View: 1367|Reply: 9
|
[Dunia]
Alhamdulillah…”, Ibu Dan Rakan Baik Sonny Bill Williams Bergelar Mualaf Bebera M
[Copy link]
|
|
Bintang rugby New Zealand dan juga dunia, Sonny Bill Williams, 33, baru-baru ini mengumumkan berita gembira bahawa ibunya, Lee Williams dan rakan atlet, Ofa Tu’ungafasi telah pun selamat memeluk agama Islam, tidak lama selepas serangan berdarah yang menyasarkan komuniti Muslim di Christchurch baru-baru ini.
Berita berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa ulama terkenal dunia termasuklah Imam daripada Zimbabwe, Sajid Umar melalui laman twitternya.
Just came across great news that the mother of our brother @SonnyBWilliams, accepted Islam, along with his best friend and team mate. All praises belongs to Allah alone. He is most kind. Even though I'm far away; I am genuinely pleased for my brother. Allah has honoured him.
— Sheikh Sajid Umar (@sajidumar) March 26, 2019
”Baru mendapat khabar gembira bahawa ibu kepada saudara kita, Sonny telah pun memeluk Islam. Turut memeluk Islam adalah rakan baik yang juga atlet sama sepertinya.
”Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Walaupun kita berjauhan, saya sangat gembira dengan berita daripada saudara kita ini. Allah telah memilihnya,” kata imam itu.
Gambar Ofa yang mengenakan jubah putih berdiri bersama-sama dengan Sonny serta seorang rakan kepada Sonny, juga Muslim, tersebar di media sosial.
Sonny sebelum ini terlebih dahulu memeluk agama suci ini dan berhenti daripada minum minuman keras dan merokok sejak memeluk Islam.
Dalam insiden berdarah yang berlaku baru-baru ini, Sonny turut berkongsi kesedihan dengan kejadian yang menimpa saudara-saudara seagama. Malah, beliau turut berkesempatan turun bersama-sama rakyat New Zealand baru-baru ini dalam acara memperingati tragedi berdarah tersebut.
Menurut pengurus peribadi kepada Sonny, ibunya Lee memeluk Islam pada Selasa lalu.
Sonny bersama ibu dan keluarganya
Sumber: Dailymail |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah umat islam kerana bijak utk tidak provoke Dan retaliate!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sony bill williams ni player rugby allblacks .. suami kaka simpan baju dan poster dia dalam bilik tidur..
dalam2 banyak rugby player dia paling tampan kacak sekali.. cuma tak sangka dia muslim sebab ada tatoo. suami kaka bgtahu dia memang muslim and good discpline player..
alhamdulillah sujud syukur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
Sesungguhnya rahmat dan hidayah Allah S.W.T itu luas |
|
|
|
|
|
|
|
tapi wife dia islam jugak ke ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 28-3-2019 10:41 AM
sony bill williams ni player rugby allblacks .. suami kaka simpan baju dan poster dia dalam bilik ti ...
Oohh. Bill tu masuk islam. Knp.. kahwin islam ker |
|
|
|
|
|
|
|
wife sonny sexy. Tgok insta dia. Tak tahu Islam ke tak.
Sonny ni kuat beragama jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dpt ketenangan dengan islam, pernah baca dulu.. dia ni bagus main ragbi team work.. dia bukan good striker cuma good passing sebelum kawan dia score ragbi.. orang dh tackle dia, dia masih boleh pass ragbi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap berita2 camni pi tampal kat bilik penjara tmpt teroris tu..maybe dia akan bunuh diri kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|