CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11027|Reply: 84

Lagi Edisi Mamak : Tangkal, Azimat 'Pelaris' Restoran Mamak

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEBUAH restoran mamak yang beroperasi hampir 18 tahun di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dikesan menggunakan lebih 30 tangkal dan azimat sebagai ‘pelaris’ jualan.

Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar hasil serbuan operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa terhadap premis berkenaan bermula jam 2 petang.

Lebih mengejutkan, semua azimat yang mengandungi ayat jawi yang tidak jelas maksudnya digantung dalam pelbagai bentuk termasuk bingkai gambar, bunjut, botol dan batu berikat dibawa masuk dari India serta di pasang di setiap penjuru kedai.

Bahkan pemilik restoran beragama Islam itu tidak langsung memohon logo halal dari pihak berkuasa agama, selain hanya dua daripada 23 pekerja beragama Islam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, operasi terhadap restoran itu hasil aduan awam dari penduduk sekitar.

Katanya, operasi bersepadu bertujuan melakukan pemeriksaan ke atas premis restoran khususnya restoran 24 jam bermula 15 Januari hingga hari ini menemui tangkal dan azimat di pasang di sekeliling premis.

“Mulanya sepasukan 35 anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi mahu memeriksa sijil halal, namun berlaku sebaliknya apabila banyak azimat ditemui di setiap ruang di premis itu.

“Kami menyerahkan kepada pegawai JAINJ (Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk tindakan lanjut berdasarkan penemuan tangkal dan azimat yang dibawa masuk dari India,” katanya selepas mengetuai operasi selama satu jam di restoran itu, hari ini.

Turut serta dalam operasi itu Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, Ustaz Mohd Nazri Jamaluddin; Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAINJ, Ustazah Sariah Khamis dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Walid Said.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sariah berkata, tidak salah bagi pemilik premis beragama Islam menggantung ayat al-Quran.

“Cuma tidak dibenarkan menggantung ayat yang boleh mendatangkan kerosakan akidah seperti wafaq, pelaris dan azimat.

“Penting bagi pemilik restoran memastikan ayat digantung adalah ayat al-Quran yang betul terutama dari segi huruf, baris dan titiknya,” katanya.

Katanya, pihaknya mengarahkan ayat berkenaan diturunkan, selain tindakan merampas dilaksanakan kerana dibimbangi mendatangkan kerosakan akidah.

Katanya, ia penemuan pertama penemuan azimat dan pelaris di gantung di dinding restoran kerana kebanyakan serbuan sebelum ini hanya membabitkan cincin dan batu kemenyan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 5:28 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TANGKAL dan azimat yang ditemui di sebuah restoran mamak di Bandar Seri Alam. FOTO Mohd Azren Jamaludin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ribuan terima kasih kepada brother yang menampar haritu.

Rentetan itu sehingga kini sudah hampir 70 kedai makan mamak diperiksa di seluruh negara.

Beserta belasan kedai kotor telah dijumpai termasuk sabah serta penggunaan logo halal dan ayat2 suci oleh pemilik warga India
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai seram. Eii boikot la mamak2 ni. Tgk lantai pon geli. Bygkan kedai melayu pon byk je yg kotor, apatah lagi mamak. Sometime i masak sdri klau sayur tergolek pon mcm mengeluh kne basuh balik. So i mmg doubt klau kedai2 ni akn cuci elok2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Serbuan kedai mamak di Alor Setar pula

Restoran mamak 'palsu' di mana-mana
Suzalina Halid

suzalina@nstp.com.my

DUA restoran nasi kandar di Alor Setar dikenakan tindakan berikutan bukan sahaja disyaki mengambil keuntungan tinggi namun turut mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran meskipun pemiliknya bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Chin Ching Chung berkata, tindakan itu dibuat terhadap kedua-dua restoran terbabit berdasarkan aduan orang ramai berikutan mengenakan caj sehingga RM8.50 bagi sepinggan nasi goreng ayam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kedua-dua restoran itu turut diberi amaran dan diarah menurunkan ayat al-Quran yang digantung di restoran mereka berikutan mengelirukan pelanggan sedangkan pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan asas langsung mengenai agama Islam ketika disoal siasat.

“Kedua-dua restoran itu kita ambil tindakan kelmarin melalui operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Kesihatan negeri, bermula Isnin lalu hingga 31 Januari ini.

“Rentetan itu, kita mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana mengambil keuntungan tinggi tidak munasabah dan diminta memberi maklum balas dalam tempoh 10 hari.

“Bagi kesalahan meletakkan ayat al-Quran pula, anggota penguatkuasa JAIK meminta pemiliknya menurunkan semua ayat itu kerana ia boleh mengelirukan pelanggan beragama Islam, ” katanya kepada NSTP, di Alor Setar.

Terdahulu, Chin menghadiri Seminar Keselamatan Data Peribadi dan Kewangan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada masa sama, katanya, secara keseluruhan sebanyak 44 buah restoran diperiksa sejak Isnin lalu melalui operasi bersepadu itu.

Sementara itu, melalui operasi pemeriksaan di kantin sekolah pula, sebanyak 25 buah kantin sekolah sudah diperiksa sejak Ahad lalu membabitkan daerah Kulim dan Langkawi (lima); Sungai Petani (lapan); Baling (tiga); Kubang Pasu serta Alor Setar (dua).

Katanya, melalui operasi itu, tiada pengusaha kantin sekolah yang diambil tindakan berikutan mereka mengikut peraturan ditetapkan seperti meletakkan tanda harga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 3:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:56 PM | Show all posts
selepas ayat2 pelaris itu di turunkan apa yg mereka akan lakukan pada ia? takkan nak buang atau lupuskan shj? atleast buat la pengelap bontot atau meja etc. ada jua faedahnya... bknnya ada mukjizat pun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 17-1-2019 06:56 PM
selepas ayat2 pelaris itu di turunkan apa yg mereka akan lakukan pada ia? takkan nak buang atau lupu ...

Cuba hang perati wanita inggeris di negara pesat yang membangun Ini. Ternyata, tarikan agama Islam juga yang membuatkan depa memeluk islam.

Manis kan depa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:17 PM | Show all posts
Remyda replied at 17-1-2019 11:08 AM
Cuba hang perati wanita inggeris di negara pesat yang membangun Ini. Ternyata, tarikan agama Islam ...

good for them... jgn beberapa bulan selepas itu terus keluar balik sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:19 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 17-1-2019 07:17 PM
good for them... jgn beberapa bulan selepas itu terus keluar balik sudah

Toksah kalut aih

Golongan muallaf muslim apabila telah masuk fasa menjadi seorang islam. Depa akan bersungguh- sungguh mendalami ajaran Islam yang sebenar. Malah kebanyakannya lebih alim, wara' & bertakwa dari manusia yg benar2 di lahirkan sebagai seorang muslim.

Hang jangan khuatir. Golongan yang hang cakap keluar Islam ni terdiri dari golongan munafik & fasik. Macam hang ka dak ?

Islam kian membangun di negara pesat. Bukan macam hang. Duduk luar negara terus kejutan budaya. Depa sana banyak buat kajian tentang islam. Banyak doktor, pensyarah, saintis yg memeluk islam selepas depa kaji.

Bukan macam hang. Duduk luar negara terus kejutan
budaya. Hang masuk negara ceruk mana ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang yg buat pemeriksaan takde yg terbuka hijab nampak makhluk bergentayangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:17 PM | Show all posts
Boikot je la kedai mamak ni..

Dok ngadap apa lagi? Kadang harga makanan tak menasabah..
Dulu nasi kandaq boleh minta teloq ayam rebuih separuh.. ayam separuh..
La ni, tak bleh dah..  

Setahun dua tiga kali nek harga...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian semalam semasa ops

Tukang uli capati ini dtg dari India (warga asing)
Hangpa tengok & perati sendiri.

Kalau dia ada penyakit tibi ka hiv ka atau wabak penyakit yg berjangkit ka mana kita tahu.  

Tangan lagu tu pastu tak pakai glove. Ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi

Hangpa pulak dok sedap makan ja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nampak ka ?
Meh kasi zoom sikit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:39 PM | Show all posts
Remyda replied at 17-1-2019 08:17 PM
Kejadian semalam semasa ops

Tukang uli capati ini dtg dari India (warga asing)

hiv tak transfer melalui makanan lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 17-1-2019 08:39 PM
hiv tak transfer melalui makanan lah.

Bukan melalui makanan. Maksudnya kalau tangan hang pun kebetulan luka. Kalau terusik tangan pesakit hiv yang lukanya pun memang terbuka. Bepontensi la bejangkit

Dan satu lagi kalau darah dia kebetulan meleleh sikit termasuk dalam makanan hang. Hang pun telan. Tetapi dalam mulut hang ada luka atau ulser. Pun boleh bejangkit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 09:08 PM | Show all posts
bongok la bukak kedai makan pakai pelaris.

kau masak sedap, tak berkira dgn customer, jgn buat muka palat bila customer mintak nasi lebih cam pak si lazim

sure ramai orang datang punya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
walava replied at 17-1-2019 09:08 PM
bongok la bukak kedai makan pakai pelaris.

kau masak sedap, tak berkira dgn customer, jgn buat mu ...

Itu lah laba.
Pakai pelaris, kotor, harga cekik darah

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:17 PM | Show all posts
Remyda replied at 17-1-2019 09:14 PM
Itu lah laba.
Pakai pelaris, kotor, harga cekik darah

pernah dulu kat satu kg, tokei kedai makan pakai pelaris, pastu dia mati xcident, masa lepas masuk dlm kubur, tetiba banyak ular, jengking, katak, ikan piranha datang makan mayat dia.

laris betul mayat dia.






Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-1-2019 08:18 PM
Tak nampak ka ?
Meh kasi zoom sikit

Pelita wei... geli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.073663 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list