CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 2

“KALAU TUTUP AURAT PUN, BELUM TENTU PRAMUGARI MAMPU SELAMATKAN PESAWAT” Ini Kome

[Copy link]
Post time 7-3-2018 04:13 PM | Show all posts |Read mode




Walaupun menutup aurat likup, namun seseorang pramugari itu belum tentu lagi mampu selamatkan kapal terbang dari terhempas.

Pandangan ini disuarakan oleh seorang kolumnis The Malay Mail Online, Erna Mahyuni.

Menurut beliau dalam tulisannya yang bertajuk ‘Covering up stewardesses won’t stop plane crashes’, ‘patuh syariah’ adalah istilah tidak masuk akal yang direka dan bermasalah dari aspek teologi.

“Andaian yang tidak masuk akal seperti Tuhan menghukum penerbangan yang tidak mengikut syariat adalah merepek. Sekali lagi, ia adalah teologi yang bermasalah dan tidak kukuh. Ramai wanita yang berpakaian sopan dirogol seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang cacat fizikal dan mental,” dakwanya lagi.


JENAYAH ROGOL?


Katanya lagi, jenayah rogol adalah bukti bahawa pakaian sopan tidak mencegah atau menghalang mangsa dari dirogol sambil merujuk kepada negara Saudi yang kerap berlaku jenayah rogol walaupun wanita tidak dibenarkan keluar tanpa menutup aurat.

“Ahli politik seharusnya menumpukan perhatian terhadap perkara lain dan bukannya pakaian seragam pramugari. Sekiranya mata mereka berkeliaran ke lokasi yang tidak betul, bukan pramugari yang sepatutnya dikecam,” ujar beliau sekaligus menyelar cadangan pemakaian patuh syariah untuk pramugari yang diusulkan oleh Senator Datuk Hanafi Mamat.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada abad ke-21 ini supaya mendidik kaum lelaki dengan betul tentang keperluan menjaga pandangan dan tangan mereka supaya diletekkan di tempat yang sepatutnya. Jangan sentuh, jangan pandang jangan bagi cadangan yang tidak diminta berkenaan pemakaian.

“Saya fikir kita perlu membuat ujian hamsap kepada semua wakil rakyat yang dipilih. Sesiapa yang gagal tidak dibenarkan untuk berkhidmat. Selepas itu, mungkin kita akan ada ahli Parlimen yang hanya bercakap tentang tanggungjawab mereka dan bukannya isu badan pramugari,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian hamsap! Mmg dia kata ke ditanbah oleh org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 05:14 PM | Show all posts
buat apa nak tutup-tutup..
orang laki la yang patut tutup mata tundukkan kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.148620 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list