CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1610|Reply: 5

Ditinggal kekasih, wanita mengamuk kasari orang awam

[Copy link]
Post time 17-12-2018 12:26 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU 16 Dis. - Gara-gara kecewa ditinggalkan kekasih, seorang wanita mengamuk sebelum mengasari beberapa orang awam dalam kejadian di sebuah hotel di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang, suspek yang dilihat tidak berpakaian lengkap dan berusia lingkungan 30-an itu dikatakan menghadapi tekanan perasaan selepas putus cinta.


Dia yang dipercayai berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat turut memegang pisau dan mengacukannya kepada orang ramai ketika mengamuk.
Menurut rakan-rakan wanita itu, suspek berada dalam keadaan tertekan disebabkan hubungan cintanya yang tidak menjadi.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, semasa tiba di lokasi kejadian dia melihat wanita berkenaan sedang memaki hamun sambil mengacukan pisau terhadap orang ramai.
"Saya lihat seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang berusia tiga tahun, penginap hotel serta orang luar dikasari wanita itu.
"Seorang pekerja hotel juga turut dicakar sehingga berdarah di tepi kening dan muka sebelum diacukan pisau oleh wanita berkenaan. Saya ketika itu berada di sebelahnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, beberapa minit kemudian anggota polis tiba dan bertindak menahan serta merampas pisau daripada suspek.
“Wanita itu terus dibawa ke tempat tidak dipastikan untuk  mengelak daripada orang awam merakamkan gambar,” katanya.
Utusan Online sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoyai.
Perempuan gitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 17-12-2018 12:46 PM
Adoyai.
Perempuan gitulah.

Dia putus cinta katok org lain
Jantan taguna berlepas diri saja
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 27-12-2018 01:55 PM
Dia putus cinta katok org lain
Jantan taguna berlepas diri saja

Jantan tu lari jauh dh kut
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh move on la tu...mcm yg kalah pilihanraya aritu...kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya. kawan akak ada yg sampai hutang berpuluh ribu pasal jantan terengganu. pandai jantan tu bawak form buat loan boleh hantar parents pegi umrah. separuh dia pinjam. janji nak bayar, bayar jugak la bulan2 tp interest tak kira pulak.

nasibla kawan akak tu kenal adik beradik jantan tu sampai kakak jantan tu menangis2 merayu jgn bagitau parents. rupa2nya dah brp kali menipu org sampai parents pun pernah org datang jumpa bgtau anak menipu duit puluh2 ribu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055446 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list