CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: zamkumis

Adakah 100 tahun lagi non muslim pupus?

[Copy link]
Post time 5-8-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekuatan spritual umat Islam dalam melaksanakan ibadat berpuasa dapat dilihat di dalam sejarah peperangan umat Islam yang mampu mengalahkan musuh-musuh mereka walaupun sedang berpuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 09:33 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 01:26 PM
Sistem falak dalam Islam tidak berdasarkan kepada sistem 24 jam sepertimana yang diikuti oleh bara ...

dry fasting telah dibuktikan membahayakan kesihatan..... bahkan tiada org yg mati krn  makan babi  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah-Kau-Mulhid replied at 5-8-2017 09:33 PM
dry fasting telah dibuktikan membahayakan kesihatan..... bahkan tiada org yg mati krn  makan babi  ...

Umat Islam bersahur dahulu sebelum berpuasa.itu yang membezakan puasa umat Islam dengan golongan ahli kitab dan orang-orang musyrik.

Islam mengharamkan memakan babi kerana babi it najis dan kotor serta menyebarkan penyakit seperti mana wabak JE yang berpunca dari babi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 09:51 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 01:50 PM
Umat Islam bersahur dahulu sebelum berpuasa.itu yang membezakan puasa umat Islam dengan golongan a ...

virus nipah tu asal dari kelawar..... apasal tohan kau tak haramkan ayam & lembu?  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah-Kau-Mulhid replied at 5-8-2017 09:51 PM
virus nipah tu asal dari kelawar..... apasal tohan kau tak haramkan ayam & lembu?

Sebab ayam dan lembu tak najis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah-Kau-Mulhid replied at 5-8-2017 09:51 PM
virus nipah tu asal dari kelawar..... apasal tohan kau tak haramkan ayam & lembu?


ARKIB : 17/01/1999
Kesihatan -- Japanese Encephalitis - Punca penyakit
JAPANESE Encephalitis merupakan jangkitan virus yang ditularkan oleh nyamuk. Bagi kebanyakan individu yang mendapat jangkitan ini, ia tidak menunjukkan sebarang tanda jelas.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang dijangkiti virus ini, akan mengalami Encephalitis atau jangkitan pada otak yang berkemungkinan membawa maut.

Ketua Unit Kultural Sel Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Datin Dr. Ilina Isahak memberitahu JE ditularkan melalui gigitan nyamuk yang mendapat jangkitan tersebut.

Nyamuk culex tritaeniorhynchus merupakan vektor yang terpenting dalam menyebarkan virus ini.

Bagaimanapun, katanya khinzir memainkan peranan terpenting dalam menggandakan lagi bilangan virus ini kerana virus tersebut banyak didapati dalam darah mereka.

Pada masa yang sama, suhu badan khinzir yang tinggi dan permukaan tubuhnya yang tidak berambut menjadi tarikan beribu-ribu nyamuk pada setiap malam,'' ujarnya.

Menurut beliau, nyamuk culex ini biasanya keluar pada waktu senja dan lebih gemar menggigit haiwan berbanding manusia.

Sehubungan itu, jangkitan ini tidak akan berlaku dari manusia kepada manusia.

Nyamuk culex ini merupakan vektor terpenting di Asia di mana mereka menggunakan takungan air di tanah seperti sawah padi untuk larvanya.

Di sesetengah negara lain, nyamuk aedes turut dikaitkan dengan penularan virus JE ini,'' ujarnya.

Dr. Ilina menjelaskan, di kebanyakan negara Asia, risiko penularan JE banyak bergantung kepada pendedahan faktor persekitaran.

Ini termasuklah kawasan luar bandar, sawah padi yang berair, ternakan khinzir dan hujan lebat.

Keadaan ini, katanya amat sesuai untuk virus JE, kerana selain tempat pembiakan vektor yang luas, perumah pengganda (khinzir) juga agak tinggi.

Di kebanyakan kawasan luar bandar di negara-negara Asia, khinzir sering diternak di belakang rumah bersama ayam, itik dan berhampiran sawah padi.

Keadaan ini secara tidak langsung, mendedahkan manusia kepada JE daripada khinzir melalui gigitan nyamuk,'' ujarnya.

Bagaimanapun, di negara maju seperti Jepun, ternakan khinzir ditempatkan jauh dari kawasan perumahan.

Malah, penggunaan kaedah pertanian moden seperti racun serangga dapat membantu mengurangkan penularan virus JE.

Mengimbas sejarah JE, ia merupakan penyakit dan agen penyebab yang pertamanya ditemui di Jepun pada 1935.

Di Malaysia, wabak Japanese Encephalitis yang pertama dilaporkan berlaku di kalangan askar tahanan British pada 1951.

Hampir setiap tahun, wabak ini dilaporkan berlaku dengan anggaran antara 37 hingga 92 kes, di mana sembilan hingga 35 kes dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Secara umumnya, hampir 50,000 kes JE berlaku di Asia di mana 10,000 daripada akan mengakibatkan kematian.

Data yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan pada 1993 hingga 1997 mendapati, jumlah mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun sebanyak 19.2 peratus.

Manakala kanak-kanak yang berumur lima hingga 14 tahun sebanyak 58.9 peratus.

Sementara itu, bagi kes-kes JE yang membabitkan jantina pada tahun yang sama, 66.4 peratus terdiri daripada lelaki, manakala 33.6 peratus adalah wanita.

Dr. Ilina memberitahu, kajian jangkitan JE pada darah haiwan ternakan dari sembilan buah negeri di Malaysia pada 1993 mendapati, kebanyakan haiwan yang dijangkiti terdiri daripada khinzir dari Pulau Pinang.

Sebahagian kecilnya terdiri daripada lembu dan kerbau di Perak dan Johor mencatatkan tahap antibodi yang tinggi.

Menurut beliau, kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati, jangkitan JE sebenarnya ditemui hampir pada kebanyakan spesies haiwan.

Bagaimanapun, antibodi positif yang tertinggi hanya didapati pada khinzir.

Keadaan ini meletakkan khinzir sebagai perumah pengganda bagi virus JE di Malaysia dan beberapa negara lain di Asia berbanding haiwan ternakan lain.

Menurut Dr. Ilina, khinzir merupakan perumah pengganda virus JE kerana kadar jangkitannya tinggi, populasi luas dan kadar pertukaran yang tinggi juga.

Pada masa yang sama, ia merupakan perumah pilihan bagi nyamuk terutama nyamuk jenis ini.

Tambahnya, satu kajian lain di Malaysia mendapati virus JE ditemui pada nyamuk dan haiwan ternakan sepanjang tahun di seluruh negara.

Namun, keadaan cuaca di negara ini dengan suhu dan hujan lebat amat sesuai untuk pembiakan nyamuk sekali gus penularan virus JE.

TANDA-TANDA KLINIKAL
Hanya satu dalam 500 (1:500) kes jangkitan akan menyebabkan seseorang menghidap penyakit JE.

Antara tanda-tanda awal seseorang yang mendapat jangkitan JE ialah :
* Demam
* Sakit kepala
* Letih
* Loya
* Muntah yang berlaku berhari-hari

Walaupun terdapat segelintir lain mendapat jangkitan JE ini, mereka tidak menunjukkan tanda-tanda (asimtomatik).

Manakala tanda-tanda jangkitan saraf dapat dikenal pasti dengan:
* Rasa mengantuk
* Kegelisahan
* Keadaan hampir pengsan
* Meracau

Sesetengah kanak-kanak yang mendapat jangkitan ini, menunjukkan pertuturan yang tidak jelas atau bisu.

Sementara itu 60 peratus mereka yang mendapat jangkitan ini mengalami sawan di mana tempoh penyembuhannya adalah lambat.

Bagaimanapun, JE boleh membawa maut dalam 10 hingga 35 kes yang biasanya berlaku pada minggu pertama jangkitan.

RAWATAN
Sehingga kini, belum ada rawatan antivirus yang khusus dalam pasaran. Namun, pesakit JE biasanya akan diberi rawatan rapi di hospital.

KOMPLIKASI
a. Kanak-kanak yang berumur kurang 10 tahun lebih rentan untuk mendapat komplikasi saraf yang serius seperti:
* Lumpuh
* Kebutaan
* Sawan

Satu pertiga atau setengah pesakit yang hidup selepas mendapat jangkitan akut akan mendapat komplikasi setahun kemudian.

b. Wanita hamil

Pada wanita hamil, mereka yang dijangkiti JE semasa awal kehamilan boleh menyebabkan kematian janin atau keguguran.

Sebaliknya, jangkitan JE pada peringkat akhir kehamilan tidak menyebabkan apa-apa kesan pada bayi di mana bayi yang dilahirkan adalah normal.

PENCEGAHAN
* Mengasingkan kawasan ternakan khinzir jauh dari kawasan perumahan.
* Proses memvaksinasi semua khinzir yang berumur enam bulan ke atas dengan vaksin JE.
* Semburan racun serangga di kawasan ternakan khinzir dan sawah padi.
* Penggunaan pencegah serangga
* Menyembur racun serangga di tempat tidur
* Memakai baju berlengan panjang, seluar atau kain panjang.
* Tinggal dalam rumah selepas senja kerana vektor aktif selepas senja
* Menimbus lopak-lopak air
* Menjaga kebersihan persekitaran ladang

KAWALAN JE
Berdasarkan kitaran penularan virus JE, terdapat tiga strategi untuk mengawal JE:
* Kawalan vektor semburan serangga.
* Imunisasi khinzir dengan vaksin JE hidup
* Imunisasi manusia dengan vaksin JE yang dimatikan.
* Kawalan vektor amat sukar dilakukan kerana tempat pembiakan nyamuk di sawah padi agak luas. Bagaimanapun, di Jepun densiti vektor dapat dikurangkan dengan semburan racun serangga yang dijalankan oleh petani untuk melindungi hasil pertanian mereka.
* Imunisasi khinzir tidak terkecuali dilakukan di Jepun.

Namun, bilangan khinzir yang banyak, kadar pertukaran yang tinggi dan kehadiran antibodi maternal (ibu) menghalang keberkesanan vaksin JE hidup.

Keberkesanan vaksin JE yang hidup bertambah sukar sekiranya vaksin tersebut diberi enam bulan selepas kelahiran.

* Imunisasi manusia terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi merupakan langkah yang efisien, praktik dan terbaik.

Vaksin JE yang mengandungi virus yang dimatikan mampu memberi perlindungan yang sepenuhnya dengan tiga kali dos suntikan.

Suntikan kedua diberikan tujuh hari selepas dos pertama, manakala suntikan ketiga diberi pada hari ke-30.

Selepas vaksinasi, antibodi akan terbina pada hari ke-14 hinggalah setahun meskipun, jangka perlindungannya tidak diketahui. Satu dos booster boleh diberikan selepas dua tahun.

Penerima vaksin harus dimantau dalam tempoh 30 minit dan dinasihatkan mendapat rawatan jika perlu dalam tempoh 10 hari selepas suntikan.

Bagaimanapun, vaksin JE tidak diberikan kepada mereka yang mengalami alahan atau terlalu sensitif terhadap kandungan vaksin dan juga wanita hamil.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0117&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm#ixzz4otBo1qgv
Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2017 10:15 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 01:59 PM
ARKIB : 17/01/1999
Kesihatan -- Japanese Encephalitis - Punca penyakit
JAPANESE Encephalitis m ...

wow.... dah ada vaksin.... ini bukti babi selamat utk dimakan  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah-Kau-Mulhid replied at 5-8-2017 10:15 PM
wow.... dah ada vaksin.... ini bukti babi selamat utk dimakan

Selamat di makan?setiap tahun diseluruh dunia berlaku 50,000 kes jangkitan JE dengan 10,000 kematian.

Satu fakta yang cuba disembunyikan oleh si pemakan babi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 10:58 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 02:46 PM
Selamat di makan?setiap tahun diseluruh dunia berlaku 50,000 kes jangkitan JE dengan 10,000 kemati ...

statistik dari sumber mana? atau sekadar kononnya jiran ko nampak bulan terbelah jadik dua  
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Abah-Kau-Mulhid replied at 5-8-2017 10:58 PM
statistik dari sumber mana? atau sekadar kononnya jiran ko nampak bulan terbelah jadik dua  :laugh ...

Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit Japanese Encephalitis (JE) telah berlaku di kebanyakan negara-negara Asia seperti Kemboja, China, Indonesia, India, Jepun, Nepal, Sri Lanka, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Korea, Thailand, Vietnam, India serta kawasan di Selatan-Timur Persekutuan Rusia.

Kira-kira 3 bilion daripada penduduk dunia tinggal di kawasan-kawasan endemik dan hampir 50,000 kes JE dengan 10,000 kematian dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia.

Di Malaysia, kes JE dilaporkan secara sporadik (kes-kes terpencil) dan kes pertama telah dicatatkan oleh Cruikshank pada tahun 1951 di mana berlaku kejadian wabak di kalangan banduan British semasa Perang Dunia Kedua.

Agen penyebab: Virus Japanese Encephalitis daripada genus Flavivirus di dalam keluarga Flaviviridae.

Cara jangkitan: Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culicine iaitu Culex tritaeniorhynchus, Culex vishnui, Culex gelidus dan Culex fuscocephala  yang dijangkiti virus JE.  Khinzir dan pelbagai burung liar akan dijangkiti penyakit JE terlebih dahulu sebelum virus JE menjangkiti  manusia melalui gigitan nyamuk. Manusia tidak dianggap sebagai perumah untuk penyebaran virus dan jangkitan daripada manusia ke manusia tidak pernah didokumenkan.

Tempoh pengeraman: 5 hingga 15 hari.

Tanda dan gejala

Kebanyakan jangkitan JE tidak menunjukkan tanda dan gejala (asimtomatik).

Anggaran 1 pesakit dalam 250 yang dijangkiti menunjukkan gejala penyakit. Gejala yang biasa adalah demam, sakit kepala, loya dan muntah.

Perubahan keadaan mental, simptom neurologi, lemah dan gangguan pada pergerakan muncul selepas beberapa hari. Sawan berlaku dalam 66% kes dan paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Komplikasi

Kesan daripada gejala penyakit ini boleh menjadi serius termasuklah kecacatan otak dan kematian. Kadar kematian adalah sehingga 60% untuk pesakit yang menunjukkan gejala manakala lebih kurang 30% pesakit akan mengalami kerosakan pada sistem saraf pusat.

Rawatan

Tiada rawatan spesifik untuk pesakit JE. Walau bagaimanapun rawatan di hospital adalah penting untuk perawatan sokongan dan pengawasan rapi. Pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi, meminum air yang banyak dan mengambil ubat berdasarkan kepada nasihat doktor untuk melegakan gejala penyakit.

Pencegahan

Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan lakukan pemeriksaan 10 minit seminggu untuk memastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk.


Kurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit JE.


Gunakan ubat penjauh serangga (‘insect repellant’) pada kulit yang terdedah berdasarkan panduan yang diberikan oleh syarikat pengeluar untuk aktiviti luar terutama di waktu senja hingga subuh.


Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Cuba elakkan memakai pakaian berwarna gelap (kerana warna gelap akan menarik perhatian nyamuk).


Tutup tingkap atau bidai apabila berada dalam bangunan. Gunakan semburan racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk.


Suntikan vaksin JE akan hanya diberikan kepada penduduk berisiko tinggi di lokaliti berlakunya wabak dan untuk negeri Sarawak di mana program vaksinasi JE diberikan kepada semua bayi yang baru lahir yang berumur 9 bulan dan ke atas mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

http://www.myhealth.gov.my/japanese-encephalitis-je/
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumber

World Health Organization. International Travel & Health. 2006

Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition. David L. Heymann, MD, Editor, 2004.

Centers for Disease Prevention & Control, Atlanta. 2012. Available at URL:  http://www.cdc.gov/japaneseencephalitis/vaccine/index.html

Semakan Akhir        :        19 Jun 2013
Penulis        :        Dr. Norhayati Rusli
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 01:48 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 04:55 PM
Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit Japanese Encephalitis (JE) telah berlaku di kebanyakan  ...

10 ribu yg mati dari 3 billion tu sikit saja   
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 06:05 AM | Show all posts
tu kurang daripada 0.01%   
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul puak2 babi ni,haha
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.120647 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list