Seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu secara seksual oleh seorang pakar kulit di sebuah klinik popular di bangsar.
Menurut Tashny Sukumaran yang juga seorang wartawan (beliau membenarkan identiti sebenarnya digunakan), pada 16 Ogos lalu, beliau telah berkunjung ke klinik kulit Dr Ruban Nathan untuk penyakit genetik ichthyosis yang dihidapinya.
'Bagaimanapun, beliau telah meraba saya tanpa memaklumkan atau menerangkan terlebih dahulu,' tulisnya di laman Twitter. Dakwaan beliau itu kini dikongsikan oleh lebih 3,500 netizen.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
'Doktor itu memegang kaki saya dan menarik saya ke ribanya tanpa memaklumkannya.
'Beliau kemudian meraba-raba kaki saya secara kasar, saya cuba menarik kaki tapi dia meneruskan aksinya.
'Bagaimanapun, saya menggunakan suara kuat untuk memarahinya beberapa kali sebelum berjaya melepaskan diri,' kata Tashny lagi.
Kredit foto: Twitter
Menurutnya lagi, doktor itu meneruskan perbualan bertanyakan pekerjan, majikan dan isu politik.
'Saya percaya dia hanya berpura-pura untuk melihat reaksi dan menenangkan saya.
'Saya pernah dirujuk kepada doktor lain sebelumnya, tetapi bukan begitu cara pemeriksaannya dan mesti ada jururawat bersama, tetapi ini tidak ada,' kata beliau lagi.
Selepas membayar bil dan mengambil ubat, Tashny membuat laporan kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Kementerian Kesihatan.
Kredit foto: Dr. Ruban
Dr Ruban Nathan yang dihubungi wartawan Says.com menafikan dakwaan tersebut.
'Dakwaan gangguan seksual itu tidak benar, terdapat jururawat bertauliah menemani sepanjang rawatan lima minit tersebut. Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), pesakit juga kelihatan tenang ketika meninggalkan klinik.
'Kami sudah 50 tahun memberikan khidmat dengan reputasi cemerlang tanpa sebarang dakwaan sebelum ini. Kami akan merujuk kepada peguam untuk tindakan undang-undang,' ujarnya.
Bagaimanapun, penafian Dr Ruban itu tidak mematahkan komen daripada beberapa bekas pesakitnya yang pernah mendapat layanan serupa.
Kredit foto: Twitter
Seorang wanita berkata, beliau diraba di lengan oleh doktor itu ketika mengiringi adik dan ibunya mendapatkan rawatan.
Kredit foto: Twitter
Seorang lagi berkata Dr Ruban meraba bahunya dan memberi komen tentang saiz buah dadanya walaupun beliau ketika itu baru berumur 12 tahun.
Kredit foto: Twitter
Netizen ketiga berkata Dr Ruban pernah menyindir berat badannya punca penyakit kulit dihidapinya.
Kredit foto: Twitter
Manakala, seorang netizen berkata Dr Ruban meribanya ketika memeriksa kulit kepala.
Kredit foto: Carian google
Dakwaan demi dakwaan ini perlu diberikan perhatian kepada MMC untuk memberikan keadilan kepada pesakit tersebut. Yang pasti, adakah doktor ini tersilap mangsa kerana memilih seorang wartawan berani sebagai mangsa? Kita nantikan kebenarannya. - CARI |