CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: GuaAnakMelaka

[Jenayah] Kanak2 tiga tahun mati ditikam

  [Copy link]
Post time 28-1-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 28-1-2020 04:16 PM
dadah kan.. ada family yg sanggup bela.. aku malas nak cerita dah.. buat sakit hati aku je.. baru  ...

Aku tau.. Aku mmg geram betul.. Kat rumah arwah tok aku tu brp byk.. Ada yg dari awal arwah tok aku dah ckp kat mak bapa.. Jaga elok2 anak.. Tapi kata arwah penyibuk.. Skrg... Rasain bela anak penagih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Qisaskan jah pembunuh tu. Jangan bagi alasan tengah weng, mental bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sedihnya baca berita macamni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan famili ini. Dahlah kehilangan orang tersayang dengan cara tragis membabitkan famili sendiri pula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
benci gila dgn pnagih. kazen i ad sorang mnum ketum bt ubat katanya. lantak ko lah. trus i rsa bnci dgn dia xtau knapa. klau jumpa mlas nk borak mcm dlu.  
jumpa mak kt syurga ye dik. al-fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 28-1-2020 05:24 AM
ni kwn gua citer la..kat Indon xda univ serenti

penagih 2 ni depa masukkan penjara dgn makanan ...

kalo  bg nasi gaul pasir boleh  bg  indon insaf...baik kita bg kat PATI INDON kat pusat tahanan imigresen tu...Cuba dlu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 04:54 PM | Show all posts
Semuanya penagih dadah tegar selayaknya dihantar ke Wuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:57 PM | Show all posts
Bahaya bila ada ahli keluarga penagih macam tu tak tahu bila dia akan bertindak diluar kawalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 05:08 PM | Show all posts
'Hafiya sayang sangat papa'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -sayang-sangat-papa

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 2:37 PM

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


MOHD TAQUDDIN (kiri) dan Nur Hafiya Aufa (kanan).  FOTO Rosli Ilham dan ihsan pembaca

“ADIK sayang sangat papa”. Itu ucapan terakhir Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, yang sukar dilupakan Mohd Taquddin Ramli, 33, selepas dimaklumkan anaknya itu ditikam.

Taquddin berkata, dia sangat terkejut selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anaknya ditikam jam 1.30 petang semalam.

Dia yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor berkata, dia bergegas pulang ke Kemaman selepas mendapat berita itu.

“Ketika itu saya sedang bekerja, dalam keadaan terkejut saya tidak putus-putus berdoa supaya kecederaan dialami Nur Hafiya tidak serius.

“Kira-kira 10 minit selepas itu, saya mendapat maklumat dia (Nur Hafiya) gagal diselamatkan, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kemaman, hari ini.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya Ahad lalu ketika Nur Hafiya datang melawatnya di Johor.

“Nur Hafiya beritahu datuknya yang dia rindu saya, sebelum dibawa berjumpa saya.

“Selama dua hari bersama, perangainya agak pelik. Dia amat manja dan sering bergurau dengan saya, kasih sayangnya nampak lain sangat,” katanya.

Katanya, pada malam terakhir bersama Nur Hafiya, arwah mengusap kepala dan janggutnya, serta beberapa kali memberitahu sangat menyayanginya.

“Dia juga kerap bercerita mamanya kini berada di syurga.

“Saya tidak menyangka itu petanda Nur Hafiya akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Taquddin berkata, kesedihannya yang kematian isteri akibat kemalangan tahun lalu masih terubat, kini dia kehilangan anak kesayangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 05:44 PM | Show all posts
EJALTI replied at 28-1-2020 05:08 PM
'Hafiya sayang sangat papa'

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/539109/hafiya-sayang-sangat-p ...

smg anak dan ibunya bertemu di Syurga,amin
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 05:45 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 28-1-2020 09:44 AM
smg anak dan ibunya bertemu di Syurga,amin

Aminnnn....

Iols sedih sesangat baca news niih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 06:12 PM | Show all posts
CHUKAI: Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh membabitkan anak saudaranya berusia tiga tahun.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini dikeluarkan Hakim Mahkamah Seksyen Kemaman, Azman Mustaffa.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap ungu dibawa ke mahkamah diiringi anggota polis, kira-kira jam 8.45 pagi.

Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas ditikam bapa saudaranya dengan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengahari, suspek yang berusia 26 tahun itu, dikatakan menikam mangsa di dada dalam kejadian di Felda Cerul 2, Kemaman.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

- BH

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
biasalah mat pit kan
apa nak heran
babi sial punya mat pet
semoga hidup kau sengsara
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:11 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
babi punya mat pit. Eh siat2 kulit dia lepas tu tuang asid biar menggelegak.. biar sakit sampai putus nyawa lah mat pit ni semua.

puiiiiii sampah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 09:01 PM | Show all posts
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


JENAZAH Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Cherul, Kemaman, pada 6 petang hari ini.

Suasana pilu menyelubungi kira-kira 200 ahli keluarga dan penduduk yang hadir sebaik jenazah mangsa tiba di tanah perkuburan itu.

Terdahulu, jenazah dituntut bapanya, Mohd Taquddin Ramli, 33, sebaik bedah siasat selesai dilakukan.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di Bilik Forensik Hospital Kemaman, sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, Nur Hafiya Aufa maut serta merta selepas dipercayai ditikam bapa saudaranya yang berusia 26, di rumah datuknya di Felda Cerul 2.

Kejadian disedari ibu saudara mangsa yang kemudiannya bertindak menghubungi suaminya, sebelum mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherul.

Susulan kejadian itu, suspek berjaya ditahan ahli keluarga dan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.085280 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list