CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 2

[Tempatan] Majlis Bandaraya kesal gerai bazar perayaan Deepavali tak jaga keberssihan

[Copy link]
Post time 8-11-2019 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Hanya satu persatuan bersih gerai: MBJB
8 November 2019


JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kesal dengan tindakan penganjur bazar perayaan Deepavali di beberapa kawasan dalam bandar raya itu yang dilihat gagal mematuhi arahan terutama melibatkan aspek kebersihan.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tinjauan yang mendapati hanya satu persatuan sahaja mematuhi arahan dengan membersihkan kawasan gerai mereka.

“Pada 27 Oktober lalu masyarakat India di seluruh negara menyambut perayaan Deepavali dan seperti kebiasaannya MBJB meluluskan permohonan penganjur yang mahu memasang khemah jualan di lokasi terpilih dalam kawasan pentadbiran kita.

“Namun di sebalik kemeriahan bazar itu keadaan pusat bandar kita dapati telah dicemari dengan sampah sarap dan tidak dibersihkan sehingga menjelang perayaan terbabit.

“Kita juga menerima makluman yang hanya satu sahaja persatuan yang bertindak mematuhi peraturan dengan membersihkan semula kawasan gerai jualan mereka,” katanya pada Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2019 MBJB di Dewan Inai Merah Bangunan MBJB di sini kelmarin.

Amran berkata, perkara itu kemudiannya memaksa pihaknya untuk memotong wang amanah persatuan-persatuan lain yang dilihat gagal mematuhi syarat ditetapkan.

“Ini adalah kerana kebersihan tapak dan kawasan sekitar merupakan syarat utama harus dipatuhi mana-mana penganjur bazar perayaan.

“Apatah lagi perkara ini juga telah ditekankan sejak awal lagi ketika Mesyuarat Penyelarasan Bazar Deepavali yang telah dipengerusikan Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwa Pengguna, Dr S Ramakrishnan pada 15 September lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, ketika bazar berkenaan diadakan MBJB turut menerima laporan mengenai pembakaran terbuka.

“Kita terima makluman berlaku satu insiden pembakaran terbuka yang telah dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTC) Jabatan Penguatkuasaan MBJB di kawasan hijau dan penjalan kaki Jalan Wong Ah Fook pada 5 Oktober lalu.

“Kita telah laporkan kejadian itu kepada pihak polis dan akan menyerahkan siasatan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 05:38 PM | Show all posts
expected. mana2 festival pun macam tu                  
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 pun same je... Meluat tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061537 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list