CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8029|Reply: 50

Straw Diharamkan, Nak Minum Air Macam Mana? Nah, Banyak Lagi Alternatif Rupanya

  [Copy link]
Post time 1-11-2018 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Anda tahu tak mulai bulan Januari 2019, kerajaan akan mengharamkan penggunaan straw plastik dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2020. Kenapa perkara ini terjadi? Tujuan perkara ini dibuat adalah untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.



Foto: Morning Advertiser


Kenapa sampai nak haramkan straw plastik? Anda tahu tak 80% dari barang yang dibuang oleh manusia adalah plastik. Ini adalah fakta yang dikeluarkan oleh pihak PBB yang menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke laut setiap tahun. 2000 tan dari jumlah tu adalah straw plastik!



Dah Tu Nak Minum Air Macam Mana?


Selain menggunakan straw plastik, ada lagi beberapa lagi cara yang lebih selamat digunakan dan bersifat biodegradable iaitu bahan mudah lerai. Di bawah ni kami senaraikan 7 alternatif lain untuk anda gunakan nanti.


1. Straw Buluh

Foto: buluhlove.com



Macam yang anda tahu, buluh ni banyak kegunaannya. Selalu anda nampak buluh digunakan untuk buat lemang dan sebagainya. Dan sekarang ni, buluh juga digunakan sebagai straw. Anda mesti tak tahu yang straw yang diperbuat dari buluh mempunyai kekuatan lebih kukuh berbanding straw biasa. Boleh digunakan untuk minuman sejuk dan panas.


2. Straw Kertas

Foto: Bukalapak



Straw kertas boleh digunakan sekali sekala kerana bersifat mudah terlerai dan mudah menjadi lembik apabila dicelup dalam air. Anda boleh dapatkan straw kertas ni dalam pelbagai warna ikut citarasa anda.


3. Straw Besi Tahan Karat

Foto: Hapa - Shopify



Mesti anda rasa takut nak gunaka straw jenis besi ni kan? Jangan risau. Straw jenis ini amat selamat digunakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Hujung straw tu dah pun dibulatkan dengan perfect dan tak tajam. Mudah dibasuh dan dibawa ke mana sahaja.  


4. Straw Silicon

Foto: Iconiq Bottles



Anda yang mempunyai anak yang suka mengigit straw harus cuba straw jenis ini. Selain mudah dibasuh, straw jenis ini mempunyai bahan silikon yang yang lembut. Sesuai untuk gigi. Mudah dibersihkan dan boleh direndam dalam air panas untuk menjaga kebersihannya.


5. Straw Kaca

Foto: ebay.de



Pada anda yang minat dengan straw yang boleh diguna semula dan boleh see through, ini adalah bersesuaian dengan anda. Produk ini dikeluarkan oleh Simply Straws.


6. Bekas Minuman Tanpa Straw

Foto: newsbay.com.ng



Pada anda yang peminat tegar minuman di Starbuck, Starbuck antara yang terawal memperkenalkan bekas minuma tanpa straw yang menyokong memelihara alam sekitar dengan harapan dunia akan bebas dari plastik menjelang tahun 2020. Namun, perubahan drastik ni dijalankan secara berperingkat diseluruh bermula di Eropah.


7. Straw Biskut/Funstix

Foto: Twitter



Ini adalah cara lebih mudah dan sedap. Anda bukan saja boleh minum air malah boleh makan biskut ni. Cuba anda bayangkan, anda menghirup secawan kopi yang panas bersama biskut ni. Padu weh.



Selamat mencuba! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 11:38 AM | Show all posts
Staw kertas tu comel je dah banyak negara lain dah menggunakannya.  Ni kira nasib baik sebab hanya staw diharamkan.  Sesetengah negara lain kalau nak beli minuman untuk dibawa pulang kenalah bawak bekas minuman sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 11:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:10 PM | Show all posts
Aku dah standby straw Besi dan silikon... cumanya aku tunggu inovasi straw yang boleh di lipat dan dijadikan key chain untuk kemudahan bila pegi mana2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:33 PM | Show all posts
rasanya peniaga patut sediakan
straw2 biodegradable ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 12:34 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 1-11-2018 12:33 PM
rasanya peniaga patut sediakan
straw2 biodegradable ni..

Kan? memudahkan customer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2018 12:35 PM | Show all posts
buragazz replied at 1-11-2018 12:10 PM
Aku dah standby straw Besi dan silikon... cumanya aku tunggu inovasi straw yang boleh di lipat dan d ...

Terbaik. Memang style la kalau ada jenis lipat tu nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 12:37 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 1-11-2018 11:38 AM
Staw kertas tu comel je dah banyak negara lain dah menggunakannya.  Ni kira nasib baik sebab hanya s ...

Setuju. Memang comel straw kertas tu dengan kaler2 nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg silikon tu best.ai suke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 12:43 PM | Show all posts
hasniey replied at 1-11-2018 12:37 PM
Yg silikon tu best.ai suke

Kan, menarik dengan banyak kaler.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:05 PM | Show all posts
straw mana yg paling murah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 01:08 PM | Show all posts
manjalara_01 replied at 1-11-2018 01:05 PM
straw mana yg paling murah?

Straw yang free paling murah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:18 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 1-11-2018 12:33 PM
rasanya peniaga patut sediakan
straw2 biodegradable ni..

ye, btl. I pun sgt setuju peniaga yg kena sediakan. maksudnya, straw kertas tu. kalau straw besi/buluh/silikon, mcm geli pulak. takut berkeladak dlm straw tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukanya all the ideas
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:32 PM | Show all posts
MN_jarilaju replied at 1-11-2018 12:35 PM
Terbaik. Memang style la kalau ada jenis lipat tu nanti.

Kann.. mudah untuk dibawa kemana saja...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:21 PM | Show all posts
buragazz replied at 1-11-2018 04:10 AM
Aku dah standby straw Besi dan silikon... cumanya aku tunggu inovasi straw yang boleh di lipat dan d ...

dah ada sis, kat lazada

https://www.lazada.com.my/produc ... Am3SIy&search=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 02:44 PM | Show all posts
botol_tritan replied at 1-11-2018 01:18 PM
ye, btl. I pun sgt setuju peniaga yg kena sediakan. maksudnya, straw kertas tu. kalau straw besi/b ...

i pun stuju..straw pakai buang...je senang..

hari tu gi beli pasu..rupe2nye pasu biogdegradable ali baba..mati2 ingat plastik..

yes please peniaga sediakan..skrg dah senang..pembeli terpaksa kluar duit sndiri nak beli beg shopping..save environment bagai..
so at least sekadar straw tu harap bleh sponsor..

sj nk share..hari tu tgk documentari kat Taiwan, ade kilang kitar semula plastik..dijadikan polyester..
utk hasilkan produk2 baju & kasut sukan..

patut la kasut2 sports skrg..nampak delicate sgt mcm kain je... x mcm kasut jogging dulu..tahan lasak
now i know why...produk recycle rupenye...



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:45 PM | Show all posts
MN_jarilaju replied at 1-11-2018 01:08 PM
Straw yang free paling murah.

yea btul!..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:01 PM | Show all posts
botol_tritan replied at 1-11-2018 01:18 PM
ye, btl. I pun sgt setuju peniaga yg kena sediakan. maksudnya, straw kertas tu. kalau straw besi/b ...

Hahaha. Kena usahakan pengunaan straw kertas ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:02 PM | Show all posts

Sekadar pengkongsian bersama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073500 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list