View: 10914|Reply: 20
|
[Jenayah]
Video NGERI remaja OKU masalah pembelajaran 19 tahun tanpa jenayah lampau ditemb
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 18-6-2020 02:19 PM
Rompak bank: Suspek umur 19 tahun mati ditembak [METROTV]
Khamis, 18 Jun 2020 @ 7:29 PM
[youtube]QEthwFMxtgU[/youtube]
SEORANG penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kes cubaan samun dan cubaan bunuh itu berlaku jam 2.04 petang.
Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun yang bersenjatakan sebilah sabit masuk ke kawasan perkhidmatan bank dan mengacukan senjata di leher seorang wanita tempatan yang juga pelanggan bank terbabit.
"Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun'.
"Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank," katanya dalam satu kenyataan.
Ashmon berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
setelah meneliti komen netizen dlm fb, arwah anak yatim.. oku lembam pembelajaran .. mak arwah byk bergantung kepada arwah, baru mggu lepas abg arwah bakaq moto arwah sbb tak puas hati dgn arwah .. abg arwah seorg penagih, dan kaki parang .. org kampung percaya arwah dimanipulasi oleh abg dia utk merompak.. maybe betul sbb merompak bank sorang2 is one suicide mission.. rompak kedai runcit, sorang takpala.. anyway aku simpati gak la kalau oku dipergunakan sampai mcmtu.. and aku jugak simpati kat tebusan tu.. and aku faham situasi guard tu.. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Hero la pak guard bukan calang calang, senang keje polis, dia pon tembak rusuk kanan tapi dah ajal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry no alfatihah for you |
|
|
|
|
|
|
|
Lembam tak lembam. Letak sabit kat leher orang layak mampus ditembak...tak.kesian langsung. Selyaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik guard tuh bekas sniper ke?.. tepat kene sasaran... mcm movie.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia mmg nk bunuh diri je
rompak pakai sabit, klu dpt pun, bape sen sgt..
lainla bawa team rompakan |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni...
menambahkan perisa cerita ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam, ko reti tengok dulu tak thread dah ada ke belum sebelum buka tu.. Asyik repeat berita sama je ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 18-6-2020 10:08 PM
Kira tepat sasaran jgk pak guard ni..takde berterabur kena org ramai.askor bersara ke haper kot wh ...
Itula..dah macam dia lock tengkuk. Takder maknanya nak cuba2 tepis |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam, ce kalau bukak thread tu, x yah sampai 4 5 post dengan berita yang sama dr pelbaga sumber.
Rimas nengoknye |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya sabit kat leher salah langkah tersadung ke tembus cangkuk kat leher tersiat terus kulit.
Mesti akak tu terpikir keluarga masa merayu. Kesian dengarn |
|
|
|
|
|
|
|
nuno replied at 18-6-2020 10:04 PM
mana video bunyi pump gun?
Now you see me, now youre dead. ujur guard sambil melepaskan tembakan.
Kira tepat sasaran jgk pak guard ni..takde berterabur kena org ramai.askor bersara ke haper kot wh?seriau wei. Sabit tu..kalo pisau tshan lagik |
|
|
|
|
|
|
|
mana video bunyi pump gun?
Now you see me, now youre dead. ujur guard sambil melepaskan tembakan. |
|
|
|
|
|
|
|
good job pengawal keselamatan
kurang seekor perompak di bumi Malaysia
elok dibunuh masa muda2 |
|
|
|
|
|
|
|
'Perompak masuk, tarik wanita sedang beratur' - saksi
Khamis, 18 Jun 2020 @ 7:49 PM
"INI kali pertama berlaku kejadian rompakan dengan senjata dan tebusan. Suasana panik ketika kejadian dan ia berlaku terlalu pantas," kata Nurul Izzati Kamali, 23, saksi kejadian rompakan di bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, petang tadi.
Nurul Izzati yang berniaga berdekatan kawasan itu berkata, pada waktu itu, kawasan deretan kedai tenang dan tidak sibuk dengan orang ramai yang berurusan.
"Ada beberapa orang yang sedang beratur menunggu giliran masuk membuat urusan di bank. Secara tiba-tiba perompak datang, tarik seorang wanita yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit, dan dengar pintu bank ditutup serta dengar jeritan dari dalam yang meminta duit," katanya hari ini.
Menurutnya, penduduk yang berada di lokasi kejadian segera membuat panggilan kecemasan.
Katanya, ada juga penduduk yang tunggu di luar pintu bank di bahagian depan dan belakang supaya perompak tidak terlepas.
"Selepas beberapa minit ada dengar ketukan dari arah pintu bank, polis sudah bersiap sedia ketika itu sekiranya perompak yang keluar.
"Tetapi beberapa pelanggan dan pekerja meluru keluar. Ada yang menangis ketakutan dan terkejut," katanya.
Sejak petang tadi, tular beberapa video di Facebook (FB) dan WhatApps mengenai kejadian rompakan bersenjata serta tebusan di sebuah bank di Air Tawar 5.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, suspek lelaki berusia 19 tahun maut ditembak oleh pengawal keselamatan bank terbabit.
"Tiada kecederaan dilaporkan terhadap tebusan dan pekerja bank terbabit. Mayat suspek dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 18-6-2020 02:10 PM
Orang semua bertembior...
[youtube]gsUbaGbdX2w[/youtube]
Aleeya Humaira Arwah pemegang kad oku...mental disorder..lurus budaknya.. mempunyai masalah pembelajaran....pe yg bermain di fikiran sy...mst ada pihak yg mempengaruhi nya utk bertindak sedemikian rupa..jika dia normal...mane mungkin kn snggup merompak seorang diri...mungkinkh ada mastermind di sebalik semua ini....namun...apa2 pun..alhmdulillah..mangsa selamat....tidak membela suspek..hnya menerangkn kondisi sebenar suspek kpd mrka yg tidak mngenali siapa suspek.....semoga jd pngajaran kpd kita semua.. Mohd Ikhmal arwah ni asal semenchu dan pernah bekerja di kedai saya selama sehari. arwah ni masa sekolah pendidikan khas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|