Baru-baru ini satu video yang merakamkan seorang wanita yang menampar dan menggari dua lelaki dipercayai warga India tular di Facebook adalah anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR). Siasatan terhadap video yang disebarkan di laman sosial itu mendapati wanita berkenaan adalah anggota PVR daerah Seremban.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan berlaku di sebuah restoran di Mantin, Nilai. Kes berkenaan dirujuk dan disiasat oleh polis daerah Nilai. Video berdurasi 1 minit 37 saat itu memaparkan anggota wanita terbabit menampar dan menggari lelaki dipercayai warga India sambil disaksikan oleh beberapa lelaki lain.
Wanita itu dikatakan menyalahguna kuasa sebagai anggota sukarelawan polis untuk memeras ugut lelaki warga asing terbabit dan perbuatannya dirakam oleh rakan mangsa sebelum tular serta dikongsi lebih 8,000 kali di laman Facebook.
|