CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9991|Reply: 148

[Tempatan] Rakyat Malaysia PALING bersikap negatif terhadap pelarian jika dibandingkan deng

[Copy link]
Post time 25-6-2020 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 25-6-2020 12:46 PM

Survey shows Malaysians turning markedly negative on refugees
NATION Thursday, 25 Jun 2020 2:18 PM MYT



PETALING JAYA: Since the Covid-19 outbreak, the perception of refugees has become less positive all over the world, with the negative sentiment in Malaysia being markedly higher than the global average.

The study by market research firm Ipsos shows that since the novel coronavirus pandemic, 82% of Malaysians want the borders to be closed entirely compared to 43% a year ago.

Globally, 49% of people now want their borders to be closed, compared to 40% last year.

The survey is an international sample of 17,997 adults across 26 countries, conducted from May 22 to June 5.

Germany registered an increase of 6%, from 39% a year ago to 45% now, while among the Japanese, this grew from 27% a year ago to 37%.

Almost two-thirds of Malaysians or 64% want the country to be less open to refugees after Covid-19, with 20% saying it should stay the same, another 10% saying it should be more open, while the rest were unsure about this.

On the global level, 49% of respondents want their countries to be less open, 30% said it should stay the same, while 10% want their countries to be more open.

Two-thirds or 66% of Russians want their country to be less open, while only 2% say it should be more open after the pandemic is over.

Other countries also showed less acceptance of refugees with 42% of British, 47% of Americans and 44% of Australians wanting their countries to be less open.

To a question on spending on supporting refugees, 47% of Malaysians want the government to decrease spending, 32% want the spending to remain, while 13% want increased spending.

Globally, 38% want decreased spending, 34% want spending to be the same, while 13% want an increase in spending.

As of April this year, there were some 177,800 refugees and asylum-seekers registered with UNHCR in Malaysia, with the majority coming from Myanmar.

Malaysia is not a signatory to the 1951 Refugee Convention or the 1967 Protocol. It lacks a legal or administrative framework to regulate the status and rights of refugees.

Refugees are considered undocumented migrants under the Malaysian Immigration Act and are at risk of arrest, detention, and deportation.

While refugees are not allowed to work legally, many of them work informally.

Malaysia paling atas!



Sumber dari IPSOS

[youtube]pBVvA3SBzsg[/youtube]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tiba2 pakatan hancing perihatin pasal pelarian
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:01 PM | Show all posts
kat dunia ni ade lebih kurang 195 buah negara. kalau malaysia dah tak sudi tu pegi la carik negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Idok le aku kesahkan kalau semuenye hntr kat ghumoh kome....hukaloh kome pun....itu pn x leh pikior ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dan2 laa rakyat bersikap negatif. yg selama ni berumah tangga beranak pinak dari 2/3 buah rumah jd sekampung beso tu apa? ikut hati bwk bulldozer sodok semua skali yg ada tu.baru berbaloi term negatif tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:05 PM | Show all posts
Negatif2 pun ramai pendatang kaya-raya bisnes sana sini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
peduli apa, kalau dah rasa rakyat msia x bertimbang rasa pergi saja lah ke negara lain yg baik sgt tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2020 03:07 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-6-2020 07:09 AM



Satu trend yang menakutkan kerana terjadi peningkatan sikap xenophobia terhadap orang asing sejak kebelakangan ini, sedangkan pada tahun lepas, rakyat Malaysia masih mempunyai rasa simpati dan kasih sayang antara kaum dan orang asing

Xenophobia = ketakutan/kebencian/prejudis yang tidak rasional terhadap orang asing/tidak dikenali

Bolehlah dikatakan RASISME!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 03:13 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 25-6-2020 03:07 PM
Satu trend yang menakutkan kerana terjadi peningkatan sikap xenophobia terhadap orang asing seja ...
Petanda positive ...

Terus kan Xenophobia

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:14 PM | Show all posts
Kesedaran yang bagus ...

#kitajagakita bukan #kitajagapendatangtanpaizin


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:17 PM | Show all posts
Baguslah dah makin ramai rakyat sedar akan isu ini tak ada nak kesian tak tentu arah lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-6-2020 03:13 PM
Petanda positive ...

Terus kan Xenophobia

Steady Supermod....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata Usman Awang dalam puisinya..

"Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki kurang ajar"

Dah sampai masanya kita kena kurang ajar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:20 PM | Show all posts
petanda yg bagus.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:22 PM | Show all posts
panggil FC ja ...

lemas dah asyik baca kita2 ni kena kutuk sebab tak ambik berat pasal pendatang tanpa izin ini ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2020 03:22 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-6-2020 07:33 AM

BAYAN LINNAS SIRI KE-113 : ABAIKAN PENGHINAAN, TERUSKAN MEMBANTU ROHINGYA!
Butiran Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 12 September 2017



Mukadimah

Dalam seminggu dua ini, kita semua kembali dikejutkan dengan tragedi berdarah; etnik Rohingya dibantai dahsyat selepas beberapa siri kekejaman sebelum yang sukar untuk digambarkan. Hanya mereka yang merasainya sahaja tahu betapa pahitnya penderitaan dan trauma yang dihadapi.

Isu penindasan kepada masyarakat Rohingya sebenarnya bukanlah isu baharu. Ia telah berlanjutan lebih 40 tahun dan melibatkan ribuan nyawa yang terkorban. Kami telah menyatakan pendirian tegas yang sejak 2 tahun yang lalu dalam Bayan Linnas Siri 79: Sabarlah Saudaraku Rohingya, Bayan Linns Khas : Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen, dan al-Kafi lil al-Fatawi Siri Ke-89 : Menghantar Bantuan Zakat Ke Negara Bergolak[3]. Kami konsisten dengan pendirian kami bahawa etnik Rohingya ini adalah kelompok Muslim yang telah dizalimi dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka mengikut kemampuan kita, sekalipun sudah terdapat syubhat-syubhat yang menghina etnik ini dan memperlekehkan mereka dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal.

Pada Bayan Linnas kali ini, kami sekali lagi ingin memberi penegasan akan perlunya masyarakat Rohingya dibantu dan diringankan bebannya. Justeru menamakan artikel ini dengan Bayan Linnas Siri Ke-113 : Abaikan Penghinaan, Teruskan Membantu Rohingya!

Kenyataan Akhbar

Kami paparkan di sini beberapa keratan laporan akhbar sepanjang minggu lalu berkenaan isu Rohingya.

1. Rohingya: Warga Indonesia protes di Kedutaan Myanmar
2. Kutuk kekejaman terhadap Rohingya - TPM
3. Umat Islam wajib bantu Rohingya
4. Derita Rohingya tuntut ihsan dunia
5. Tentera tembak Rohingya, penduduk rompak
6. Rohingya: Malaysia boleh main peranan selaku negara ASEAN dihormati - Pas

Sebenarnya cukup banyak laporan dan berita mengenai isu ini. Cuma cukuplah pautan-pautan di atas kami berikan untuk menunjukkan perkara ini sangat serius dan sudah mendapat perhatian masyarakat dunia sekian lama.

Kenyataan Pemimpin dan Tokoh Masyarakat

YAB. Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia)
“Malaysia tidak akan membiarkan kerajaan Bangladesh bersendirian dalam menangani isu pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar. Mengikut Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, mutakhir ini bilangannya (pelarian Rohingya) lebih kurang 350,000 orang yang sudah berpindah dan terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.Dan di Bangladesh dah ada 500,000 sedia ada orang Rohingya yang melarikan diri sebelum ini, jadi skala malapetaka ini amat besar. Kita tak boleh pandang ringan kerana laporan kita terima mereka sedang dizalimi tanpa belas kasihan dengan tindakan yang tidak ada unsur kemanusiaan sama sekali. Sebaliknya memang dilakukan dengan terancang supaya mereka ini didera dan dizalimi, dibunuh, dirogol dan segala angkara yang mengerikan.”

Beliau dilaporkan berkata demikian selepas merasmikan pelepasan  Misi Kemanusiaan - Negaraku Prihatin di Pangkalan Udara TUDM Subang, pada 9 September lepas.

YAB. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
“Kita mahu memberikan kesedaran. Kita mahu kuasa besar melakukan sesuatu untuk memastikan tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Rohingya dihentikan serta-merta. Kofi Annan (bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) pernah menyatakan keperluan supaya dihentikan tindakan ganas ke atas Rohingya kerana kononnya mereka ini pengganas. Tidak adil dianggap atau digambarkan pengganas. Mereka mahu pertahankan diri, mereka mahu membina hak mereka sendiri, hak sebagai orang yang dilahirkan di negara berkenaan. Mustahil menganggap kanak-kanak atau wanita yang tidak berdosa sebagai pengganas dan dibakar, dicampak dalam sungai dan dikerat dan dicampakkan mayat mereka!”

Recep Tayyip Erdogan (Presiden Turki)
“Rakhine bukanlah tempat yang asing bagi kami. Drama kemanusiaan yang berlaku di Rakhine telah berlangsung berdekad lama. Ramadhan lalu satu-satunya pertubuhan asing yang secara rasmi menyalurkan bantuan di Rakhine ialah TIKA (Agensi Kerjasama dan Penyelarasan Antarabangsa Turki). Selepas perbincangan mengenai perkembangan terbaharu, kami memastikan bahawa aktiviti kemanusian TIKA di rantau terbabit akan diteruskan. Dunia telah menyaksikan cukup dahsyat kesakitan dan penderitaan. Kami akan terus menjadi suara golongan Muslim Rakhine untuk menolong mereka.”

Waleed Al-Khereiji (Duta Saudi di Turki)
“Kerajaan Saudi mengecam kerajaan Myanmar kerana menafikan hak kerakyatan kaum Rohingya semenjak tahun 1982 dengan menganggap mereka sebagai pendatang asing. Oleh disebabkan itu, masyarakat Rohingya telah disekat kebebasan untuk bergerak bebas dan disekat hak asasi manusia mereka, walaupun pada perkara paling asas, seperti makanan dan servis kesihatan. Kerajaan Saudi telah menderma $50 juta kepada komuniti Muslim ini melalui pusat pemulihan kesihatan dan pendidikan, dan telah mula menerima pelarian sejaj tahun 1948. Hari ini terdapat 300,000 orang Rohingya di Kerajaan Saudi.”

“Kerajaan Saudi telah mengeluarkan banyak kenyataan yang mengutuk keganasan yang dilakukan ke atas etnik Rohingya, termasuklah rogol, bunuh, paksa halau, penindasan, dan kempen pembersihan etnik. Kerajaan Saudi telah menghubungi Setiausaha Agung PBB dan krisis Rohingya ini telah menjadi isu antarabangsa sehingga Myanmar mendapat kecaman antara bangsa daripada krisis Rohingya. Sebagai pemimpin dunia Islam, Kerajaan Saudi akan meneruskan usaha dan hubungan untuk mencari penyelesesaian.”

Desmond Tutu (Bekas Paderi Gereja Anglican dan Aktivis Sosial)
“Kemuculan anda (Suu Kyi) di khalayak ramai mengurangkan kebimbangan kami tentang keganasan yang dilakukan terhadap Rohingya. Tetapi apa yang dipanggil pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai tetap berterusan, malah baru-baru ini semakin memuncak.”

Pope Francis (Pemimpin Agama Vatican City)
“Mereka diseksa dan dibunuh semata-mata kerana mahu mempertahankan budaya serta agama mereka. Mereka bukan Kristian, tetapi mereka orang yang baik dan mereka juga adalah saudara kita. Mereka diusir dari Myanmar dan terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan tiada pihak yang mahukan mereka.”

Dalai Lama (Pemimpin agama Buddha)
“Mereka (kerajaan Myanmar), seperti yang kamu lihat, sedang mengganggu sebahagian orang Islam. Mereka patut sedar, jika Buddha dalam situasi begitu pasti akan menolong Muslim yang kasihan. Jadi, saya berasa sangat sedih, sangat sedih.”

Kenyataan Tokoh Ulama dan Institusi Islam

Syeikh Prof. Dr. Ahmad Thayib (Syeikhul al-Azhar al-Syarif)
“Dengan bekerjasama dengan Majlis Hukamak Muslimin, Al-Azhar telah berusaha untuk menyatukan pihak-pihak yang berkonflik dan merapatkan pandangan yang bertentangan di Rakhine. Program itu dilaksanakan oleh Al-Azhar pada awal tahun ini di Kaherah bersama beberapa orang pimpinan pemuda yang mewakili semua agama dan etnik di Myanmar. Mereka termasuklah para sama dan tokoh pelbagai agama. Ia bertindak sebagai langkah awal untuk menyelesaikan isu tersebut dengan jalan perdamaian. Namun beberapa pemimpin agama di Myanmar tidak mempedulikan sama sekali usaha ini. Mereka sengaja membiarka diri mereka bersekongkol dengan golongan ekstremis; pasukan bersenjata junta Myanmar yang melakukan pembunuhan dan pembersihan etnik Muslim  dengan cara yang sangat liar dan tidak berperikemanusiaan. Sikap ini ditolak oleh semua ajaran agama dan perkara ini akan menjadi catatan sejarah yang buruk bagi Myanmar yang tidak mungkin dihapus oleh waktu.

Bergerak dari rasa tanggungjawab keagamaan dan kemanusiaan al-Azhar al-Syarif, serta komitmen terhadap misi antarabangsanya, Al-Azhar tidak mungkin hanya berpangku tangan terhadap aksi-aksi kekejaman ini. Al-Azhar akan memimpin gerakan kemanusiaan pada peringkat negara-negara Arab, dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembantaian yang ditanggung harganya oleh umat Islam di Myanmar. Al-Azhar menuntut kepada seluruh badan dan organisasi antarabangsa serta pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia di dunia agar mendirikan tanggungajawab mereka untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyiasat jenayah yang sangat keji ini, mencari para pelakunya, kemudian dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk didakwa sebagai penjenayah perang atas kekejaman mereka. Semua pihak wajib benar-benar memperhatikan bahwa kejahatan semacam ini merupakan faktor terkuat untuk mendorong munculnya kejahatan keganasan yang menimpa seluruh umat manusia.

Kami mengisytiharkan dari sini; dari Mesir, jantung negara-negara  Arab dan Islam, dan dari Al-Azhar, seruan kemanusiaan agar Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya Majlis Keselamatan, agar segera mengambil tindakan. Sebelum itu, kami menyerukan kepada seluruh pembuat-pembuat polisi di negara-negara Arab dan Islam, agar mengerahkan segala upaya untuk memberikan tekanan politik dan ekonomi agar pemerintah Myanmar kembali ke jalan yang matang dan benar dan menghentikan projek diskriminasi etnik dan agama antara warganegara.

Al-Azhar tidak lupa mengungkapkan rasa teramat kesal terhadap sikap tidak konsisten individu (Aung San Suu Kyi) yang memegang hadiah Nobel Perdamaian di sebelah tangannya, sebelah tangan lagi merestui terhadap semua jenayah yang berlaku; yang meletakkan perdamaian dalam angin lalu, sehingga menjadikannya hanya sekadar lafaz tanpa makna.

Akhirnya, kami ingin mengatakan kepada saudara-saudara kami di Burma: Teruslah berjuang untuk menghadapi serangan ganas ini! Kami bersama kalian, dan kami tak akan mengecewakan kalian. Allah adalah Penolong kalian. Ketahuilah bahawa:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.”

(Surah Yunus: 81)

وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

Maksudnya: “Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.”

(Surah al-Syu`ara: 227)[11]

Syeikh Dr. Ali al-Qurrah Daghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia)
“Situasi yang berlaku di Arakan merupakan perkara yang memalukan ke atas seluruh dunia yang terdiri daripada badan kerajaan, institusi-institusi, ahli politik, para intelektual, para ulamak dan ahli sains, di mana ribuan umat Islam telah terbunuh dan menjadi pelarian. Namun tidak ada sesiapa yang menangis untuk mereka. Seruan ini diucapkan di tengah-tengah rasa kesedihan yang mendalam yang diperlukan dunia di atas apa yang sedang berlaku ke atas mereka yang tidak mempunyai sebarang dosa melainkan hanya kerana mereka berpegang dengan akidah Islam. Lalu, orang-orang Buddha yang fanatik ini melakukan pembunuhan serta penyembelihan yang telah membuatkan tubuh-tubuh kita bergoncang disebabkan mereka: saudara-saudara kita di dalam agama (Islam).”

Syeikh Marwan Abu Ras (Presiden Kesatuan Ulama Palestin)
“Apa yang berlaku di Burma merupakan jenayah terbesar di abad ini, dan kita para ulamak Palestin mengikuti dengan kemarahan apa yang sedang berlaku kepada saudara Muslim kita yang ditindas di Burma dan di atas kekejaman yang melampaui hak kemanusiaan. Kami dari tengah-tengah kepungan Gaza menganggap jenayah ini sebagai sebuah jenayah yang amat memalukan yang dilakukan oleh penjenayah munafik. Jenayah yang dilakukan oleh mereka yang melaungkan slogan mempertahankan hak asasi manusia. Telah mati hati kalian wahai pelindung hak dan kewajipan, dan telah kotor hati wahai pendokong kebebasan beragama.”

Seruan Menghulurkan Bantuan

Kami menyebut sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman akan turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang diperlambat oleh amalnya (dalam meraih derajat yang tinggi-red), maka garis keturunannya tidak bisa mempercepatnya.”

Riwayat Muslim (2699)

Berkata al-Qadhi Iyyadh rahimahullah: “Pada hadis ini kelebihan menolong seorang Muslim akan Muslim yang lain pada setiap yang mendatangkan kebaikan, dan berlaku ma`ruf kepadanya, dan menutup keaibannya.”

Rujuk Ikmal al-Mu`lim (8/24)

Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah: “Pada hadis ini kelebihan membantu orang Islam dan mengeluarkan mereka daripada kesempitan kepada kelapangan dan menutup ketergelincirannya dengan menggunakan hartanya, jawatannya, dan pertolongannya. Zahir hadis juga menunjukkan ini termasuklah menghilangkan kesusahan itu dengan isyarat, pandangan dan petunjuknya.”

Rujuk al-Minhaj Syarh Muslim (16/175)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang Islam itu bukan setakat bersaudara, tetapi mengukuhkan dan saling membantu antara satu dengan lain. Bantuan itu pula tidak terhad kepada doa semata-mata, tetapi dengan menggunakan sumber nikmat yang Allah kurniakan sebagai ujian kesyukuran bagi kita. Bagi mereka yang dikurniakan Allah harta yang banyak, maka dia menolong saudaranya yang dizalimi dengan hartanya. Manakala mereka yang memiliki jawatan dan kedudukan di mata manusia, dia menggunakan status tersebut untuk menolong saudaranya. Bagi mereka yang mempunyai kebijaksanaan pula, mereka boleh merancang aktiviti kemanusiaan, pendidikan dan pemberdayaan golongan yang tertindas. Begitulah Allah SWT mengaturkan rezeki dan kemampuan manusia supaya mereka bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Pembantaian dan kekejaman terhadap Muslim Rohingya di Myanmar sebenarnya bukan pertama kalinya di tahun ini, namun ianya telah berlangsung terlalu lama. Demi menyelamatkan nyawa daripada tangan-tangan yang kejam, etnik Rohingya sanggup melarikan diri walaupun terpaksa meredah ombak lautan berminggu-minggu lamanya. Keadaan itu terpaksa dilalui rakyat dari wilayah Arakan, Myanmar kerana komuniti tersebut semakin terhimpit di bumi sendiri.

Mendengar dan melihat sebahagian rakaman seksaan dan penderitaan tidak terperi yang dihadapi, begitu menyentap hati ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu dan jiwa yang memikulnya. Kami mengiringi doa untuk kalian dan bantuan seadanya. Ketabahan dan kesabaran yang terpahat dalam jiwa dan sanubarimu adalah ramuan terbaik dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mencabar ini.

Hanya titisan air mata yang mengalir di pipi kami. Semoga Allah ampunkan kami, serta menghilangkan kabus dan gerhana kezaliman dalam hidup kamu. Sesungguhnya, kami merasa amat dukacita atas ujian yang menimpamu, saudaraku. Benarlah firman-Nya:

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Maksudnya: "Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!"

(Surah al-Buruj: 8)

Sabda Nabi SAW:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: "Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”

Riwayat al-Bukhari (13)

Mereka menginginkan keamanan, kedamaian dan ketenteraman. Itu juga yang kita inginkan dalam kehidupan kita di sini. Maka, itulah yang wajar kita sedari dan hayati bersama. Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

Antara jalan dan cara yang dapat kita hulurkan bantuan buat saudara Rohingya adalah:

1. Masjid-masjid di seluruh Malaysia mengadakan Solat Hajat dan juga Qunut Nazilah
2. Majlis Agama atau Baitul Mal dijadikan sebagai tempat pengumpulan dana dan pengagihan bantuan kepada masyarakat Muslim Rohingya. Begitu juga dengan NGO-NGO yang dipercayai.
3. Menggesa pihak OIC untuk dalam mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu perlarian Rohingya yang tiada arah tuju sehingga berkampung di lautan samudera.
4. Menggesa pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi tekanan dan mendesak kerajaan Myanmar.
5. Menggerakkan kempen kesedaran di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.

Semoga kabut penderitaan yang dialami oleh kaum Rohingya akan segera sirna dan memperolehi keamanan. Kami akhir Bayan Linnas kali ini dengan doa:

اللَّهُمَّ انصُرِ إِخْوَانَنَا المُجَاهِدِيْنَ المَظْلُوْمِيْنَ فِي رُوْهِنْغِيَا، اللَّهُمَّ انصُرْهُمْ نَصْرًا عَزِيْزًا وَدَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ، اللَّهُمَّ شَتِّتْ شَمْلَهُمْ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ  وَ اجْعَلْهُمْ فِيْ نُحُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ انصُرِ إِخْوَانَنَا المُجَاهِدِيْنَ المَظْلُوْمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ

Maksudnya: “Ya Allah! Kami bermohon akan Engkau berilah pertolongan kepada saudara mara kami yang sedang berjihad lagi dizalimi di Rohingya. Ya Allah! Engkau bantulah mereka dengan bantuan-Mu yang besar, dan hancurkanlah musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama. Ya Allah! Cerai-beraikanlah kumpulan mereka, dan pisahkanlah kesatuan mereka, dan jadikanlah mereka berperang sesame sendiri. Ya Allah bantulah saudara mara kami yang sedang berjihad lagi dizalimi di setiap tempat.”

Amin.

Akhukum fillah,

SS. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan,
12 September 2017M bersamaan 21 Zulhijjah 1438H.

https://muftiwp.gov.my/artikel/b ... n-membantu-rohingya

Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 25-6-2020 03:22 PM
Pandangan Ulama

Aik itujam la nk attach pandangan ulama...selama ni hg dok kutuk2 ulama....munafiqunnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...ko ingat Malaysia ni besar Indonesia atau Amerika ke nk sumbat dan biarkan pendatang asing tinggal. ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 25-6-2020 03:01 PM
kat dunia ni ade lebih kurang 195 buah negara. kalau malaysia dah tak sudi tu pegi la carik negara l ...

Betul sangat
Macam x de dah negara lain siap na buat kajian lagi.
Berambusla kau warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la..kalau 100% anti pelarian pun aku sokong. Lantak la nk label rasis, x perikemanusiaan janji rakyat2 kite didahulukan. Dah ade berjuta pati, pelarian dalam negara ni. Nak tunggu lebih dari warganegara ke? Dah la jenis masuk x mau keluar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.092120 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list