CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6482|Reply: 88

[Tempatan] Seludup Rohingya raih RM150 juta setahun

  [Copy link]
Post time 2-5-2020 10:21 AM | Show all posts |Read mode
                            Seludup Rohingya raih RM150 juta setahun?                                                                                        By
Wan Noor Hayati Wan Alias -

                                2 May 2020

                                                                                            
                                                                                                                                                                                                             Dr Mizan Mohammad Aslam


            KUALA LUMPUR – Usaha untuk menyekat kemasukan pelarian etnik Rohingya dilihat bukan mudah kerana aktiviti ‘perniagaan’ yang wujud di sebalik itu dipercayai meraih RM100 juta hingga RM150 juta setahun.

Berdasarkan penyelidikan dan maklumat pelbagai pihak, Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata ramai terlepas pandang kemasukan etnik Rohingya sebagai satu industri penyeludupan manusia yang amat menguntungkan pihak tertentu.


Menurut data-data yang dikumpul dari SUHAKAM, UNHCR dan Human Right Watch dianggarkan 200,000 pelarian Rohingya keluar dari Myanmar antara tahun 2012 hingga 2019.

Katanya, mereka menaiki bot menghala ke selatan menuju Malaysia. Sasaran utama mereka adalah Malaysia, akan tetapi Thailand dan Indonesia juga menjadi pilihan jika terpaksa.

Malah pelayaran mereka ini seperti mengikut tiupan angin, jika angin tolak ke kanan maka tiba di Acheh, jika angin tolak ke kiri maka tiba di Thailand, begitulah sangat mudahnya dan dekat sekali perjalanan etnik Rohingya ini menuju ke Malaysia.

Bagaimanapun sebahagian besarnya memilih Malaysia kerana lebih banyak peluang dan saudara mara mereka yang telah bertapak di sini.
“sebagaimana yang dianggarkan oleh badan-badan pemantau luar, lebih kurang 10,000 etnik Rohingya tiba di negara ini setahun, bagaimanapun dalam satu bot terdapat juga 20 peratus daripadanya warga Bangladesh dan Myanmar yang tumpang sekali dan mengakui mereka adalah etnik Rohingya.

“Hasil maklumat risikan, rombongan ini dipercayai membayar RM10,000 hingga RM15,000 kepada sindiket malah kosnya mungkin mencecah RM20,000 kerana mereka perlu melepasi beberapa sindiket seperti di Myanmar, Thailand untuk tiba ke negara ini dan setelah tiba masih ada pembayaran kepada sindiket di Malaysia.

“Mengikut maklumat, sebanyak 90 peratus pekerja sektor 3D di pasar borong Selayang adalah PATI yang mejoritinya merupakan etnik Rohingya dan Bangladesh, ini membuktikan adanya permintaan pasaran yang tinggi dari dalam pasar itu sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tambah Dr Mizan, daripada maklumat yang diterima sindiket penyeludupan ini juga merekrut ejen di dalam kem-kem pelarian untuk membawa mereka keluar dari Myanmar.

“Jika ada yang tidak mampu, saudara atau kawan mereka yang sudah lama bertapak di Malaysia akan menghantar sejumlah wang sebagai pinjaman kepada mereka dan perlu dibayar dengan potongan gaji setelah berada di negara ini.

“Lebih menyedihkan kerana ia satu perniagaan, dipercayai wujud pembabitan tentera, penguatkuasa laut dan kedutaan di Myanmar, Bangladesh, Thailand serta penguatkuasa di negara ini yang memberi laluan kepada mereka keluar ke laut besar dan masuk ke negara ini.
“Jadi tidak hairanlah bagaimana data 200,000 telah keluar dari negara itu sebagai pelarian di Malaysia.

“Tambahan pula bersempena bulan Ramadhan, kemasukan biasanya dilakukan pada waktu hampir untuk berbuka puasa kerana ketika itu umat Islam fokus untuk berbuka,” katanya.

Gelagat kanak-kanak bangsa Rohingya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

Dalam pada itu, Dr Mizan memberitahu, lebih membimbangkan warga Bangladesh dan Myanmar yang menyertai rombongan pelarian itu turut mendakwa mereka adalah pelarian ketika membuat permohonan kepada UNHCR.

“Pihak UNHCR pula mempunyai kekangan semakan data kerana kebanyakan pemohon mendakwa dokumen status mereka musnah dalam kebakaran dan kekejaman yang dilakukan pihak junta tentera Myanmar.

“Bagaimanapun ada di antara mereka berani mengemukakan dokumen palsu seperti sijil kelahiran, sijil peperiksaan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain yang dibekalkan oleh sindiket di Myanmar.

“Saya pernah bertanya pengalaman seorang pelarian Rohingya yang mengakui dia menaiki bot ketika tiba di negara ini tetapi pulang semula ke sana menaiki kapal terbang, bermakna ada sindiket yang mempunyai akses dengan pihak kedutaan mengeluarkan pas pelepasan Imigresen bagi perjalanan sehala untuknya,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Mizan mencadangkan kerajaan melakukan penegasan untuk memutuskan rantaian kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan warga asing ke negara ini.

“Ambil iktibar insiden di Wang Kelian, tiada keputusan yang berani menyebabkan kegiatan itu masih berlaku hingga ke hari ini.
“Sedar atau tidak pelarian Rohingya sebenarnya dipergunakan sindiket untuk menghalalkan jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke atas mereka.

“Sebenarnya kerajaan Myanmar juga ada menyediakan penempatan relokasi kepada Rohingya dan juga menyediakan platform untuk pendaftaran di kem-kem yang disediakan akan tetapi mereka enggan kerana dorongan datang ke Malaysia lebih banyak.

Boleh dikatakan hampir semua pelarian yang datang ke negara ini tidak mempunyai niat untuk pulang ke tanah air malah dikukuhkan dengan pelbagai pertubuhan untuk membela nasib mereka sudah wujud di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette




elhemdolellah dari komen2 di page HRW yg dihantam kaw2...99% rakyat malaysia adalah RBA
jaga langkawi pun boleh bolos bukan besar sgt mcm selat melaka indonesia

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar
Buang kerakyatan bagi rakyat malaysia yang terlibat dengan pemerdagangan rohingya. Biar dia belajar bersyukur bila ader negara dan tau jaga kedaulatan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Siasat la sapa dalang n pengkhianat.. Tangkap jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun.. yg ramai2 tu ada bangla, myanmar .. dah datang sini dok puluh tahun taknak balik2 gi negara ke 3 pun idak.. beranak pinak menyemak..  untung bisness pemerdagangan manusia .. yg kita sibuk jgn halang.. kesian x bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Meniaga Rohingla nampaknya lagik untung dari meniaga pilak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 2-5-2020 10:36 AM
Siasat la sapa dalang n pengkhianat.. Tangkap jer

Susah jika meka hada kaitan dengan ahli politik seperti atok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
TT..HRW tu page apa? RBA tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah YB Kuah terang2 sindir 3 agensi dgn kapal canggih mempunyai kelajuan 33-40 not tetapi boleh tak nampak kapal rohingya mempunya kelajuan 3-4 not sahaja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pok tiri ehemehem tu asal mana ek...ke asal sana jgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2020 10:59 AM | Show all posts
naina replied at 2-5-2020 10:45 AM
TT..HRW tu page apa? RBA tu apa

Human Right Watch malaysia
https://www.facebook.com/hrw.mal ... 80100160?__tn__=K-R

pukimak globalist  Phil Robertson bising2.. kaw kaw kena hantam sama 99% melayu... liberalist islamist xberani tunjuk muka


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2020 11:02 AM | Show all posts
sdri duduk bangkok nak bising2 KL xenophobia..... cheh
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-5-2020 10:45 AM
Susah jika meka hada kaitan dengan ahli politik seperti atok.

Susah la mcm tue. Sampai abang jamil mampus pun kes pati tak selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnye team pak yidin berani laa nak ambik tindakan hantar balik puak rohinya dan ambik tindakan kat ahli politik dan Pegawai gomen yang bersekongkol dengan sindiket pemerdagangan manusia ni..
dedahkan lagi bagi orang2 yg sokong puak rohinya duk sini atas alasan sedara seagama terbukak sikit minda tu. Bodoh betul bila depa buat statment sokong sindiket jual orang camni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu pasal la penguatkuasa perlu terus bertegas. Setakat sindiket ambik duit rohingya pengecut, siap bunuh, seksa,rogol lagi rohingya yang mereka tipu di sana kita tak boleh buat apa. Tapi bila mereka sampai di sempadan kita boleh sekat
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Isk.. sindiket seludup org rupanya.. dan ada yg menyokong perbuatan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:34 AM | Show all posts
Bawa sahaja masuk ramai ramai,  orang islam tolong orang islam apa salahnya kan?
Lagipun dunia ni hanya sementara sahaja dan Ianya bukan milik kita...dan semua itu tuhan telah Rancang dan aturkan semejak Mulanya universe ni divipta oleh tohan!

Bukan saya yang cakap tau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 2-5-2020 11:09 AM
Susah la mcm tue. Sampai abang jamil mampus pun kes pati tak selesai.

Kat Sabah ni, gitu la. Bilis takleh buat apa. Jerungs protect the PATIs. Ditambah orang sendiri jadik pengkhianat jual IC, ambik rasuah benarkan meka kuar masuk ikut jalan tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nik abduh pengecut pulak hanya mampu merengek minta orang malaysia tolong  lebih lebih. Tetap tak berani pergi myanmar untuk perangi kapir yang zalimi rohingya bangsa pengecut
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:40 AM | Show all posts
tu pasal Lid Broker bersemangat satu macam, rupanya masyuk bisnes ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 yg jadi malaun atau orang tengah Rohingya yang buat duit juta2 ni terdiri dari:
a) pekerja swasta
b) bekerja sendiri seperti peniaga nasi lemak
c) pekerja gomen
d) orang politik
P/s Bolih pilih 2 jawapan sesuai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.080841 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list