh mereka bertawakkal kepada Jin, Ustaz Harun Din bertawakkal kepada Allah, ada sama ke tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 08:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 23-9-2010 08:43
ujar mrk lg, tangkal itu adakalanya merupakan kertas2 yg ditulis dgn ayat2 Quran & digantung di muka pintu. itupun salah satu ikhtiar juga kata mrk. sama mcm makan panadol kata mrk lagi.  bila ditanya adakah bersumberkan hadith atau ayat Quran mrk tak dpt kemukakan. sebaliknya mrk kemukakan kata2 yg berbelit2 & membelitkan ayat2 Allah yg sudah terang lagi jelas.tobby Post at 23-9-2010 01:50


Mereka tak dak had dalam berikhtiar nampaknya , semua cara jalan janji baca ayat Quran dan doa pada Allah --- fahaman sesat terkini !

Kalau gitu lah caranya , maka kenapa mereka tak angkat kavadi sambil baca Quran serta doa pada Allah ? Angkat kavadi tu kan ikhtiar , kalau semua ikhtiar di bolehkan maka awat depa tak tukar saja semua cara dari semua agama di dunia ni kemudian just baca ayat Quran dan doa pada Allah ketika melakukannya ?     

Sebelum mandi kat sungai ganges untuk cuci dosa baca Quran dan doa pada Allah dulu ?  Ataupun bubuh buah-buahan depan rumah kemudian letak colok lalu doa pada Allah dan baca Quran agar Allah bagi tok nenek yang dah mati kenyang ?  

Semua tu kan ikhtiar untuk perkara yang ghaib, so kalau ikhtiar apa saja di bolehkan janji baca Quran dan doa pada Allah maka kenapa depa tak buat macam cara ikhtiar agama-agama dari seluruh dunia tu semua ?

Barulah Islam jadi cacamarba, agama rojak, bukan kah itu yang mereka sukakan ? Melihat Islam jadi agama ciplak yang umatnya menciplak semua kaedah agama lain lalu masukkan dalam ajaran Islam ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 08:46 AM | Show all posts
Ahli sihir dan Bomoh mereka bertawakkal kepada Jin, Ustaz Harun Din bertawakkal kepada Allah, ada sama ke tu?
zamkumis Post at 23-9-2010 08:37


Kalau seseorang tu letak colok dan buah-buahan depan rumah kemudian tawakal kepada Allah agar Allah selamat kan seluruh isi rumah , boleh ka guna cara ni ? Ikhtiar la tu . Boleh ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:52 AM | Show all posts
Mereka tak dak had dalam berikhtiar nampaknya , semua cara jalan janji baca ayat Quran dan doa p ...
blastoff Post at 23-9-2010 08:42


Kavadi tu upacara keagaman hindu(haram menirunya), sedang garam pula dari segi saitifik ia boleh menyerap oin positif(Harus dan saitifik). Bahkan garam juga banyak kegunaannya, salah satu penyedap makanan. Kau nak cuba samakan yang harus dan yang haram mana boleh. Sama seperti kau samakan khasiat madu dan racun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:55 AM | Show all posts
Kalau seseorang tu letak colok dan buah-buahan depan rumah kemudian tawakal kepada Allah agar Al ...
blastoff Post at 23-9-2010 08:46


Meletak colok dan buah2 tu amalan agama budha, sebarang upacara keagamaan tidak boleh kita menirunya. Nak bertawakkal kepad Allah swt perlu dengan kaedah yang betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 09:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 23-9-2010 09:09

Ok, apa lagi agama yang sealiran dengan amalan dan fahaman harun din dalam mempercayai garam berperanan menghalau evil spirits ?  

Agama shinto , yakni agama orang jepun !

_____________________

http://www.saltlamps.pl/history.htm

Shinto religion in Japan, also uses salt to purify an area. Sumo wrestlers entering the ring for a match throw a handful of salt into the center to drive off evil spirits.


_____________________



Nampak gayanya amalan khurafat agama shinto telah di jadikan amalan Islam pulak dah oleh harun din ! Ish, ish kuat sungguh daya ciplak nya ye !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 09:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 23-9-2010 09:13
Meletak colok dan buah2 tu amalan agama budha, sebarang upacara keagamaan tidak boleh kita menir ...
zamkumis Post at 23-9-2010 08:55



    tu agama shinto menggunakan garam untuk halau hantu syaitan ..... tu upacara keagamaan depa la tu untuk lempar garam kat tempat yang depa rasa ada hantu syaitan ! Harun din suruh lempar garam keliling bangunan untuk halau hantu sama la tu !

Kalau guna colok dan buah kau kata tak boleh kerana kaedah agama buddha maka lempar garam untuk halau hantu adalah kaedah agama shinto ... kenapa boleh pulak ? Apa beza agama shinto dan agama buddha ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 09:15 AM | Show all posts
ciplak kaedah agama lain bulat-bulat gitu adalah perbuatan memalukan lah !Kaedah agama penyembah berhala pulak tu diciplaknya !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 09:17 AM | Show all posts
Kpd TT... tokwan syorkan TT bersemukalah dgn Ust. Haron Din... kalau TT yakin bhw TT berada di landasan yg lurus... sekarang ni sgt mudah utk bersemuka... tak semesti bertemu muka... boleh saja TT emel/facebook Ust. Haron Din/darul syifa... beritahu Ust. Haron Din/darul syifa... kaedah yg tuan gunakan ini tidak betul... berunsur khurafat... dan berhujahlah mengapa demikian...

Saya setuju, betul salahnya seseorg dlm bab agama ini bukan bergantung kpd title dan jubah serbannya, tapi pada pengamalan yg dilakukannya... biarpun dia guru kita, mak bapak kita... kalau pengamalannya bertentangan dgn syarak... kita kena bagi tahu, yg salah tetap salah tak ada kekecualian... biarpun pedasnya lebih pedas dpd mengunyah segenggam lada padi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:23 AM | Show all posts
Kena buat live kat tv mcm rancangan debat. Panggil 2 2 pihak. Pihak yg didakwa dan pihak yg mendakwa. Bleh jemput panel pakar dr cari n Dr Asri sekali.
Rakyat malaysia melayu khususnya kena tahu perkara yg sebenar. Takut jatuh dlm kelompok isle nenek moyang!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:29 AM | Show all posts
Kavadi tu upacara keagaman hindu(haram menirunya), sedang garam pula dari segi saitifik ia boleh ...
zamkumis Post at 23-9-2010 08:52



       hehehehe.... celaru sungguh.. apa yg susah sgt. "Islam mu yu'la, wala yu'la a'laih". benda senang rungkai di belit2kan.
aku yg ilmu cit tet pon leh bezakan.

Kavadi tuh apa? ikhtiar dia nak hajat kat tuhan dia ka? aku tak penah baca kitab hindu, tapi tuh la cara agama diorang. kita yg Islam nak pi ikut wat hapa. dah sah2 tak betul. Sama la ngan bomoh guna jin.  - "aku guna jin pon sbb nak tolong org... Allah yg izin kan aku cuma berikhtiar"... ayat mcm alim benor.. yg takde ilmu terus la kesyirikan. padahal Allah dah jelas jgn sesekali mintak bantuan puak2 diorang. sbb tu kene ngaji.... jgn main hentam kavadi pon boleh.

Mandi kat ganges? tak pasal nak pi terjun sana wat hapa. kalau nak pi mandi gak pi la mandi. tak salah pon. kalau pircaya mandi situ Allah ampun sama dosa satu badan juga dah salah la. nak mandi pi mandi dlm umah sundirik pon dh dpt pahala sunat... niat mandi sunat dah boleh pahala.
Letak buah? untuk apa? colok untuk apa? sama la letak nasik kuning ayam golek kat kubur2 mintak nombor lagik
leh gak kaya... pastu angkat tangan doa kat Allah mintak dpt le nombor ekor.... itu baru celaru. mcm minum arak baca bismilah le...

Yg jadi persoalan garam tuh... sbb kristian gune? kita amik kat kristian? kristian amik dari kite?. soalnya Allah larang ke guna garam belacan budu halau Jin. soalnya kamu pircaya itu garam boleh halau Jin or Allah yg Maha Perkasa?.

Kes realiti. ade orng kene santau, ade ayat ruqyah untuk buang sihir jin bagai. dok la baca satu quran tak gak ilang2. nak kata quran tak betul? luruh la iman mu... pesakit dah tenat. jumpak bomoh siam terus baik...situ la bermula permainan syaithon and the gang. Mu baca Quran tak hilang tgk tok cha gak terrer. abih iman kite...

Nak pircaya, pircaya la kat Allah, semua ilmu milik-Nya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:42 AM | Show all posts
Reply 136# blastoff


    cakap pandai la pakcik

pak cik pegi lah Darussyifa kat BANGI ni berbincang dengan Ustaz Harun Din. Tunjukkan kat mana salah Tuan Guru. Ape ke hampehnya perangai pak cik ni. sembang tak nak kalah. tapi x penah jumpa Tuan Guru pun.


dengan kitorang kat sini boleh lah pak cik lipat2 kitorg, sebab kitorg kat sini bukan expert bab rawatan Islam ni.

pak cik pegi bersemuka dengan Tuan Guru Harun Din, bawak semua paperwork pak cik. Tegakkan kebenaran, tolong selamatkan rakan-rakan Muslim yang berguru dengan beliau..Berani atau tidak?  


aku memang keje kat Bandar Baru Bangi, Darussyifa tu cukup dekat sangat dengan tempat keje aku. Aku boleh tolong pak cik bawak pegi Darussyifa. Aku pun ade join kelas agama kat sana.

Nak tak?


kalau nak, PM aku. kalu setakat nak gebang2 kat sini, nak tunjuk terer kat sini, lebih baik pak cik senyap je la. untuk pengetahuan pak cik, kes ni dah banyak kali diulas oleh Tuan Guru. aku pun dah naik boring melayan orang yang pertikaikan benda jadah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.935173 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list