Gerakan tolak Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan penjelasan ke seluruh negara supaya rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa dalang menyebabkan kucar-kacir dalam politik negara.
Siri jelajah diberi nama 'Gerakan Tolak Dr Mahathir' yang akan mengumpulkan lebih 1,000 bekas pemimpin dan ahli PPBM, akan bermula minggu depan.
Bekas pengasas PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman, yang mengetuai gerakan itu, berkata pihaknya akan berkempen dan memberi penerangan kepada rakyat jelata sepanjang bulan ini.
"Matlamat jelajah adalah satu iaitu mahu menolak insan bernama Dr Mahathir kerana bekas perdana menteri itu menjadi dalang yang menyebabkan kucar-kacir dalam kancah politik negara.
"Kami bimbang bahaya Dr Mahathir kerana sudah beberapa kali membuat pusingan U, antaranya isu dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Rakyat kena faham, kita sebenarnya kini berada di ambang kemusnahan jika masih simpati kepada dia (Dr Mahathir) yang sudah memimpin negara ini selama 22 tahun.
|