CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] SKANDAL TEROWONG. Lim Guan Eng didakwa di mahkamah Butterworth pulak (nama dulu

  [Copy link]
Post time 7-8-2020 10:20 PM | Show all posts
sicvitaest replied at 7-8-2020 04:30 PM
Mcm mana witness statement boleh leak? Npk pelik di sini 'saya' yg offer utk merasuah 10% tak kena ...

Tu lah kes ni aku rasa pelik sikit

Kalo chookia LGE senyum tak kata apa bermakna dia setuju nah ambil rasuah?

Kalo tak ada duit bertukar tangan ... boleh kira rasuah ke?

Penjelasan sikit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2020 10:20 PM | Show all posts

Guan Eng perlu bayar jamin RM1 juta
    Oleh Suwarni Binti Mokhtar
    7 Ogos 2020, 10:46 am



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Hakim Azura Alwi memerintahkan agar sebanyak RM500,000 perlu dibayar hari ini manakala bakinya perlu dijelaskan Isnin ini.

Selain jaminan tersebut, mahkamah turut memerintahkan agar pasport peribadi dan pasport diplomatik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu diserahkan ke mahkamah untuk disimpan sehingga kes itu selesai.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta rasuah bagi projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang daripada seorang pengarah syarikat.

Pada Isnin dan Selasa hadapan, Guan Eng yang juga Setiausaga Agung DAP akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang bagi menghadapi dua pertuduhan serupa. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 10:22 PM | Show all posts
SPRM: Lim bukan pemimpin politik pertama masuk lokap

https://www.malaysiakini.com/news/537810

Hariz Mohd

Diterbitkan Hari ini 10:19 pm



Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mempertahankan keputusan pegawainya menangkap dan menahan semalaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di lokap sebelum membawanya ke mahkamah.

Mengulas kritikan susulan penangkapan Lim, Azam berkata keputusan untuk menangkap seorang suspek bergantung pada budi bicara pegawai penyiasat, dan diperuntukkan di bawah undang-undang.

Jelasnya lagi, Lim juga bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap dan ditahan semalam oleh agensi tersebut.

"Apa masalahnya dengan penahanan? Dalam kes LGE ni, keputusan IO kena dihormati

tiada masalah apa-apa dan ini bukan kali pertama seorang pemimpin politik masuk lokap

sebelum ni Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Azeez dan beberapa lagi yang dimasuk ke dalam lokap dan esok dituduh di mahkamah.

"Dan untuk kes LGE, untuk pengetahuan semua, pegawai penyiasat saya dan beliau telah setuju beliau datang, sepatutnya 3pm tapi menghormati beliau ada sesi parlimen, maka kita telah benarkan dia habiskan sesi parlimen dan beliau berjanji datang lepas sesi parlimen selesai.

"Jadi tak timbul masalah di mana kita macam, flight risk takda isu ini satu perkara adalah tindakan budibicara pegawai penyiasat dan kita perlu hormati lah

dan sekiranya ada mana-mana pihak rasa tak puas hati, saya persilakan buat aduan di mana-mana atau bawa ke mahkamah," katanya petang tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2020 10:30 PM | Show all posts
Guan Eng mangsa pendakwaan terpilih, kata ahli Parlimen DAP


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang selama 3 penggal Charles Santiago hari ini berkata, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng jelas menjadi mangsa pendakwaan terpilih yang bertujuan merosakkan imej DAP dan menghancurkan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, “penahanan” Lim di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi berniat jahat.

“Keluarga Guan Eng juga menjadi sasaran dengan penahanan isterinya atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram. Ini sesuatu yang amat bahaya,” katanya dalam kenyataan.

Santiago berkata, proses pemberian projek terowong dasar laut Pulau Pinang ketika Lim sebagai ketua menteri dibuat secara telus melalui tender terbuka diketuai setiausaha kerajaan negeri.

“Tidak ada skandal bahkan selepas dia menjadi menteri kewangan. Guan Eng dan anggota exco Pulau Pinang tidak terlibat dalam rundingan untuk memberikan tender kepada Consortium Zenith Construction.

“Dan kerajaan negeri belum membayar 1 sen pun untuk projek terowong bernilai RM6.3 bilion itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata, bagaimana Lim boleh didakwa meminta rasuah daripada projek terowong dasar laut yang ketika itu merupakan sebahagian daripada rancangan pelan induk pengangkutan Pulau Pinang, belum dimulakan.

“Kajian kebolehlaksaannya belum selesai. Paling penting, projek itu diberikan berdasarkan tender terbuka dan sehingga kini, tidak ada 1 sen pun dibelanjakan untuk projek berkenaan.

“Jadi, di mana rasuahnya?” soal beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 7-8-2020 10:20 PM
Guan Eng perlu bayar jamin RM1 juta
    Oleh Suwarni Binti Mokhtar
    7 Ogos 2020, 10:46 am

Pelik
Kenapa akuan bank x dibekukan mcm yg lain2 kena
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah laknat orang teraniaya sangat digeruni

satu persatu jatuh bak lalat

sabah

gon jeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2020 10:39 PM | Show all posts
telo-wong maaaaa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2020 10:55 PM | Show all posts
SPRM: Lim bukan pemimpin politik pertama ditahan semalaman
3-4 minutes

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mempertahankan keputusan pegawainya menangkap dan menahan semalaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum membawanya ke mahkamah.

Mengulas kritikan susulan penangkapan Lim, Azam berkata keputusan untuk menangkap seorang suspek bergantung pada budi bicara pegawai penyiasat, dan diperuntukkan di bawah undang-undang.

Jelasnya lagi, Lim juga bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap dan ditahan semalaman oleh agensi tersebut.

"Jadi tak timbul masalah di mana kita macam, flight risk tidak ada isu ini satu perkara adalah tindakan budi bicara pegawai penyiasat dan kita perlu hormati lah dan sekiranya ada mana-mana pihak rasa tak puas hati, saya persilakan buat aduan di mana-mana atau bawa ke mahkamah," katanya petang tadi.

Malaysiakini menghubungi Azam untuk mendapatkan maklum balas beliau mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap SPRM kerana menangkap bekas menteri kewangan itu.

Antara yang mengecam penangkapan Lim ialah anaknya Marcus dan Ahli Parlimen DAP Teresa Kok, yang menyifatkannya sebagai bermotifkan politik.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dalam satu kenyataan menyebut penahanan Lim semalam sebagai penahanan yang "berniat jahat dan bertujuan menyekat pembangkang."

Azam menegaskan SPRM telah mengambil tindakan yang sama dalam kes yang melibatkan ahli politik lain, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.

"Dalam kes Lim Guan Eng ini, keputusan pegawai penyiasat (IO) kena dihormati. Tiada masalah apa-apa dan ini bukan kali pertama seorang pemimpin politik ditahan.

"Sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Azeez dan beberapa lagi yang ditahan dan esok dituduh di mahkamah," jelas beliau.

Azam menjelaskan agensi itu telah menggunakan budi bicara ketika memanggilnya ke SPRM kerana beliau perlu hadir sidang Dewan Rakyat semalam.

"Dan untuk kes LGE, untuk pengetahuan semua, pegawai penyiasat saya dan beliau telah setuju beliau datang, sepatutnya 3 petang tapi menghormati beliau ada sesi parlimen, maka kita telah benarkan dia habiskan sesi parlimen dan beliau berjanji datang lepas sesi parlimen selesai," katanya lagi.

Pagi tadi, Lim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion itu.

Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan serta dibebaskan dengan ikat jamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
@sam1528

Saje tag mana la tau tak sedar idola dah kena dakwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2020 11:14 PM | Show all posts
Guan Eng pleads not guilty to asking for 10% cut from tunnel project
Ho Kit Yen and V Anbalagan   -
August 7, 2020 9:55 AM


KUALA LUMPUR: Former Penang chief minister Lim Guan Eng pleaded not guilty in the Sessions Court here today to soliciting a bribe over the undersea tunnel project.

Lim was slapped with a charge under Section 16(a)(A) of Malaysian Anti-Corruption Commission Act of using his position as then Penang chief minister to ask Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) senior director Zarul Ahmad Mohd Zulkifli for a 10% cut of the profits which would be made from the roads and tunnel project.

Zenith has been awarded the contract to carry out the undersea tunnel project linking the island with the mainland and its accompanying three roads.

Lim is alleged to have committed the offence at The Gardens Hotel here in March 2011.

If found guilty, he will face a maximum 20 years in jail and fined up to five times the alleged gratification solicited.

Sessions judge Azura Alwi granted Lim bail of RM1 million in two sureties. He was also instructed to surrender his passport to the court pending the disposal of his trial.

Azura set Sept 9 as the next mention date.

“I believe all of you are professional and know your limit on what to say,” she added, when deputy public prosecutor Wan Shaharuddin Wan Ladin asked the court to give an order against making sub judice comments.

The judge said if there are allegations or complaints about sub judice remarks, she will deal with them accordingly.

Earlier, the prosecution asked the court to impose bail of RM2 million with two bailors on grounds that Lim is facing a serious charge.

“He is accused of committing the offence when he was chief minister. He betrayed the trust of the public towards him. For us, corruption is seen as a ‘cancer’ in our society,” Wan Shaharuddin said.

The DPP also raised the possibility of Lim absconding, and asked for his passport to be compounded.

“The threshold is low but the possibility is there. We also hope that bail will be revoked if he tampers with witnesses,” he said.

In response, Lim’s lawyer, Gobind Singh Deo, urged the court to impose bail of RM500,000 in one surety.

“Bail is to secure the accused’s attendance. On the issue of absconding that the prosecution raised, we submit that this is baseless as he gave his full cooperation to MACC during investigations,” he said.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:33 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-8-2020 11:06 PM
@sam1528

Saje tag mana la tau tak sedar idola dah kena dakwa

Ha ha ha ha ... macam aku kata

Kalo chookia LGE bersalah , kena lah dia

Persoalan sekarang , kalo duit tak bertukar tangan , camno tu?

So how?

Kita tunggu lah jawapan loyar & kes ni

Oh ye ... ikut ko , Najib tak bersalah lagi - belum habis makamah rayuan


Kah kah kah


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 7-8-2020 11:33 PM
Ha ha ha ha ... macam aku kata

Kalo chookia LGE bersalah , kena lah dia

Member PAN ko takde cerita ke bini lim wang eng kena tahan bawah akta amla?

Ke ko slow sangat nak paham kaitan dua2 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2020 07:36 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2020 08:14 AM | Show all posts
Baju Oren tu baju rumah sukan. Mcm mana cina DAP tak tahu pulak?



Guan Eng dakwa tidur pakai baju oren SPRM atas lantai papan
Kasthuri Jeevendran -
8 August 2020


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memuat naik status tidak berpuashati kerana telah diperlakukan dengan ‘tidak adil’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Ketua Menteri Kewangan berkata dirinya cukup pilu dan pedih kerana isterinya juga telah ditahan oleh SPRM walaupun Betty Chew didakwanya tidak berkaitan dengan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang mahupun perkara berkaitan kerajaan.

“Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak SPRM walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan,” tulisnya dalam laman Facebook malam ini.

Beliau turut memuat naik gambar beliau dengan Betty  berpelukan dalam keadaan penuh emosi.

“Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.

“Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,” katanya.

Tambah Guan Eng lagi, dirinya sebenarnya telah menjadi mangsa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menekannya tanpa tuduhan berasas.

“Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.

“Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan,” tegasnya.

Bagaimanapun kenyataan Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya kerana sebentar tadi Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula mengatakan sebaliknya.

Bercakap dengan salah sebuah portal berita di sini, Azam berkata, Guan Eng bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap serta ditahan semalaman oleh agensi tersebut.

Sebaliknya kata Azam Baki, sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan beberapa lagi ditahan pihaknya sebelum dituduh di mahkamah keesokan harinya.

Kata beliau lagi, dalam kes Guan Eng, pihaknya telah memanggil beliau sekitar jam 3 petang namun kerana menghormati sidang Parlimen, pihaknya memberi kelonggaran kepada Ahli Parlimen Bagan.

“Beliau janji akan sampai selepas sesi Parlimen. Jika ada yang tidak puas hati, silalah tampil buat aduan atau bawa ianya ke mahkamah,” tegasnya.

Guan Eng yang ditahan sekitar 9.30 malam Khamis kemudian di bawa ke Mahkamah Seksyen di sini untuk didakwa atas kesalahan meminta suapan 10 peratus dari projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah dan memohon di bicarakan selain di perintahkan membayar wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selain menyerahkan pasportnya ke mahkamah. –MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Merasa jugak gon jeng pakai baju oren

elok juga kalo dia selfie satu dua shoot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2020 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 7-8-2020 10:30 PM
Guan Eng mangsa pendakwaan terpilih, kata ahli Parlimen DAP



menipu tak blanja satu sen haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2020 10:40 AM | Show all posts
Lim denies soliciting a 10% cut
    Saturday, 08 Aug 2020
    By RASHVINJEET S. BEDI and FARIK ZOLKEPLI


KUALA LUMPUR: Former Penang chief minister Lim Guan Eng has pleaded not guilty in the Sessions Court here to soliciting gratification to help a company secure the RM6.3bil Penang undersea tunnel project.

Lim is accused of using his position as the then chief minister to solicit a 10% cut of the profits which would be made from the road and tunnel project.

CLICK TO ENLARGECLICK TO ENLARGE

According to the charge sheet, he is alleged to have sought 10% of the profits from Consortium Zenith Construction Sdn Bhd senior director Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli as an inducement to get the contract for the project. Zenith was awarded the project.

The offence was allegedly committed at a hotel along Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, here in March 2011.

The charge under Section 16(a)(A) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009 carries imprisonment not exceeding 20 years and a fine of no less than five times the value of the bribe or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.

A solemn-looking Lim, who was dressed in a black suit and red tie, pleaded not guilty when the charge was read out to him.

Deputy Public Prosecutor Wan Shaharuddin Wan Ladin requested for bail to be set at RM2mil with Lim reporting to the MACC once a month and asked the court to come out with an order to refrain Lim from making sub judice comments.

In response, Lim’s lawyer, Gobind Singh Deo, asked the court to impose bail of RM500,000 in one surety, saying that his client had cooperated with the probe and would attend all the hearings.

Judge Azura Alwi set bail at RM1mil in two sureties and also instructed Lim to surrender his passport to the court until the trial takes place.

The next mention of the case is on Sept 9.

Interest in the case was high with a large media turnout, including foreign media, at the court complex.

Because of physical distancing measures, only 10 journalists were allowed to cover the open court proceedings while the rest followed the proceedings via a live video link.

Lim will also be charged in the Penang Sessions Court on Aug 10 and 11 under Section 23 of the MACC Act 2009.

The MACC had said that yesterday’s and next Monday’s court appearance was over the controversial undersea tunnel project, while the Aug 11 charging would be for “other cases”.

The controversial Penang undersea tunnel project was probed by the anti-graft authority following fresh leads.

Graft investigators had questioned close to a dozen of people over the case.

They include current Penang Chief Minister Chow Kon Yeow and state executive councillors Jagdeep Singh Deo, Chong Eng and Phee Boon Poh.

The MACC also visited the offices of state public works, utilities and flood mitigation committee chairman Zairil Khir Johari and Deputy Chief Minister ll Dr P. Ramasamy at Komtar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
What goes around comes around..what goes up must come down..ternyanyi lagu Alicia Keys pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ni i pun pelik mcm mana boleh charge rasuah.. lebih kurang kes rosmah.. cuma kes rosmah dah dpt duit tu walaupun kata duit 'sumbangan politik'. Cuma lge ni di offer 10% dan tak kata ya atau tak, dan projek pun tak berjalan lagi, duit pun tak dpt lagi.. so i tunggu perbicaraan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.574732 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list