CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rantaikendoq

WAHABI @ WAHBABUN SESAT DALAM TERANG...

  [Copy link]
Post time 5-1-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 5-1-2021 07:22 PM

Secara keseluruhannya, perihal apa yang dimaksudkan TDA (tajuk di atas), ini pandangan saya.
1) selagi mana kiblat sama, maka tetaplah sama
2) selagi mana masa untuk solat sama, maka tetaplah sama
3) selagi mana yang khilaf itu perkara sunat, maka itu bermaksud pandangan.
4) selagi mana yang menghukumkan segala sesuatu perkara, itu urusan-Nya
5) jika salah satu dari mana-mana fahaman itu, boleh dibuktikan-Nya benar ketika berada dunia, makanya terimalah dengan menjaga adab
6) jika salah satu dari mana-mana fahaman itu, boleh dibuktikan-Nya batil ketika berada didunia, maka tolaklah dengan menjaga adab
7) mana-mana perselisihan berkenaan apa yang dihukumkan, dan berlaku perselisihan diantara fahaman, duduklah bersama-sama dan mohon-lah petunjuk-Nya bersama-sama. Jika tidak DIA datangkan petunjuk-Nya, makanya, perbetulkan amalan dan bersihkan hati.
8) mana-mana perselisihan berkenaan apa yang dihukumkan, dan berlaku perselisihan diantara fahaman, jika tidak duduk bersama-sama dan memohon petunjuk-Nya bersama-sama, makanya, tiada hukum yang perlu dihukumkan.

Islam datang dengan keadilan. Carilah mereka yang adil, maka adillah semuanya.

Moga-moga bermanfaat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika ada yang tak jelas, menerusi pandangan yang saya lontarkan, rujuklah ulama. Jika apa yang dinyatakan itu, bukan adab dalam menjelaskan ilmu, perbetulkan disini agar Allah s.w.t redha dengan amalan yang terbaik menurut petunjuk-Nya.

Wallahu'alam Bissawab
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan : bolehkah kita menjisimkan Allah s.w.t?

Berdasarkan apa yang saya faham, kita hanyalah makhluk ciptaan-Nya. Tiada punya kudrat untuk menjisimkan Allah s.w.t melainkan apa yang ditetapkan-Nya untuk kita mengenali-Nya menerusi apa yang DIA jisimkan sahaja untuk makhluk mengenali-Nya.

Maksudnya begini, semua yang dinyatakan-Nya itu (Alquran) hakikatnya dimakhlukkan-Nya, yang bersifat perantara, agar manusia mengenai DIA yang menciptakan, yang diambil akan Alquran itu dari makhluk yang dinamakan Luh Mahfuz dan JELAS di dalam petunjuk-Nya langsung DIA nyatakannya. Pencipta sebenar nama Allah itu, bukanlah makhluk. DIALAH Tuhan yang mengajarkan kepada makhluk untuk mengenali-Nya. Itulah yang saya faham setakat ini yang sebenar-benarnya.

Kita menyembah-Nya, hakikatnya, dilandaskan atas syariat-Nya. Syariat-Nya itu perantara yang merupakan penjelasan dari-Nya untuk makhluk. Setiap syariat itu, jika tidak dimakhlukkan-Nya, kita tak akan tahu apa-apa pun. Sekalipun kita menyembah-Nya , Allah nyatakan dengan jelas kepada semua di dalam Alquran "mereka menyembah Tuhan mereka". Makanya, inilah yang boleh kita fahami, Allah s.w.t sebenarnya TAK MEMERLUKAN AMALAN KITA, akan tetapi DIA nak lihat siapa yang terbaik amal untuk diuji-Nya menurut petunjuk-Nya.

Jika ada yang menjisimkan Allah, yang itu dinamakan kejahilan. Akan tetapi, menurut ketetapan-Nya, sifat kita ini, jika berihsan, pasti memerlukan sesuatu untuk dijisim.

Makanya, tak perlulah kita menjisimkan Allah. Sebaliknya berkatalah "Pencipta alam inilah yang menamakan diri-Nya Allah agar kita mengenali-Nya.

Ada yang kata tak betul? Jika muskil, mintalah petunjuk-Nya. Tanpa perantara (yang disifatkan oleh-Nya), maka kita tak akan kenal Allah s.w.t.

Jika ada yang kata tak betul, tolong betulkan Saya. Saya tak pandai bab-bab ni. Saya pun sedang mencari, sebenar-benar akidah yang sebenar-benarnya untuk diimani. Makanya, itu apa yang saya faham, tak lebih dari itu.

Alquran itu dari-Nya. DIAlah yang memakhlukkan semua yang dinamakan perantara-Nya. Yang kita gaduh-gaduh sekarang ni, kita ni siapa?

Cukuplah dosa-dosa yang kita lakukan, berbalah tak ketahuan punca. Perkara mudah disusahkan. Masing-masing pasti ada buat dosa, maka janganlah diamanahkan dosa-dosa.

Moga-moga Allah s.w.t mengampunkan kita kerana kejahilan kita.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 5-1-2021 11:31 PM

Siapa disini sanggup nak berkata dihadapan Allah s.w.t, Alquran itu bukan makhluk? Kenapa tak ucapkan, semua yang diciptakan-Nya itu makhluk perantaraan-Nya cuma?

Kita berbalah tak ketahuan punca. Yang satu pihak, tak mahu nak faham, semua ciptaan Allah. Yang satu pihak, nak faham Allah perlu kepada ciptaan?

Tolonglah ya, fahamkan ini "semuanya ciptaan Allah, DIA yang memakhlukkan semuanya untuk manusia faham akan apa yang diciptakan-Nya".

Akhir kata, minta tolong betulkan apa yang saya nyatakan jika tak betul menurut petunjuk-Nya. Kerana, saya tak pernah pun rasa betul selama hidup ini. Jika ada ulama-ulama yang nak betulkan saya, mana tau pandangan saya dihukumkan sesat oleh-Nya ke, betulkan sahaja ya. Dapat pahala, apa yang nak dirugikan.



Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 6-1-2021 12:39 AM

Yang saya faham Allah s.w.t simpan kunci untuk akidah sebenar di dalam Alquran pada surah Al-'Alaq. Antara surah yang ada perkataan "Bismi", ianya merujuk kepada ikhtikad dalam berakidah. Dalam surah itu juga, menjelaskan perihal orang-orang yang berbalah kerana akidah (merujuk kepada taqwa).

Akidah saya namanya "Bismikholaq"

Cukuplah yang saya faham. Jika tak betul, tolong betulkan.




Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa, takat itu sahaja yang nak disampaikan disini. Jangan gaduh-gaduh. Kita ini bukan sesiapa pun.

Mohon maaf dari saya kepada semua, jika ada yang marah dan merasa hati kepada saya, sewaktu saya menyatakan sebarang pandangan disini. Moga-moga Allah s.w.t melindungi kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2021 10:21 AM | Show all posts
Allah letak RAHSIANYA DALAM DIRI MANUSIA TU, SIMPLE
xyah penin2...

sbbtu ada ungkapan, insan sirullah....
Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa Rabbahu

nak faham quran dan hadis , wajib ada mursid, baru indah sempurna
jika tidak sekadar pertikaian benak fikiran dalam tempurung gelap
tiada kesudahan dan kenaikan ilmu sampai sudah..
tidak selesai nafas nyawa jiwa ruh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057267 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list