CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 3

[Dunia] Alhamdulillah,6 Anak Gajah Diselamatkan Dalam Lumpur

[Copy link]
Post time 31-3-2019 10:39 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Enam anak gajah berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap selama beberapa hari di dalam lumpur di timur Bangkok, Thailand.

Kejadian pada Rabu lalu itu disedari oleh beberapa orang renjer yang melakukan rondaan di taman negara terbabit sebelum melihat anak gajah berusia antara satu hingga empat tahun sedang terperangkap, lapor AFP.

Superintendan taman negara itu, Prawatsart Chantheap berkata, usaha menyelamat itu agak sukar apabila ia memakan masa tiga jam untuk menggali dan membina tanjakan untuk membolehkan haiwan terbabit keluar.

“Kami percaya haiwan itu terperangkap sekurang-kurangnya selama dua hari kerana kaki mereka masih lemah.

“Pasukan kami terpaksa meninggalkan haiwan itu semalaman dan kembali semula sambil membawa penyodok untuk menggali lumpur dan membina tanjakan,” katanya.

Prawatsart berkata, pasukan renjer mengawasi kira-kira 30 ekor gajah di kawasan berhampiran dan haiwan yang terperangkap itu mungkin terpisah dari ibunya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya...nasib ank2 comel berjaya diselamatkn
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Olooo dumbooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059017 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list