CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9551|Reply: 145

[Tempatan] Tunjuk belas kasihan jgn tolak pelarian Rohingya

  [Copy link]
Post time 24-4-2020 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tunjuk belas kasihan, kata pesuruhjaya Suhakam susulan kempen tolak pelarian Rohingya Nicholas Chung -

April 24, 2020 10:45 AM   

  1.9k      Shares  
    1.8k
    47
    
    


Pesuruhjaya Suhakam Hishamudin Yunus dan Madeline Berma.

PETALING JAYA: Dua pesuruhjaya badan hak asasi manusia kerajaan, Suhakam menyuarakan kebimbangan mereka terhadap komen xenofobia yang tular terhadap komuniti pelarian Rohingya di negara ini berikutan pendedahan mengenai nasib mereka di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang dikenakan perintah sekatan kerana Covid-19.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus berkata, komen atas talian dan berita yang tidak sah bertujuan membangkitkan rasa benci terhadap komuniti itu memperlihatkan kejahilan berhubung nasib pelarian.

Beliau berkata, pelarian tidak memilih untuk meninggalkan negara mereka tetapi terpaksa berbuat demikian berikutan diskriminasi dan penganiayaan yang berlaku.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita yang dikenali dengan sikap pemurah dan baik hati, perlu menunjukkan kasihan belas dan bersimpati terhadap pelarian yang tidak berdaya atas dasar kemanusiaan, selain menghormati hak asasi mereka sebagai pelarian.




“Selain itu, di mana dapat kita harus membantu menyumbang kepada keperluan asas mereka,” katanya kepada FMT.
Komen atas talian menyerang komuniti Rohingya muncul berikutan kebimbangan bahawa mereka mungkin berdepan kebuluran di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan, termasuk berdekatan pasar borong Selayang, yang membabitkan sebilangan besar komuniti itu yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

Kerajaan sebelum ini berkata, orang asing yang terperangkap perlu dibantu oleh kedutaan masing-masing di negara ini.
Bagaimanapun etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara oleh kerajaan Myanmar menyebabkan mereka tidak boleh memohon bantuan daripada kedutaan negara itu di Kuala Lumpur.

Ramai berkata, pihak berkuasa perlu mendahulukan keselamatan rakyat Malaysia dalam perang terhadap wabak Covid-19, dengan satu petisyen dalam talian dibuat bagi mendesak Putrajaya supaya membiarkan pelarian Rohingya yang terkesan oleh pandemik itu.
Seorang lagi pesuruhjaya Suhakam Madeline Berma memberi amaran bahawa kecenderungan xenofobia yang berlaku sekarang mungkin berterusan ketika negara berdepan kesukaran ekonomi dengan tanggapan bahawa orang asing “merampas” pekerjaan rakyat tempatan.


Pelarian Rohingya antara yang terjejas teruk berikutan pelaksanaaan perintah kawalan pergerakan kerana mereka tidak dapat memohon bantuan daripada kedutaan Myanmar yang tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat negara itu.

“Rakyat Malaysia harus dapat membezakan antara pendatang tanpa izin dengan pelarian atau pencari suaka.
“Dalam situasi Covid-19 ini pun, bantuan perlu diberikan tanpa membezakan antara rakyat atau bukan rakyat. Bantuan perlu diberikan atas dasar kemanusiaan,” katanya kepada FMT.

Madeline berkata, krisis Covid-19 yang berlaku mendedahkan jurang dalam sistem sokongan sosial negara.
Golongan miskin memang merupakan antara pihak yang paling terkesan, namun pekerja dan pendatang asing tanpa dokumen seperti orang Rohingya berdepan keadaan yang lebih buruk.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan mereka bekerja sebagai pengutip sampah, tukang cuci, pengawal, buruh dan pekerja binaan, iaitu jenis pekerjaan yang tidak digemari rakyat Malaysia.

Hishamudin berkata, masalah yang dihadapi komuniti Rohingya diburukkan lagi oleh ketiadaan pengiktirafan rasmi berhubung status mereka sebagai pelarian.

Malaysia bukan pihak dalam Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Pilihan 1967.
“Kita tidak ada sistem suaka bagi mengurus status dan hak pelarian dan pencari suaka.
“Oleh sebab undang-undang Malaysia tidak membezakan antara pelarian dengan pendatang asing tanpa dokumen, pelarian berdepan risiko ditangkap dan ditahan oleh pegawai imigresen,” katanya.

Beliau bagaimanapun memuji inisiatif Putrajaya menyediakan ujian saringan dan rawatan percuma Covid-19 kepada pelarian, dan juga usaha NGO memberi bantuan kepada komuniti tersebut.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2020 11:59 AM | Show all posts
apa persamaan rakyat malaysia dan trump?

2-2 xenophobia katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takboleh pakai suhakam
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:18 PM | Show all posts
Siasat SUHAKAM!!!! Geledah SUHAKAM!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:18 PM | Show all posts
Tak payah nak belas kasihan sangat. Time Jepun datang dolo hader ker Rohingya belas kasihan kat Melayu, bodoh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 24-4-2020 11:59 AM
apa persamaan rakyat malaysia dan trump?

2-2 xenophobia katanya

Jepun pun sama....siap bawa Lori dgn speaker laung halau Pendatang..Banzai Japan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak kesian dan berlembut. Sudahnya negara sendiri jadi tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada certain benda yang kita memang patut kesian, tapi dalam kes rohingya ni sori i memang tak kesian. Kalau diorang reti duduk sini perangai elok2, ikut undang2 kita elok2 rasanya takde la timbul masalah. Tapi dengan perangai kaduk naik junjung diorang ni, susah i nak husnuzon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorg pelarian... So layan mcm pelarian... Org Malaysia paham kalau diaorg dilayan mcm pelarian,  yg org Malaysia marah bila diaorg dan pandai demand,  dah buat persatuan... Pelarian babi apa mcm tu... Org Malaysia paham diaorg tu  adalah pelarian,  yg celaka tu bila pelarian ni tak sedar yg diaorg tu adalah pelarian...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Talk is cheap cakap semua orang boleh cakap...tapi yang menangung akibatnye ialah rakyat Malaysia sendiri. President ker lawyers Suhakam pun bukan bercampur dengan geng2 pelarian ni even share community with mereka,President shopping groceries kat pasar borong ker kat BIG grocers?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:32 PM | Show all posts
ahhhh lantak laa pandai2 laa dia org hidup.....kat malaysia ni ramai lagi yg perlu dibantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 24-4-2020 12:54 PM

Kesian x bertempat... jadi mangsa rakyat.. beranak cam tikus pastu berkeliaran mintak sedekah sana sini x dapat dimaki dengan x vaksin.... yg berniaga buat cam  kampung dia dengan kotor bagai... x sangka govn bagi masuk lupanya dilepaskan seluruh pelusuk negara.. ingatkan letak satu tempat... kesan kat org malaysia lah..

Ini dah sampai beratus ribu.. kapal yg datang soh ambik jangan halau. Ni semua bagi wrong mesej pada diorang... datang je.. malaysia pasti bagi masuk.. dahtu yakin ke semua tu rohingya. Semua kena tipu.. yg ramai2 tu bangla dari cox bazar. Dah lah banyak bangla kat sini.. tambah lagi bangla menyamar.. gilaaa lahhh... dah macam tong sampah negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelarian apa sampai ada business segala..tolak jah bot dorang tu dah bagi mkan mnum pandai2 la balik...diorang tu mangsa sindiket xda nya pelarian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suhakam ni ckp byk... bukannya tolong pun.. memekak je pandai. Boikot je suhakam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
membela sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 01:01 PM | Show all posts
Keutamaan dan belas kasihan harus diberikan kepada rakyat tempatan yang dalam kesusahan bukan orang luar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2020 01:02 PM | Show all posts
Buat 2 mangkuk ni, sila ambik & bela Rohingya belas simpati ni kat rumah ko...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suhakam ni ada ke bercampur dgn puak ni? Ada pegi pasar borong Selayang tu..semua nak jadi hero kunun. Setakat cakap boleh lah weii..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jap lagi page suhakam kena serang
korang tak tau ke rakyat tengah marah sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 01:09 PM | Show all posts
kau bawak diorang balik rumah kau je lah sis...settle lepas tu nanti jangan la hari2 meroyan kat socmed pulak yach...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.111630 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list