CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 10

Blogger ‘Jerawat’ Kecewa Ditolak Oleh L’Oreal

[Copy link]
Post time 5-3-2018 06:31 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG blogger kecantikan yang mempunyai muka berjerawat mendakwa telah dimalukan oleh syarikat kosmetik L’Oreal selepas namanya digugurkan daripada kerjasama yang dirancang dengan syarikat itu disebabkan masalah kulit.
Kadeeja Khan, 21, yang mempunyai 124,000 pengikut dalam laman Instagram emeraldxbeauty, merupakan seorang blogger yang terkenal kerana menayangkan gambar-gambar wajahnya tanpa ubahsuai.

Menurut Kadeeja, ketika itu dia sudah hampir bersetuju untuk mengambil bahagian dalam lawatan ke Paris bagi pelancaran rangkaian pewarna rambut vegan yang baru, apabila tiba-tiba mendapat emel dari pekerja L’Oreal.



Dia terkejut apabila dimaklumkan: “L’Oreal tidak boleh terlibat dengan mereka yang mempunyai isu kulit (persoalan peraturan) dan itu sebabnya mereka memutuskan untuk menukarnya projek itu pada saat akhir.’’

Keadaan itu, katanya adalah sesuatu yang memalukan.

“Saya sukakan L’Oreal dan produknya. Saya sangat teruja apabila mereka mahu bekerjasama dengan saya.

“Namun selepas saya menaruh harapan, ia punah sama sekali dan saya dimalukan dengan alasan kenapa mereka tidak mahu bekerja dengan saya.
“Ia menunjukkan L’Oreal hanya mahu bekerjasama dengan mereka yang mempunyai kulit yang sempurna. Mereka mempromosikan imej kecantikan yang tidak nyata,’’ kata Kadeeja.


Menurut Kadeeja, pihak berkenaan sepatutnya sudah tahu mengenai gambar-gambarnya yang tidak diubahsuai dalam media sosial sebelum menghubunginya.
Susulan itu Kadeeja mahu memberikan kesedaran mengenai penolakan yang kejam ini lalu dia memilih untuk berkongsi dengan pengikutnya. – MYNEWSHUB.CC




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 06:34 PM | Show all posts
alaa sikit jah follower hajjah neelozouk 5.4million
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee.. gelilah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 07:55 PM | Show all posts
muka cmni kalau nak repair kena exercise dan cuci hati. lama2 akan terpancar sinar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapok ke apa ni
Dah jd instafemes tu byk duit gi la jumpa dr. Ko ke suntik vitamin c ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Blogger mana ni? Instafamous.bersepah yg lawa.x kan loreal pilih yg ini.iols suke sgt tgk ank rockybru.hot sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak rockybru. Nama x ingat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:38 PM | Show all posts
baru je nampak video dia dekat explore instagram...aku pi stalk ig dia  memang teruk masalah muka tapi dia confident je tunjuk tutorial makeup semua...ruangan komen ramai gak yang mengutuk mengecam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 11:10 AM | Show all posts
Bila terlebih perasan cam ni ler jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 11:14 AM | Show all posts
eeee.....mcm geli la pulak...nk jadi famous pun agak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 12:46 PM | Show all posts
tahap konfiden tinggi betul pompuan ni. kot ye pun ko byk follower.
ntah ya ntah tidak manusia , ntah2 follower hantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.209414 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list