CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4040|Reply: 48

[Dunia] PBB kecam Brunei laksana hudud.

[Copy link]
Post time 3-4-2019 12:36 AM | Show all posts |Read mode
PBB kecam Brunei laksana hudud


02 April 2019 3:00 AM


MICHELLE BACHELET
02 April 2019 3:00 AM


GENEVA 1 April - Pertubuhan Bangsa-Bang*sa Bersatu (PBB) me*ngecam pelaksanaan undang-undang syariah yang bakal dilaksanakan oleh Brunei, Rabu ini dengan mendakwa peraturan itu sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan.’

Menerusi undang-undang baharu itu, pelaku zina dan homoseksual akan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati manakala pencuri berdepan hukuman potong tangan.


“Saya merayu kepada Brunei untuk menghentikan pe*nguatkuasaan undang-undang syariah baharu ini yang akan menjejaskan perlindungan hak asasi manusia bagi rakyat Brunei sekiranya dilaksanakan,” kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet dalam satu kenyataan.

Brunei mengumumkan langkah berkenaan pada 2013 namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan ekoran berdepan tentangan daripada kumpulan hak asasi manusia dan me*nunggu butiran undang-undang tersebut dimuktamadkan.

Undang-undang syariah itu akan menghukum pesalah yang terbabit dengan kesalahan rogol, zina, curi, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad dengan hukuman mati namun kanun jenayah terbabit hanya tertakluk kepada penduduk Muslim.

Tambah Bachelet, pakar hak asasi manusia PBB telah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung undang-undang ter*babit.

Beliau menegaskan undang-undang antarabangsa mengenakan sekatan yang sangat ketat ke atas penguatkuasaan hukuman mati dan hanya boleh dilaksanakan untuk jenayah pembunuhan serta pembunuhan yang disengajakan.

“Hakikatnya, tiada badan kehakiman di dunia boleh men*dakwa bebas daripada kesilapan dan bukti menunjukkan bahawa hukuman mati secara tidak seimbang digunakan terhadap orang yang lemah dengan risiko kesilapan tinggi.

“Saya menggesa Brunei untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati itu.” kata Bachelet.

Komen dibuat pemimpin itu selepas ahli politik dan selebriti termasuk George Clooney dan Elton John mengutuk undang-undang tersebut dan menggesa gerakan boikot terhadap hotel dimiliki Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. – AFP



http://www.utusan.com.my/berita/luar...hudud-1.874505

__________________

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 Allah wujud kat Brunei jah. Masuk Miri, Limbang, KK, UK, Allah dah tak wujud so ummah Brunei boleh sukati buat hapa pon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 12:45 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-4-2019 08:38 AM
Ujung2 Allah wujud kat Brunei jah. Masuk Miri, Limbang, KK, UK, Allah dah tak wujud so ummah Brunei  ...

Pbb kecam Brunei kerana tak mau jadi seperti negara islam yang lain akhirnya jadi pelarian di negara orang lain dan menyusahkan dan membawa budaya barbarik!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 3-4-2019 12:49 AM
FOTHER-MUCKER replied at 3-4-2019 12:45 AM
Pbb kecam Brunei kerana tak mau jadi seperti negara islam yang lain akhirnya jadi pelarian di nega ...


Akak doakan Malaysia terus sekular jika gituh. Takyah la nak zuhud sangat harom itu harom ini or hudud sana hudud sini. Ujung2 kedapatan hipokrit munafikun seperti King Muhammad V itu buat malu jah. Umum tahu, dalam semua agama Abrahamic ini, pengikut2nya yang acah pencinta Tuhan nombor 1 tu la yang selalu buat dajei hidop bertentangan dengan hapa depa preached.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 12:53 AM | Show all posts
Ikut sukati Brunei laaa.. Itu negara dia.

Mengapa Kaper2 pulak sebok nak paksa2
org ikut cara mereka...

Org2 Kaper nak buat apa saja dlm negara
depa takde pon org2 Islam nak sebok..

Siapa yg busy body sebenarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 01:29 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-4-2019 08:48 AM
Akak doakan Malaysia terus sekular jika gituh. Takyah la nak zuhud sangat harom itu harom ini or ...

Satu hari nanti malaysia juga akan mengikut cara Brunei kerana tekanan dari pihak lobai. Itu dah mesti.


Jangan akhirnya jadi seperti negara islam lain dah lah, ummah terpaksa berhijrah ke negara kafir jadi pelarian dan menyusahkan ummah dan negara kafir. Seperti sekarang contohya british terpaksa bagi millions £ bulanan bantu negara islam. Nak tegakan islam tetapi menyusahkan orang lain!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Dubai ni aman2 ja orang putih tu hidup dgn hudud ni.. idok pulak meroyan membangkang bagai. Siap lagi penah kena hukum rejam bagai.. tapi taktau lah kalau belakang2 mengata hidup terseksa takleh berseks mahupun menogok arak di khalayak ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 02:53 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-4-2019 11:08 AM
JunkMail replied at 2-4-2019 10:13 AM
Kat Dubai ni aman2 ja orang putih tu hidup dgn hudud ni.. idok pulak meroyan membangkang bagai. Siap ...

Tengok dari luaran mestilah nampak aman sahaja, Cuba tengok news berapa ramai tourists kena tangkap dan jail. Dan berapa ramai juga yang tak masuk dalam news.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 10:35 AM | Show all posts
Sibuk nak kecam.. Palestinian kene bedil dengan israel takde sekumit pun ko komen..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 11:24 AM | Show all posts
sibuk pasal hak asasi manusia..tu yisroel dok bom org islam hari2 xde pulak meroyan 'kejam dan tak perikemanusian'..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ellen pun buat campaign boycott

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 01:06 PM | Show all posts
suke ati brunei lah..rakyat die pun xckp pape
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 01:09 PM | Show all posts

pbb tengok je jenayah perang yang israel buat tapi bila Brunei umum benda macam ni terus kecam? wow


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 01:28 PM | Show all posts
PBB baru keluar gua ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 01:41 PM | Show all posts
baba hudud nampak...yang ISRAEL dok membunuh tu tak de plak amik action...siap ambil negara orang...apo cerita??...ketua hak asasi PBB dok mana masa semua nie berlaku???....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Lagi mudah ummah brunei migrate dan dapat suaka di negara lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 02:07 PM | Show all posts
Ada dua masalah hukum hudud Brunei ni.

1. Hukum rejam utk penzina dan gay takder dlm Quran pun.
2. Hukuman tidak digunapakai utk kerabat diraja.

Itu jah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-4-2019 12:45 AM
Pbb kecam Brunei kerana tak mau jadi seperti negara islam yang lain akhirnya jadi pelarian di nega ...

Takkan you bodoh sgt tak tahu yg pelarian muslim tu dtg dr negara yg berperang. Siapa dajjal yg terlibat buat negara itu berperang?
Contoh paling dekat Israel yg mencuri tanah Palestin pun PBB tak kata apa. Dimana hak Palestinian, setelah menolong pelarian yahudj, dibalas tuba.

It has nothing to do with syariah law.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 3-4-2019 01:09 PM
pbb tengok je jenayah perang yang israel buat tapi bila Brunei umum benda macam ni terus kecam? wo ...

Aku baru nak cakap. Hypocrites to the max PBB ni. Israel dah bom lama dia senyap jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:58 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-4-2019 03:20 AM
bezita60 replied at 2-4-2019 10:12 PM
Takkan you bodoh sgt tak tahu yg pelarian muslim tu dtg dr negara yg berperang. Siapa dajjal yg te ...

lol yang kau tau Palestine! Tapi tak ada pula dengar Palestinian jadi pelarian di eropah.

Kau pernah dengar negara negara islam di Western Sahara sana? Arab African?  Dan juga
Pakistan?

Mentality lobai kalau negara islam berperang sesama negara islam kafir juga yang di salahkan.

Syria? Arab saudi pun bomb dan bunuh penduduk islam. Nak salahkan kafir juga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077170 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list