CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5076|Reply: 20

Pengasas dedah Zumba tak boleh kuruskan badan, hanya keseronokan

[Copy link]
Post time 12-12-2018 12:27 PM | Show all posts |Read mode

SEBUT sahaja nak kurus, pastinya kawan-kawan ajak sertai aktiviti Zumba.
Malah, bagaikan sudah ada tanggapan dalam kalangan kita bahawa aktviti berzumba boleh menguruskan badan.
Namun, tahukah anda? Tujuan utama Zumba dicipta bukanlah untuk menguruskan badan.
Menurut Beto Perez, pengasas seni tarian itu, Zumba dicipta untuk mencari keseronokan sahaja.


Namun katanya, tidak dapat dinafikan bahawa peserta yang melibatkan diri dalam seni tari itu juga berupaya untuk menurunkan berat badan mereka.
Menurut Perez, aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira.


Kata Perez lagi, agak bosan kalau buat senaman biasa. Dengan Zumba, dapatlah kita semua melakukan aktiviti yang bukan sahaja sihat malah boleh memberikan kegembiraan.
Bagi yang tak tahu, ada empat teras utama dalam Zumba iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton.
Setiap teras ni pula ada 16 pergerakan dengan 25 variasi.
Dalam kesemua teknik pergerakan itu, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.



Beto Perez.

"Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan.
"Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh join," katanya.
Menurut Perez, selebriti seperti Shakira turut menyertai aktiviti Zumba sewaktu hamil.
Namun, dia menasihatkan wanita hamil agar tidak melakukan pergerakan berimpak tinggi, sebaliknya hanya memilih rentak tarian biasa sahaja demi menjaga kandungan.
Tapi sebenarnya, anda juga boleh berzumba dari rumah. Banyak CD tarian zumba dijual di kedai. Malah, anda juga boleh mengakses video tarian Zumba di Youtube.
Jadi, mitos yang mengatakan Zumba boleh menguruskan badan sebenarnya agak tidak tepat, namun jika dilakukan dengan berkala dan betul, tak mustahil anda boleh menguruskan badan dengan berzumba. -The Jakarta Post.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 12:30 PM | Show all posts
memang pun..

sekali je try zumba..
tak berpeluh langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:06 PM | Show all posts
meols pernah try sekali, masyaallah..penuh unsur erotik ja.. koaseer..

BTW, Zin yang paling seksi di mata meols, Izzad Zin tu dah tak mengajar zumba lagi. Jual essential iols jaaa.. kembali le jalan yang lurus kekdahnya,..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:23 PM | Show all posts
i suka je..tak turun berat pun ok,janji happy
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:03 AM | Show all posts
kakak suka zumba banding yoga...

zumba buat kita gembira, yoga buat kita bosan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 02:05 PM | Show all posts
Saya suka zumba..... memang enjoy

Kang sepanjang zumba kite akan senyum sebab zin kite senyum

Bile kita gumbira berat badan pun turun gak..... inch loss ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2018 10:23 AM | Show all posts
dah setahun berzumba...peluh mengalahkan joging. jangan pikir zumba nak kurus tapi pikir nak kurangkan stress
buat apa2x aktiviti utk kuruskan badan tapi tak kawal makan...tak kurus jugak


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 01:21 PM | Show all posts
kurang berat badan kalau zumba plus jaga makan ..
berpeluh2 kalau zin buat routine yg menyeksakan .. kalau setakat routine biasa2, berpeluh tapi tak berkesan sgt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 03:17 PM | Show all posts
I zumba bkn utk kurus pun, tapi utk tingkatkan stamina badan. Jalan lama x penat, panjat tangga x mengah. Best thing is it's how I release my stress, dpt zumba sejam pun dah happy n legakan stress otak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 05:45 PM | Show all posts
Betul tu sesuai untuk berseronok hilangkan tekanan je.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Weird. Sbb zumba la iols byk turun berat bdn. Tgk kat youtube The Fitness Marshall.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:55 PM | Show all posts
adawiyah_hakim replied at 13-12-2018 11:03 AM
kakak suka zumba banding yoga...

zumba buat kita gembira, yoga buat kita bosan hehe

terbalik pulak kita..iols enjoy yoga lagi..tapi zumba pun iols suka..sbb boleh gedx gedix
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:57 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 14-12-2018 10:23 AM
dah setahun berzumba...peluh mengalahkan joging. jangan pikir zumba nak kurus tapi pikir nak kurangk ...

betul..iols dah bertahun zumba.. nak berpeluh..ada aktiviti kecergasan..bukan nak aim turun berat pun.nak turun berat, makan kena jaga..
kalau nak tone kan badan, kena buat aktivit lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 11:58 AM | Show all posts
patutlah ramai yg join zumba ni badan nampak sama je....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai love zumba, stress free. Kalau kontrol mkn blh je lose weight. Tp kena consistent la. Lgpon zin ai bekeng namatey. Tp bila tgk body die, rasa motivate nk buat betol2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai love zumba, stress free. Kalau kontrol mkn blh je lose weight. Tp kena consistent la. Lgpon zin ai bekeng namatey. Tp bila tgk body die, rasa motivate nk buat betol2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2018 04:51 PM | Show all posts
i suka aerokickboxing. martial art + aerobic. 45 minit tuk 3 kali seminggu. dah la tu. lutut fail. kekekeke. kurus ke tak, i dont mind. yang penting keluar peluh. minda tajam. rasa geram ngan bos leh imejin tumbuk dia dlm kelas. kekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 10:49 AM | Show all posts
apa apps yg best utk rekod kita punya aktiviti eh..yg bole kira brp kalori burn bagai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 10:53 AM | Show all posts
SweetPeach replied at 28-1-2019 02:49 AM
apa apps yg best utk rekod kita punya aktiviti eh..yg bole kira brp kalori burn bagai tu

pal fitness u try tengok

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:44 AM | Show all posts
serius ke ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.328790 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list